Pink Smile (drama)
Pink Smile | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Pink Smile karya Luna Adresia |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Hello Hello - Marsha Milan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Penyunting | Eddey Mat Napi |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Julai 2020 – 16 September 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | The Gadis |
Diikuti oleh | Kampung People 2 |
Pink Smile ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Sweet Qismina, Fattah Amin, Intan Najuwa dan Izzat Mushtaq. Sebuah adaptasi longgar dari novel 2016 bertajuk sama karya Luna Adresia, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 dari 31 Julai 2020 hingga 16 September 2020 menggantikan The Gadis.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq. Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.
Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu ialah senyumannya yang menampakkan baris giginya dengan pendakap gigi warna merah jambu.
Salah faham menjadikan hati Luna hancur dan dia mula cuba ingin melupakan Areeq tetapi tak pernah berjaya. Ada sahaja yang memaksanya untuk berhadapan dengan Areeq. Dan apabila salah faham itu usai, muncul pula Akif, sahabat karib Luna yang kembali membawa cinta yang selama ini tidak disedari mengakar sudah agak lama, cuma Akif yang kerap menafikannya. Tapi Luna tidak pernah mempunyai perasaan yang sama untuk Akif, sejak dulu lagi. Akif hanya dianggap sebagai seorang sahabat.
Areeq yang lambat sedar dia sebenarnya jatuh suka pada Luna akhirnya menunjukkan rasa cintanya hari demi hari. Ada sahaja alasan yang dia reka untuk menghabiskan masa dengan Luna. Luna yang merasakan semuanya itu mustahil kerap menolak kenyataan bahawa Areeq mungkin menyimpan perasaan yang sama padanya kerana tidak mahu kecewa. Pelbagai insiden mencuit hati antara dia dan Areeq membuatkan Luna terus dibuai pelbagai rasa. Dan sebaik semuanya jelas nyata, perasaan yang disimpan kemudian sama-sama diluahkan dan mereka mendapat bahagia sebagai pengakhiran.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Sweet Qismina[1][2][3] sebagai Luna Aisha/Luna
- Fattah Amin[1][4][5] sebagai Areeq Haji Mahdi/Kaz
- Intan Najuwa[1] sebagai Arysa Leana/Rysa
- Izzat Mushtaq[1] sebagai Faiz
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Syafi Tee[1] sebagai Iman/Akif
- Afifah Nasir[1] sebagai Melati
- Qila Shahirah[1] sebagai Myra Aisha/Myra
- Esma Daniel[1] sebagai Tuan Irsyad
- Noniswara[1] sebagai Puan Amina
- Hafidzuddin Fazil[1] sebagai Haji Mahdi
- Rohaya Maya DFKL[1] sebagai Hajjah Aini
- Iswan Ismail[1] sebagai Shairy
- Syainie Aida[1] sebagai Fazrin
- Farhan Asri[1][6] sebagai Epol
- Siti Hariesa sebagai Ery[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Untuk menjayakan wataknya sebagai Luna, Sweet Qismina menampilkan kelainan dengan memakai pendakap gigi.[7]
Siaran
[sunting | sunting sumber]Pink Smile pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada April 2020,[1] bagaimanapun ia ditangguhkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara susulan penularan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan pemberhentian sementara aktiviti penggambaran filem dan drama.[2] Tayangan perdana rasmi drama ini bermula pada 31 Julai 2020.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Drama Pink Smile (TV3)". My Infotaip. 10 Mac 2020. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ a b Najiy Jefri (29 Mac 2020). "Saling hargai perhubungan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Julai 2020). "Sweet Qismina ulas soal hubungan dengan Adam Lee selepas setahun berkahwin, "nak kahwin tu ada"". mStar Online. Dicapai pada 31 Julai 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (13 Mac 2020). "Lari elemen romantik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ Khai Azfar (22 Julai 2020). "Fattah Amin 'kembali' ke TV3 dengan drama Pink Smile". Murai.my. Dicapai pada 30 Julai 2020.
- ^ Rafiq Mazlan (30 Julai 2020). ""Sejujurnya memang rasa takut dengan dia" - Bintang baru, Farhan Asi cerita sikap sebenar Fattah Amin di set lokasi". Media Hiburan. Dicapai pada 31 Julai 2020.
- ^ "Bergandingan dengan Sweet Qismina, Fattah Amin kembali dengan Pink Smile". Kopiplanet. 23 Julai 2020. Dicapai pada 31 Julai 2020.
- ^ Budiey (23 Julai 2020). "Tentang drama Pink Smile lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Julai 2020.