BFF: Teman Tapi Mesra
BFF: Teman Tapi Mesra | |
---|---|
Genre | Drama, romantik |
Pencipta | Maizura Mohd Ederis |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Tanpamu" oleh Amir Jahari |
Lagu penutup | "Tanpamu" oleh Amir Jahari |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 15 Januari 2012 – 4 Mac 2012 |
BFF: Teman Tapi Mesra ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Sari Yanti, Syatilla Melvin, Irfan Roslan dan Muniff Isa. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 15 Januari 2012 hingga 4 Mac 2012.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.
Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.
Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.
Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.
Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.
Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan bagi hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Muniff Isa sebagai Iskandar
- Sari Yanti sebagai Shahidah
- Irfan Roslan sebagai Emran
- Syatilla Melvin sebagai Karmila
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Razak Ahmad sebagai Cikgu Nazri
- Liza Abdullah sebagai Dahlia
- Amyza Adnan sebagai Sakinah
- Shakilla Khoriri sebagai Fiza
- Syafnida Shuhaimi sebagai Nana
- Dayana Roza sebagai Zila
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BFF: Teman Tapi Mesra Sara Aisha (7 Mac 2012). Diperoleh pada 17 April 2012.