Maaf Jika Aku Tak Sempurna (novel)
Umum | |
---|---|
Pengarang | Acik Lana |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Cinta |
Penerbitan | |
Penerbit | Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd |
Tarikh penerbitan | 2 April 2012 |
Halaman | 947 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 978-967-5067-98-3 |
Maaf Jika Aku Tak Sempurna ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Acik Lana, diterbitkan pada 2012 oleh Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd. Novel ini telah dijadikan sebuah drama, dengan judul yang sama oleh TV3.[1][2]
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
Adaptasi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]Maaf Jika Aku Tak Sempurna telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 1 September 2014 di TV3, dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella dan Hefny Sahad.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Acik Lana (2012). Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Penerbitan Kaki Novel. ISBN 978-967-5067-98-3.
- ^ Maaf Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2018.