Hilang Yang Kembali
Hilang Yang Kembali | |
---|---|
Genre | Drama Thriller Konflik Misteri |
Pengarah | Amor Rizan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hilang Yang Kembali" oleh Amzeeq |
Lagu penutup | "Hilang Yang Kembali" oleh Amzeeq |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nor Aliah Lee |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Padi Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 20 Ogos 2019 – 9 September 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kerana Dia Manusia Biasa |
Diikuti oleh | Rumah Siti Khadijah |
Hilang Yang Kembali ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Amor Rizan lakonan Aqasha, Emelda Rosmila dan Nafiz Muaz. Drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 20 Ogos 2019 hingga 9 September 2019 menggantikan Kerana Dia Manusia Biasa.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan. Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.
2 Minggu kemudian, Fara yang menanti penuh harapan bangga apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi kebahagian dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan tentang permainan dengan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tabah.Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.
Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara merasakan sesuatu yang tak kena pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial. Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Aqasha sebagai Razif
- Emelda Rosmila sebagai Fara
- Nafiz Muaz sebagai Danial
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
- Zamarul Hisham sebagai Ikmal
- Arill Fesol sebagai Danish
- Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
- Elisya Sandha sebagai Alisa
- Damia Qaissara sebagai Bunga
- Adam sebagai Danial (kecil)
- Syed Irfan sebagai Danish (kecil)
- Nur Auni Zahra sebagai Alisa
- Ameer Imran sebagai Randi
- Taufiq Hanafi sebagai Berahim
- Nur Faiqah Aqeelah sebagai aqilah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Hilang Yang Kembali (TV3) MyInfoTaip (19 Ogos 2019). Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ Mustazah GP (21 Ogos 2019). Info drama Hilang Yang Kembali Iluminasi. Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ Drama Hilang Yang Kembali mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Hilang Yang Kembali Diarkibkan 2019-09-27 di Wayback Machine di iflix