Pergi ke kandungan

Kek Lok Si

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kek Lok Si Temple
Kuil Kek Lok Si
极乐寺
Pagoda kuil
Kek Lok Si yang terletak di Semenanjung Malaysia
Kek Lok Si
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia
Kek Lok Si yang terletak di Malaysia
Kek Lok Si
Kek Lok Si (Malaysia)
Info asas
LokasiAyer Hitam, George Town, Pulau Pinang  Malaysia
Koordinat geografi5°23′58.29″N 100°16′25.43″E / 5.3995250°N 100.2737306°E / 5.3995250; 100.2737306Koordinat: 5°23′58.29″N 100°16′25.43″E / 5.3995250°N 100.2737306°E / 5.3995250; 100.2737306
AgamaAgama Buddha
DaerahTimur Laut
NegeriPulau Pinang Pulau Pinang
NegaraMalaysia Malaysia
StatusActive
Laman web[1]
Penerangan seni bina
Jenis seni binaWihara
Gaya seni binaSeni Bina Cina, Seni Bina Thai, dan Seni Bina Burma
PengasasBeow Lean
Pecah tanah pada1890
Disiapkan pada1905

Kuil Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺Cina tradisional: 極樂寺pinyin: Jílè sì) adalah kuil agama Buddha terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia; ia merupakan kuil yang terbesar di Pulau Pinang serta antara yang terkenal di Asia Tenggara.[1] Ia dibina pada tahun 1890.

Kuil ini tidak sahaja merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura, dan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah juga salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pinang.

Ia menjadi tarikan utama semasa perayaan Tahun Baru Cina masyarakat setempat di mana pintu-pintu kuil itu tetap dibuka sehingga jauh lewat malam manakala ribuan lampu bersinar sejauh mata memandang; kompleks ini turut dihiasi dengan beribu-ribu tanglung mewakili sumbangan yang ditawarkan oleh penganut. Satu lagi ciri perayaan ialah perarakan panjang yang dilakukan oleh ratusan biksu yang melawat dari Thailand ke kuil ini yang berlangsung sekali atau dua kali dalam setahun.[2]

Nama "Kek Lok" ialah ungkapan bahasa Hokkien (Cina ringkas: 极乐Cina tradisional: 極樂Pe̍h-ōe-jī: ke̍k-lo̍k) bermaksud "kegembiraan tertinggi", lebih lanjut lagi Sukhavati, suatu alam murni yang wujud dalam kepercayaan aliran Mahayana untuk Amitābha.[3]

Kuil Kek Lok terletak di kaki gunung Air Itam di George Town di Pulau Pinang terletak kira-kira 3 kilometer jauh jika berjalan kaki dari Stesen Bukit Pulau Pinang.[4][5]. Ia dibina di atas plot seluas 12.1 hektar (30 ekar) yang didermakan oleh Yeoh Siew Beow.

Kebanyakan pelawat menaiki tangga ke kuil ini, tangga ini berbumbungnya menyediakan tempat berteduh dan banyak kedai yang menjual cenderamata dan komoditi lain - kebanyakannya sekular. Mereka kemudian melalui sebuah kolam dipanggil Kolam Pembebasan di mana membebaskan seekor penyu dalam kolam ini dipercayai mendapat kurniaan pahala menurut ajaran Buddha setempat.[5][6][7] Terdapat suatu pagoda utama setinggi tujuh tingkat diberi nama Ban Po Thar (万佛塔) kerana rupa ia yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Pagoda in dibina menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma mencerminkan anutan setempat menggabungkan aliran-aliran Mahayana dan Theravada.[8][4]

Ia ada menempatkan suatu biara yang menjadi tempat tinggal para sami biksu dan biarawati yang berkhidmat di sana.

Pekarangan

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan kuil
Patung Kuan Yin terletak dalam pekarangan kuil
Patung Kuan Yin terletak dalam pekarangan kuil

Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewi Kuan Yin yang besar serta tertinggi di dunia.[9] Patung ini bersebelahan suatu astaka bertingkat tiga dengan ketinggian mencecah 60.9 meter disokong 16 tiang gangsa,[8] astaka ini disiapkan tahun 2009.[10] Patung ini sering dikunjungi kaum wanita yang memohon darinya agar mendapatkan anak.[8][7]

Selain daripada biara, terdapat dataran yang ada banyak patung dewa-dewi serta laman berkolam besar dipenuhi kura-kura dan ikan kap.

Kuil ini mula didirikan pada 1890[8] oleh Beow Lean (Cina ringkas: 莲法), seorang sami berasal dari Fujian. Pembinaan kuil ini dibiayai lima peniaga terhebat Hakka sezaman itu iaitu Cheong Fatt Tze dan sepupunya Chang Yu Nan, Cheah Choon Seng, Tye Kee Yoon, dan Chung Keng Kooi. Kutipan dana untuk membina kuil ini juga dipermudahkan dengan secara mendedikasikan struktur dan artifak didirikan atas nama para dermawan kuil.[2][11][5][6]

Duta kerajaan Qing ke jajahan Pulau Pinang sangat terpegun dengan binaan yang siap ini sehingga melaporkan khabar ini kepada Maharaja Guangxu; baginda maharaja yang tertarik dengan butiran diberikan beliau menitahkan Beow berangkat ke Beijing, di sanalah Beow dikurniakan 70,000 (atau 7,000 dalam sesetengah sumber lain) jilid kitab suci serta menggelarkan kuil Kek Lok sebagai "penghulu segala kuil di Pulau Pinang".[2] [11] Beow dalam perjalanan pulang diiringi para pegawai kerajaan berpakaian warna-warni dalam kereta kuda, di mana Beow sendiri duduk memegang perutusan diraja dikurniakan kepada kuilnya.[11]

Batu asas pagoda diletakkan oleh Raja Vajiravudh yang memerintah Thailand semasa ia dibina,[12] pagoda ini siap dibina pada tahun 1930.

Kebakaran tahun 2021

[sunting | sunting sumber]

Pada pagi 12 Oktober 2021, sebahagian besar Kek Lok Si terbakar, dengan khabar kebakaran diperoleh pihak bomba pada 2:56 pagi. Walaupun begitu, kebakaran itu telah merebak ke satu bangunan tokong itu ketika para bomba tiba ke situ.[13] Ketua operasi bomba negeri, Muhamad Norhisham Ibrahim mengesahkan bahawa kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 70% daripada tokong bersaiz 18.5 meter persegi itu, dengan kebakaran berjaya dipadamkan pada sekitar 6 pagi. Tiada mangsa direkodkan dalam insiden ini, dan punca kebakaran masih dalam siasatan setakat kini.[14]

  1. ^ Wendy Moore (1998). West Malaysia and Singapore. Tuttle Publishing. m/s. 104–. ISBN 978-962-593-179-1.
  2. ^ a b c Khoo, Salma Nasution (2007). Streets of George Town, Penang. Areca Books. m/s. 37–38. ISBN 978-983-9886-00-9.
  3. ^ Akira Hirakawa (1997). "極樂". Buddhist Chinese-Sanskrit Dictionary. Tokyo: Reiyukai. m/s. 664.
  4. ^ a b Davidson, Linda Kay; Gitlitz, David Martin (2002). Pilgrimage: From the Ganges to Graceland : an Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 313–314. ISBN 978-1-57607-004-8.
  5. ^ a b c Cheah, Jin Seng (19 February 2013). Penang 500 Early Postcards. Editions Didier Millet. m/s. 205. ISBN 978-967-10617-1-8.
  6. ^ a b Tourism Malaysia
  7. ^ a b Brockman, Norbert (13 September 2011). Encyclopedia of Sacred Places. ABC-CLIO. m/s. 276. ISBN 978-1-59884-654-6.
  8. ^ a b c d Harper, Damian (Disember 2006). Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 189. ISBN 978-1-74059-708-1.
  9. ^ "Stand up for moderation". The Star Online. Dicapai pada 24 March 2015.
  10. ^ White, Daniel; Ron, Emmons; Eveland, Jennifer; Jen Lin-Liu (9 June 2011). Frommer's Southeast Asia. John Wiley & Sons. m/s. 554. ISBN 978-1-118-08767-1.
  11. ^ a b c DeBernardi, Jean Elizabeth (2009). Penang: Rites of Belonging in a Malaysian Chinese Community. NUS Press. m/s. 33. ISBN 978-9971-69-416-6.
  12. ^ Neo, Kyle (Mei 2014). 108 Places To See Before Nirvana. PartridgeIndia. m/s. 41. ISBN 978-1-4828-9734-0.
  13. ^ "In Penang, early morning fire breaks out at Malaysia's biggest Buddhist temple, Kek Lok Si". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2021.
  14. ^ "Fire breaks out at Kek Lok Si Temple in wee hours of Tuesday (Oct 12)". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]