Ahmad Durrah
Ahmad Durrah | |
---|---|
Genre | Drama Agama |
Ditulis oleh | Mahizan Hussein |
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hanyut" oleh Faizal Tahir |
Lagu penutup | "Hanyut" oleh Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adila Ramly |
Penerbit | Zaiton Mohd Jiwa |
Penyunting | Izyan Liyana Ghazali |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 24 September 2010 – 17 Disember 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Janji Kekasih |
Diikuti oleh | Ustaz Amirul |
Ahmad Durrah merupakan siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Raja Ahmad Alauddin yang bersiaran di TV3 dibintangi oleh Rusdi Ramli, Nabila Huda, Eja, Nelydia Senrose, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafidzuddin Fazil. Drama ini menyaksikan kemunculan semula Rusdi dalam bidang lakonan.[1] Ia mengisahkan tentang suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 pada 24 September 2010 hingga 17 Disember 2010 menggantikan Janji Kekasih.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini.
Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan. Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.
Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya dengan mesra, malah, dia berhadapan dengan dilemma apabila harus memilih antara 3 wanita yang menyintainya.
Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Rusdi Ramli sebagai Ahmad Durrah
- Nabila Huda sebagai Fatanah
- Eja sebagai Islah
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Nelydia Senrose sebagai Annissa
- Normah Damanhuri sebagai Suri
- Qazem Nor sebagai Taha
- Jalil Hamid sebagai Saaban
- Bell Ngasri sebagai Juki
- Hafidzuddin Fazil sebagai Kasah
- Rozie Othman sebagai Hasnah
- Hamidah Wahab sebagai Norliah
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Jabar
- Lan Zailan sebagai Kamil
- Azlan Mokhtar sebagai Mat Jan
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Riefqi Shah
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Fahrin Ahmad sebagai Farid
- Lana Nordin sebagai Mira
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Lagu tema
[sunting | sunting sumber]- "Hanyut" - Faizal Tahir
Lagu sisipan
[sunting | sunting sumber]- "Hati Berbisik" - Siti Nurhaliza
- "Armada" - Bob Yusof
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ahmad Durrah, pengubat rindu peminat Rusdi Ramli mStar Online (25 September 2010). Dicapai pada 1 Oktober 2010.
- ^ Drama Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, Nabila Huda, Eja dan Qazem Nor Sensasi Selebriti (23 September 2010). Dicapai pada 1 Oktober 2010.