Kristal Maya
Kristal Maya | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Ditulis oleh | Eja Lorena |
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hilang" oleh Najwa Latif |
Lagu penutup | "Hilang" oleh Najwa Latif |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi | Bakhtiar "Ayau" Bolak |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 13 Ogos 2014 – 24 September 2014 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ramadan Jangan Pergi |
Diikuti oleh | Zahira |
Kristal Maya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Amyra Rosli Shahz Jaszle, dan Amar Baharin. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 13 Ogos 2014.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan seorang wanita bernama Maya (Amyra Rosli) bekerja di sebuah syarikat. Tajuk drama Kristal Maya diambil sempena watak utama iaitu Maya dan nama syarikat tempat Maya bekerja iaitu Syarikat Kristal. Datuk Efendi (Rahim Jailani) merupakan pengarah Syarikat Kristal, dibantu oleh Mona (Elly Mazlin) adik ipar Datuk Efendi.
Di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shah Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif.
Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Datuk Efendi Sharizan (Hefny Sahad). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Datuk Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.
Datuk Efendi sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.
Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya terhadap Maya. Adakah perasaan pelik itu akan mula berputik bunga-bunga cinta? Apakah reaksi Syukri apabila perasaannya ditolak mentah-mentah oleh Maya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Amyra Rosli sebagai Maya
- Shahz Jaszle sebagai Ezam
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Amar Baharin sebagai Syukri
- Hefny Sahad sebagai Shah
- Ryzal Jaafar sebagai Muadz
- Ika Nabella sebagai Dewi
- Rahim Jailani sebagai Datuk Efendi
- Dilla Ahmad sebagai Aziah
- Elly Mazlein sebagai Mona
- Erry Putra sebagai Zafran
- Shakilla Khoriri sebagai Shaza
- Zarina Zainuddin sebagai Datin Melissa
- Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Moktar
- Yenny Lee sebagai Datin Serina
- Sabree Fadzil sebagai Darus
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Gandingan sulung Amyra Rosli dan Amar Baharin.
- Projek drama TV3 pertama gandingan Amyra dan Shahz Jaszle. Mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam satu lagi projek drama mereka untuk TV3, Bidadari yang ditayangkan pada 2015.