Madu serangga
Madu serangga atau embun madu merupakan cecair melekit yang kaya dengan gula, dirembeskan oleh afid dan sesetengah serangga teritip apabila memakan sap tumbuhan. Apabila bahagian mulutnya menembusi floem, cecair tekanan tinggi yang bergula itu dipaksa keluar dari bukaan terminal usus. Madu serangga agak kerap ditemui sebagai rembesan dari serangga Hemiptera dan lazimnya merupakan asas untuk trofobiosis.[1] Sesetengah larva kupu-kupu Lycaenidae dan sesetengah rama-rama turut menghasilkan madu.[2] Madu serangga boleh menyusahkan pekebun dengan membolehkan pertumbuhan kulat jelaga pada tumbuhan hiasan. Embun madu turut dirembeskan oleh kulat-kulat tertentu, khususnya ergot.
Madu serangga dikumpul oleh sesetengah spesies burung, penyengat, lebah tukang[3] dan lebah madu, untuk diproseskan menjadi sejenis madu yang berwarna gelap dan kuat. 'Madu embun' ini amat bernilai di sesetengah negara Eropah dan Asia sebagai bahan perubatan.
Semut boleh mengumpul atau "memerah" madu serangga terus dari afid yang mendapat manfaat dari kehadiran semut kerana semut boleh mengusir pemangsa afid seperti kumbang kura-kura.
Di Madagascar, diketahui bahawa sesetengah spesies cicak dalam genus Phelsuma dan Lygodactylus menghampiri serangga benah Flatidae pada batang pokok dari bawah lalu mencetuskan mereka untuk mengumuhkan madu serangga dengan mengangguk-angguk kepala. Kemudian, benah itu menaikkan abdomennya dan mengumuhkan setitis madu serangga sampai ke muncung cicak itu.[4]
Agama dan mitos
[sunting | sunting sumber]Dalam mitos Norse, embun menitis dari pokok Yggdrasil ke bumi, dan menurut kisah Gylfaginning dalam Prosa Edda, "inilah yang dipanggil embun madu yang menjadi punca makanan lebah."[5]
Dalam mitos Yunani, méli atau "madu" menitis dari pokok Manna–ash, (Fraxinus ornus), dan digunakan oleh Meliae atau "dewi-dewi pokok ash" untuk menyusui dewa Zeus yang bayi di pulau Crete,[6] (menurut Lagu Zeus oleh Callimachus).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Delabie, JHC (2001) Trophobiosis Between Formicidae and Hemiptera (Sternorrhyncha and Auchenorrhyncha): an Overview. Neotropical Entomology 30(4):501-516PDF
- ^ Maschwitz U, Dumpert K, Tuck KR (1986). "Ants feeding on anal exudate from tortricid larvae: a new type of trophobiosis". Journal of Natural History. 20 (5): pp. 1041–1050. doi:10.1080/00222938600770751.
|pages=
has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Koch, H., Corcoran, C., Jonker, M. 2011. Honeydew Collecting in Malagasy Stingless Bees (Hymenoptera: Apidae: Meliponini) and Observations on Competition with Invasive Ants. African Entomology 19 (1): 36-41.[1]fulltext[pautan mati kekal]
- ^ Foelling, M; C Knogge and W Bohme. "Geckos are milking honeydew-producing planthoppers in Madagascar". J. Nat. Hist. 2001: 279–284. Unknown parameter
|unused_data=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Faulkes, Anthony (Trans.) (1995). Edda. Everyman. ISBN 0-460-87616-3pp18–19
- ^ Clauss, James Joseph (1993). The Best of the Argonauts: The Redefinition of the Epic Hero in Book 1 of Apollonius's Argonautica. Hellenistic culture and society. 10. University of California Press. m/s. 170. ISBN 978-0-520-07925-0.