Bukit Malawati
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (Julai 2024) |
Bukit Malawati[1] merupakan sebuah bukit berkubu yang terletak di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Bukit Malawati adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan merupakan tarikan pelancong tempatan yang popular. Kedudukan bukit berkubu ini mempunyai kepentingan strategik bersejarah kerana ia terletak di muara Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka, dengan sudut pandang yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Beberapa peninggalan bersejarah di Bukit Malawati adalah termasuk sebuah rumah api lama serta tinggalan Kota Malawati. Bukit Malawati juga telah dijadikan tempat bersemayam untuk tiga Sultan Selangor yang terawal. Bukit Malawati juga pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Abdul Samad sebelum baginda dipindahkan ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kubu di Bukit Malawati mula dibina oleh orang Melayu tempatan pada awal kurun ke-16 atas kerahan Tun Mahmud Shah dari Melaka. Menjelang akhir abad ke-17, peneroka Bugis mula bertapak di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu dan menabalkan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor pertama pada tahun 1742. Berikutan pertabalan itu, baginda menobatkan dirinya Sultan Salahuddin Shah. Pada tahun 1778, Sultan Ibrahim Shah yang menggantikan Raja Lumu lantas mengerahkan kubu berkenaan diperkukuhkan lagi sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kuala Selangor daripada kemungkinan serangan Belanda. Namun, Kuala Selangor tetap jatuh ke tangan tentera Belanda apabila mereka menyerang kubu itu pada tahun 1874. Diketuai oleh Dirk van Hogendorp, kempen sengit itu dilakukan sebagai balasan terhadap beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh sekutu Sultan Ibrahim, Raja Haji Fisabilillah, terhadap kubu A Famosa di Melaka yang merupakan kubu jajahan Belanda pada masa itu. Walaupun Raja Haji terbunuh dalam pertempuran berkenaan, Belanda tetap ingin membalas dendam terhadap Sultan Ibrahim Shah kerana tindakannya memberi sokongan tentera laut kepada Raja Haji. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) kemudiannya menghantar armada kapal mereka ke Kuala Selangor untuk menyerang Sultan Ibrahim Shah. Armada VOC yang diketuai van Hogendorp itu membedil kubu Bukit Melawati bertubi-tubi dengan meriam kapal dari kawasan perairan selama dua minggu. Tentera Sultan Ibrahim Shah terpaksa mundur ke arah kawasan hutan yang berhampiran. Sultan Ibrahim Shah sendiri melarikan diri ke arah Bernam, dan seterusnya ke Pahang. Berikutan pelariannya, pihak Belanda berjaya menawan kubu itu. Mereka menamakannya Fort Altingburg sebagai penghormatan kepada Willem Arnold Alting yang merupakan Gabenor Jeneral Hindia Belanda dari 1780 hingga 1797. Sultan Ibrahim Shah kembali pada tahun 1785 untuk menawan semula kubu itu dengan bantuan itu saudaranya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Kubu itu akhirnya musnah apabila Perang Kelang tercetus.
Ciri Keistimewaan
[sunting | sunting sumber]Bukit Malawati terletak berhampiran tarikan pelancong lain, seperti Taman Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Taman Alam Semula Jadi Kuala Selangor. Bukit Malawati juga mempunyai beberapa tarikan popular termasuk kereta api, makam diraja dan muzium.
Di antara ciri-ciri menarik yang terdapat di atas Bukit Malawati termasuk:
- Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
- Rumah Api Kuala Selangor
- Kubu pertahanan
- Beberapa buah meriam lama
- Menara tinjau
- Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
- Makam Sultan dan kerabat diraja
- Batu Hampar
- Perigi Beracun
- Puluhan ekor lotong
Di bahagian bawah pula terdapat :
- Masjid Kuala Selangor
- Taman Alam Kuala Selangor
- Bandar Kuala Selangor
- Pangkalan nelayan Permatang
- Jeti istirahat Kuala Selangor
Rumah Api Kuala Selangor
[sunting | sunting sumber]Bangunan yang turut dikenali sebagai Rumah Api Altingsburgh itu pada asalnya dibina oleh pihak penjajah Belanda pada tahun 1794. Ia diubah suai secara meluas oleh pihak penjajah British pada tahun 1907 sebelum dibuka semula secara rasmi pada tahun 1910. Rumah api itu masih berfungsi sepenuhnya dan kini dianggap sebagai salah satu tarikan istimewa Bukit Malawati. Rumah api yang berukuran 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat itu beroperasi menggunakan tenaga elektrik. Ia berupaya memutar dan menyuluhkan pancaran cahaya yang kuat yang boleh dilihat sejauh 56 kilometer. Suluhan cahaya itu dipancarkan sebanyak dua kali pada setiap 15 saat.
Batu Hampar
[sunting | sunting sumber]Batu Hampar yang berukuran 5x5x1 kaki persegi ini merupakan sebuah batu besar yang diletakkan di sebelah barat halaman Bukit Malawati. Menurut sejarah tempatan, batu ini digunakan untuk tujuan hukuman mati, di mana pengkhianat Sultan akan dihamparkan di atas permukaan ratanya untuk dipancung. Di samping itu, menurut lagenda tempatan, Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Abdul Samad sering menghabiskan waktu petangnya duduk termenung di atas batu tersebut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Kota Malawati
[sunting | sunting sumber]Meriam dipasang di keliling kubu untuk mengukuhkan lagi kota yang dibina oleh penduduk kampung semasa pemerintahan Sultan Selangor kedua, Sultan Ibrahim Shah pada abad ke-18.
Muzium Sejarah Kuala Selangor
[sunting | sunting sumber]Tidak jauh dari rumah api terdapat sebuah muzium tempatan yang mempamerkan koleksi peninggalan bersejarah dan artifak termasuk pelbagai jenis senjata purba, diorama, spesimen mata wang lama dan lain-lain lagi. Pengunjung boleh mempelajari tentang sejarah tempatan Kuala Selangor, termasuk penempatan awal, budaya nelayan tempatan dan sejarah perdagangan daripada pameran berkenaan.
Perigi Beracun
[sunting | sunting sumber]Sejarah tempatan mendakwa perigi beracun ini digunakan untuk menyeksa pengkhianat. Pelaku salah diletakkan di dalam perigi berkenaan yang berisi dengan air yang dicampur dengan bahan perengsa, seperti lateks dan pucuk rebung yang mencapai paras dagu sebagai hukuman. Kini, pelawat yang datang berkunjung boleh melihat perigi itu dengan lebih dekat. Pergi itu telah ditutup dengan jeriji besi untuk keselamatan pelawat bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Makam Diraja
[sunting | sunting sumber]Makam Diraja ini merupakan tempat bersemayam tiga Sultan Selangor yang terawal, iaitu Sultan Salahuddin Shah, Sultan Ibrahim Shah, dan Sultan Mahmud Shah. Kawasan ini ditutup kepada khalayak awam.
Sultan graves
[sunting | sunting sumber]- Sultan Salehuddin Shah I ibni Almarhum Raja Daeng Cherlak - the first Sultan of Selangor (died: 30 June 1778)
- Sultan Ibrahim Shah I ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah I - (died: 27 October 1826)
- Sultan Muhammad Shah I ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah I - (died: 06 January 1857)
Tengku Ampuan/Pemaisuri graves (Graves of Royal Consorts)
[sunting | sunting sumber]- Che' Puan Besar Long Jalijah binti Dato' Husain -The first ever Che' Puan Besar of Selangor 1771 - ?
- Tengku Ampuan Tengah binti Raja Haji-The first Tengku Ampuan of Selangor 1796 - 27 October 1826
- Tengku Ampuan Basik binti Arung To' Mojong- Tengku Ampuan of Selangor ? - 6 January 1857
- Tengku Ampuan Aftah Binti Al-Marhum Sultan Muhammad Shah-Tengku Ampuan of Selangor 1844 - 1873
Royal family graves
[sunting | sunting sumber]- 02.Raja Haji Sir Nyallar Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Sallehhuddin Shah I - (Raja Muda 2) (died; 18ee) atuk tuk yang kepada (Raja Tun Haji Sir Uddar Raja Muhammad)
- 01.Raja Hajjah Pyunnuh binti Almarhum Sultan Haji Sir Sallehhuddin Shah I - (died; 18ee)
- 02.Raja Hajjah Pherrak binti Almarhum Sultan Haji Sir Sallehhuddin Shah I - (died; 18ee)
- 03.Raja Hajjah Sharifah binti Almarhum Sultan Haji Sir Sallehhuddin Shah I - (died; 18ee)
- 02.Raja Haji Sir Ismail Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Bendahara Selangor) (died; 18ee)
- 03.Raja Haji Sir Abbu Saidd Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Besar Selangor) (died; 18ee)
- 04.Raja Haji Sir Abdullah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Besar Selangor) (died; 18ee)
- 05.Raja Haji Sir Ahmadd Shah I ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 06.Raja Haji Sir Hassan Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Perang) (died; 18ee)
- 07.Raja Haji Sir Hussin Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 08.Raja Haji Sir Abdul Rahman Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 09.Raja Haji Sir Hanjii Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 10.Raja Haji Sir Yussuf Shah ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Besar) (died; 18ee)
- 11.Raja Haji Sir Abbas Shah I ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Setia) (died; 18ee)
- 12.Raja Haji Sir Salleh Uddin Shah II ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (Raja Panglima Muda) (died; 18ee)
- 01.Raja Hajjah Fattimmah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 02.Raja Hajjah Sannyie binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 03.Raja Hajjah Ammyinnah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 04.Raja Hajjah Aissyahh binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 05.Raja Hajjah Marryiamm binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 06.Raja Hajjah Maimunnah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 07.Raja Hajjah Kaddijjah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 08.Raja Hajjah Hallijjah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 09.Raja Hajjah Hammiddah binti Almarhum Sultan Haji Sir Ibrahim Shah I - (died; 18ee)
- 01.Raja Haji Sir Alaeddin Sulaiman Shah I ibni Almarhum Sultan Haji Muhammad Shah - (Raja Muda 4) (died; 1818)
- 02.Raja Haji Sir Mahmudd Shah ibni Almarhum Sultan Haji Muhammad Shah - (Raja Muda 5) (died; 18ss)
- 03.Raja Haji Sir Lhautt Shah ibni Almarhum Sultan Haji Muhammad Shah - (Raja Muda 6) (died; 18sss)
- 04.Raja Haji Abdul Jabbar Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 05.Raja Haji Sir Abbhas Shah II ibni Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 06.Raja Haji Sir Ibrahim Shah II ibni Almarhum Sultan Haji Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 01.Raja Hajjah Shitti binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 02.Raja Hajjah Saleha binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 03.Raja Hajjah Linjah binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 04.Raja Hajjah Auyyah binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 05.Raja Hajjah Sennai binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 06.Raja Hajjah Alfhah binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
- 07.Raja Hajjah Perduh binti Almarhum Sultan Haji Sir Muhammad Shah - (died; 18ee)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hakcipta Terpelihara 2013 © Majlis Daerah Kuala Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 2015-08-02.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bukit Malawati |