Ajaibnya Cinta
Ajaibnya Cinta | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Pengarah | Eyra Rahman |
Dibintangi oleh | Shaheizy Sam Nora Danish Sharifah Amani |
Lagu pembukaan | "Ajaibnya Cinta" oleh Sa-Orang Lelaki |
Lagu penutup | "Ajaibnya Cinta" oleh Sa-Orang Lelaki |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Citra Abdullah Ain Abdullah |
Penerbit | Ahmad Albab Abdullah Ahmad Arri Abdullah |
Sinematografi | Jack Rahmad Muhammad Riza Baharudin |
Tempoh siaran | 48 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 18 Mac 2015 – 29 April 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Delina |
Diikuti oleh | Bidadari |
Ajaibnya Cinta merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Rumah Karya Citra, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani. Siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 18 Mac hingga 29 April 2015 menggantikan Delina. Ia merupakan kesinambungan daripada Spain Uoolss yang disiarkan pada 2014.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara.
Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara.
Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya, Halimatun akan pulang ke Malaysia. Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.
Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja. Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam hidupnya.
Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Shaheizy Sam sebagai Akif
- Nora Danish sebagai Halimatun
- Sharifah Amani sebagai Hammara
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Erma Fatima sebagai Mak Cun
- Lana Nordin sebagai Cinta
- Betty Rahmad sebagai Maya
- Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Shamsul
- Datuk Rahim Razali sebagai Pak Akob
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Saidatul
- Esma Daniel sebagai Datuk Tajudin
- Norish Karman sebagai Datin Suzana
- Ifa Raziah sebagai Farhana
- Fathil Dani sebagai Ustaz Ariffin
- Aqasha sebagai Zali
- Mimi Ernida sebagai Mia
- Tunku Hanis sebagai Dania
Keluaran media
[sunting | sunting sumber]Ajaibnya Cinta boleh ditonton secara eksklusif di Netflix.[2]
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Muat turun digital | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa | ||||||
1. | "Ajaibnya Cinta" | Pitahati | Sa-Orang Lelaki | 4:00 | ||||||
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aqmar Mustaza (16 April 2015). "Kesinambungan 'Spain Uoolss'". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Julai 2015.
- ^ https://usa.newonnetflix.info/info/80180544
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]TV3: Lestary, Rabu–Khamis, 9.00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Ajaibnya Cinta | Berikutnya |
Delina | Bidadari |