Pergi ke kandungan

7 Ramadan (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
7 Ramadan
GenreDrama
Pencipta
  • Nur Aliyahana Anuar
  • Nur Syuhada Abu Hassan
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Wujud" oleh Roman, Mira Tilu, Amylea Azizan
Lagu penutup"Wujud" oleh Roman, Mira Tilu, Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifTini Arshad
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
  • Azman Miskon
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Tempoh siaran25-30 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal19 Julai 2012 – 24 September 2012

7 Ramadan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Shahrulezad Mohameddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 19 Julai 2012 hingga 24 September 2012.[1]

7 Ramadan mengisahkan seorang ibu bernama Sufiah lakonan Ellie Suriaty yang tinggal seorang diri di kampung dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih dan apa sahaja yang termampu demi menyara kehidupan bersama anak angkatnya, Ramadhani (Fir Affandi) yang amat disayangi. Ramadhani atau lebih mesra dengan panggilan Dhani kini sudah dewasa dan baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti.

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu adalah 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anak kandungnya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan dalam sebuah peristiwa hitam. Sufiah tidak akan melupakan tarikh 7 Ramadan itu serta kematian Iqram akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini meringkuk di penjara. Sufiah teruja dan amat gembira bersiap-siap untuk menghadiri majlis konvokesyen Dhani. Baju baru siap dijahit, kuih seri muka kegemaran Dhani siap dimasak dan hadiah untuk anaknya turut disediakan.

Namun, subuh itu Dhani menelefonnya dan menegah Sufiah daripada hadir ke majlis itu. Sufiah terasa hati. Dhani tidak mahu teman wanitanya, Ana (Ana Dahlia) mengetahui ibu dan latar belakang hidupnya yang sebenar. Hanya kerana ingin mengambil hati ibu Ana iaitu Datin Audrey (Tania Zainal) yang sangat mementingkan darjat, Dhani berbohong bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk mengubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Sufiah nekad pergi ke majlis itu dengan menumpang suami Chah iaitu Kassim (Khai Taufan) ke kolej Dhani. Dia tiba di kolej Dhani agak lewat namun masih sempat melihat dari luar pintu dewan Dhani menerima skrolnya. Dia bangga dan gembira. Selesai majlis, hatinya berdebar-debar menunggu Dhani keluar. Tetapi, hancur luluh hati Sufiah apabila Dhani tidak mengendahkannya seolah-olah tidak mengenalinya. Ana perasan kehadiran Sufiah dan bertanyakan kepada Dhani namun Dhani menjawab dia tidak mengenali wanita itu. Selepas kejadian itu, Dhani dilanda rasa bersalah. Dia segera mencari ibunya dan meminta maaf atas sikapnya tadi. Oleh kerana sifat keibuannya, Sufiah segera memaafkan Dhani. Petang itu mereka berbuka bersama. Ana cuba menghubungi Dhani namun Dhani tidak menjawab panggilannya. Ana yang semakin risau cuba bertanya tentang Dhani melalui kawan baik Dhani iaitu Bob dan mendapat tahu yang Dhani keluar dengan seorang mak cik. Anna terus teringat seorang mak cik semasa di luar dewan petang tadi.

Kejadian yang berlaku menjadikan perasaan ingin tahu Ana semakin menebal. Apakah Dhani akan berterus-terang kepada Ana mengenai ibunya, Sufiah dan status sebenar keluarga mereka? Sebesar mana dosa yang dilakukan oleh Dhani, tidak pernah terbuku di hati Sufiah untuk menghukum anak lelakinya itu, persoalannya sampai bila Sufiah mampu bertahan?

  • Ellie Suriati sebagai Sufiah
  • Fir Affandi sebagai Ramadhani/Ikram
  • Ana Dahlia sebagai Anna
  • Tania Zainal sebagai Datin Audrey
  • Mustapha Kamal sebagai Datuk Mohsin
  • Sherry Abdullah sebagai Chah
  • Khai Taufan sebagai Kassim

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

  • Danish Adam Sebagai Ramadhani /Ikram 10 Tahun
  • Rafael El Arash Sebagai Ramadhani/Ikram 6 Tahun

Muzik dan runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Wujud" - Roman, Mira Tilu, Amylea Azizan
  • "Tika Aku Menangis" - Kaseh Hajar
  • "Sendiri" - Pompa Bensin

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]