Bunga April
Bunga April | |
---|---|
Genre | Drama |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Janji" oleh Akim |
Lagu penutup | "Janji" oleh Akim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jamal Mohideen |
Penerbit | Ahmad Al-Husna Abu Hassan |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | HNJ Pictures |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studio |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 15 November 2011 – 11 Januari 2012 |
Bunga April ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Along Kamaludin terbitan HNJ Pictures. Dibintangi oleh Tasha Shilla, Shahz Jaszle dan Zachery Francis, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 15 November 2011 hingga 11 Januari 2012 menggantikan Jiwa & Lara.[1][2]
Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wangsa Holding, dimana ketokohan dan kewibawaan Tan Sri Azmi (Mustapha Kamal) diwarisi oleh anak kandungnya, Azman (Zack X-Factor). Terkenal dengan karisma yang tinggi, Azman dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman juga menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah (Noniswara), seorang ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.
Berbanding Azman, Johar (Shahz Jaszle) pula berbeza acuannya. Merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil daripada perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah (Aida Aris), Johar lebih selesa jika tidak bergelumang di dalam dunia korporat. Mewarisi sikap rendah diri dan keperibadian yang sederhana daripada ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua di dalam apa sahaja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah. Walaubagaimanapun, Tan Sri Azmi sedar bahawa kedua-dua anak lelakinya mempunyai kelebihan masing-masing, berdasarkan hubungan mereka yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.
Langit tidak selamanya cerah, kejayaan dan kemegahan keluarga dan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian (Redzuan Hashim), rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Media Corp, dan syarikat tersebut hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut. April (Tasha Shilla), anak tunggal Sophian ternyata tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bapanya untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan. Sebagai tanda protes, April meninggalkan jejak langkah bapanya dan membuka sebuah kedai kecil menjual bunga.
Johar jatuh hati apabila terlihat kecantikan dan ciri-ciri ringkas yang terdapat pada April. Setelah beberapa minggu menyakat April, Johar memperkenalkan dirinya sebagai Junaidi atau ‘Jun’ dan hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya cinta berputik dan semakin mekar setiap hari. Disebabkan cinta, Johar tekad untuk memajukan diri dan langkah terbaik yang mampu dilakukannya bermula di Wangsa Holding. Pada masa yang sama, Sophian sudah tidak dapat membendung rasa geram dan cemburu dihatinya terhadap Tan Sri Azmi mengambil keputusan untuk mengugut kawan lamanya itu serta ingin mengahwinkan April dengan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian di antara dua keluarga.
Demi maruah keluarga, Azman bersetuju. Pada mulanya, April mengamuk apabila mendapat tahu bahawa bapanya telah menerima pinangan untuk dirinya namun keadaan menjadi reda setelah dia mengetahui bahawa pinangan tersebut datang daripada keluarga Tan Sri Azmi. Tiba-tiba, keadaan kembali menjadi tegang apabila Puan Sri Hamidah membocorkan rahsia mengenai pinangan tersebut sebenarnya datang daripada Azman dan bukan ‘Jun’ iaitu Johar. Sangkaan April ternyata meleset dan dia mula memberontak.
Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Mampukah Wangsa Holding diselamatkan daripada niat jahat Sophian?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Tasha Shilla sebagai April
- Shahz Jaszle sebagai Johar
- Zack X-Factor sebagai Azman
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Mustapha Kamal sebagai Tan Sri Azmi
- Noniswara sebagai Puan Sri Hamidah
- Aida Aris sebagai Puan Sri Aishah
- Ridzuan Hashim sebagai Sophian
- Kapten Mohd Nor Bon sebagai Borhan
- Danny X-Factor sebagai Azhar
- Khairil Anwar Aman sebagai Rauf
- Hanez Suraya sebagai Mimi
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Mohd Izuan Fitri sebagai Johar (10 tahun)
- Rafael El Arash sebagai Azman (10 tahun)
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Janji" oleh Akim
- "Yang Tercinta" oleh Seri Dewi
- "Meraih Cintamu" oleh Seri Dewi
- "Masihkah Ada" oleh Julfekar dan Mardiana
- "Penantian" oleh Julfekar dan Zubir Ali
- "Ku Tiba Lagi" oleh Hyper Act
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (28 November 2011). Drama bersiri Bunga April lakonan Shahz Jaszle Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Disember 2011.
- ^ Bunga April, cinta tiga segi adik-beradik tiri mStar Online (27 November 2011). Dicapai pada 2 Disember 2011.
- ^ Bunga April (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Mei 2019.