Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | |
---|---|
Genre | Komedi, Cinta |
Ditulis oleh | PGR'S Team Lee Chonz Chinta Nadeesha |
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Izzue Islam |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Jalena Rejab |
Penyunting | Vizoflux |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 29 Mac 2013 – 5 Julai 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hanya Padamu |
Diikuti oleh | Kampung Girl |
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 yang disiarkan dari 29 Mac 2013 hingga 5 Julai 2013 di Slot Zehra TV3. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama tulisan Zura Asyfar terbitan Karya Seni. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.
Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.
Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.
Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.
Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.
Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.
Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Tiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira
- Izzue Islam sebagai Firash Arshad
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Qi Razali sebagai Haqimy
- Azlee Khairi sebagai Raimy
- Uqasha Senrose sebagai Rania
- Wilma Muhammad sebagai Datin Farizah
- Mustapha Kamal sebagai Datuk Fakhrul
- Fezrul Khan sebagai Farish Adryan
- Marissa Yasmin sebagai Puan Aida
- Aman Nassim sebagai Mie
- Ikhlas Jalil sebagai Fikri
- Myza Rafika sebagai Fara
- Elya Miera sebagai Zara
- Dayana Roza sebagai Imah
- Apple Sofea sebagai Sarah
- Mimi Ernida sebagai Awin
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Fathil Dani sebagai Tok Mi
- Wan Maimunah sebagai Tok Wan
- Aleza Shadan sebagai Mak Long
- Putri Mardiana sebagai Kak Zu
- Izzy Izhar sebagai Kekasih Puan Aida
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Bella Dowanna sebagai Syafa Aqira (kecil)
- Firdaus Ghufran sebagai Firash Arshad (kecil)
- Zuldavvien Izzya sebagai Syidah
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Megat Shamsuddin sebagai Imam
- Ujang Mohd Shariff sebagai Polis
- A Latif Hamid sebagai Polis
- Meor Wan Fareez sebagai Penyiasat
- Qasehku Al-Habshee sebagai Mak Andam
- Zetty Shahibullah sebagai Frisha
- Shieda Aris sebagai Mak Jah
- Ahmad Safi Ban sebagai Pegawal
- Sofie Embung sebagai Orang Gaji
- Mohamad Harminder Singh sebagai P.A Datuk
- Norimah Razak sebagai Setiausaha Datuk Fakhrul
- Mohd Khairul Khan sebagai Penjahat
- Borhan Ngah sebagai Pak Long
- Dewi Hepni sebagai Pelanggan Kedai Butik
- Addin Suhaimi sebagai Kawan Datuk Fakhrul
- Ahmad Awin Zaizah sebagai Adik Angkat Sarah
- Habib & Boy Shafris sebagai 'Wedding Planner'
- Amizulkifli Nawari sebagai Lelaki Misteri
- Muhamad Razif sebagai Perogol
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Kita" | FORTEEN | 3:38 | |||||||
Jumlah masa: 3:38 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Shout![4] | Siri TV Terbaik | Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | Menang |
Anugerah Skrin ke-17 | Anugerah Khas | Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | Menang | |
Anugerah Drama Festival KL | Drama Pilihan | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Pilihan | Izzue Islam | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Pilihan | Tiz Zaqyah | Tercalon | ||
Pengarah Drama Pilihan | Raja Ahmad Alauddin | Menang | ||
Penulis Skrip Drama Pilihan | Izan | Tercalon | ||
Barisan Pelakon Drama Pilihan | Sebenarnya, Saya Isteri Dia! | Menang | ||
Hero & Heroin Drama Pilihan | Izzue Islam & Tiz Zaqyah | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Gandingan Serasi di Layar | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia. TV3. Mac 25, 2013.
- ^ Gandingan pertama Izzue, Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia.Sinar Harian. Mac 27, 2013.
- ^ Sebenarnya Saya Isteri Dia. buah mulut. Mac 27, 2013.
- ^ Joe Flizzow Ungguli The Ultimate Shout! Awards 2013. gua. November 9, 2013.