Pergi ke kandungan

Melastik Ke Hatimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Melastik Ke Hatimu ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Hatta terbitan OrangeTree Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Andi Bernadee dan Janna Nick. Musim pertama[1] drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 21 Januari 2021 sehingga 11 Februari 2021 menggantikan Hadiah Dari Tuhan dan digantikan olah Romantika 4 Hari 3 Malam. Musim keduanya[2] memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 16 September 2023 sehingga 23 November 2023 menggantikan Gadis Muzikal dan digantikan olah Kami Orang KL.

Melastik Ke Hatimu
GenreDrama
Komedi romantik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Melastik Ke Hatimu Karya Aqma Dee
Ditulis olehSiti Solehah Abdul Ghani
Eja Lorena
Rohaidah Aida Adia
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanPencinta Setiamu - Usop
Lagu penutupPencinta Setiamu - Usop
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod38
Penerbitan
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Januari 2021 (2021-01-21) – 23 November 2023 (2023-11-23)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti oleh

Ringkasan siri

[sunting | sunting sumber]
SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11321 Januari 2021 (2021-01-21)11 Februari 2021 (2021-02-11)TV3
22516 September 2023 (2023-09-16)23 November 2023 (2023-11-23)

Musim 1 (2021)

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Haura (Janna Nick) seorang pekerja kilang yang berpewatakkan kasar, tetapi hidupnya sering diatur oleh ibunya. Percintaan Haura dengan jejaka pilihannya, Naim (Hafidz Roshdi) dihalang oleh ibunya, Mak Limah (Azizah Mahzan) kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya demi kesenangan keluarga mereka. Naim pula hanyalah seorang peon, yang semestinya dipandang rendah oleh Mak Limah.

Bukan Haura sahaja, malah kakaknya Faida (Puteri Sarah Liyana) juga dijodohkan oleh Mak Limah untuk berkahwin dengan Azzam, seorang yang berada juga atas sebab yang sama. Faida sebagai seorang anak yang baik mengikut kemahuan ibunya. Namun, Mak Limah kecewa apabila selepas berkahwin, dia mendapati Azzam walaupun seorang yang berada, tetapi dia juga merupakan seorang yang kedekut.

Naim pula sedar yang Mak Limah enggan bermenantukannya namun dia tidak mudah berputus asa dan cuba mengambil hati keluarga Haura. Haura yang sering bermasalah ditempat kerja mula menarik perhatian Pengurusnya, Ziyyad (Andi Bernadee). Ziyyad pula mula menyimpan perasaan terhadap Haura dan mula mengumpul maklumat tentang Haura secara rahsia. Dalam masa yang sama, Mak Limah bertemu Naim dan mengatakan dia setuju dengan hubungan Naim dengan anaknya tetapi dengan syarat pertunangannya adalah Naim mesti membawa wang hantaran sejumlah RM20 ribu. Naim bersetuju dengan syarat tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan wang tersebut.

Namum, pada hari pertunangannya, Naim tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Haura sangat kecewa dan oleh kerana marah dia menyerahkan kepada ibunya untuk buat keputusan selanjutnya. Dalam pada itu, Ziyyad yang mengetahui situasi Haura muncul menjadi penyelamat dengan menghantar rombongan meminang. Merasa lega dengan kehadiran Ziyyad, Mak Limah menerima lamaran Ziyyad dengan hati terbuka apatah lagi mengetahui Ziyyad merupakan pengurus kilang tempat Haura bekerja.

Adakah Haura akur dengan keputusan ibunya dan menerima Ziyyad? Adakah Naim akan merelakan Haura begitu sahaja?

Musim 2 (2023)

[sunting | sunting sumber]

Kini kehidupan pasangan Ziyyad (Andi Bernadee) dan Haura (Janna Nick) semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung.

Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin (Wani Kayrie), iaitu adik Haura ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.

Enggan 'pisang berbuah dua kali', Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya.

Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura.

Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura.

Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya.

Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman (Idzham Ismail) yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus menganggu Ziyyad.

Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ (Sharul Kamal) yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Cassia Iman sebagai Inayah (musim 1–2)[1][2]
  • Ahmad Daiyan Yussof sebagai Baby Faida (musim 1)[1]
  • Riana Reezhan Rahmat sebagai Baby Faida / Haura (musim 1)[1]
  • Delisha Qaireena / Daniella Qabella sebagai Baby Twins Haura (musim 2)[2]
  • Adam Haris sebagai Akif (musim 2)[2]
  • Adam Darwisyah sebagai Adam (musim 2)[2]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t "Drama Melastik Ke Hatimu". My Infotaip. 20 Januari 2021. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa "Drama Melastik Ke Hatimu 2". My Infotaip. 15 September 2023. Dicapai pada 16 September 2023.