Seberang Jaya
Seberang Jaya merupakan sebuah bandar di tengah Butterworth dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Istilah Seberang Jaya adalah variasi daripada Seberang Perai. Banyak bandar baru menggunakan istilah "jaya" seperti Petaling Jaya di Selangor dan Asajaya di Sarawak.
Hospital Besar Seberang Jaya dan kolam renang yang besar juga terletak di sini. Di sini juga merupakan pusat-pusat telekomunikasi Maxis, DiGi, dan Celcom bagi rakyat seluruh Seberang Jaya. Seberang Jaya terletak di kawasan parlimen Permatang Pauh. Trafik agak sibuk dekat bandar ini terutamanya waktu pergi balik kerja. Hospital Seberang Jaya adalah menjadi hospital yang paling besar di Seberang Perai. Jabatan Imigresen Pulau Pinang turut terletak di sini dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan Raya ada di sini. Bangunan-bangunan kerajaan yang besar dan pelbagai jenis kaunter sekali di Seberang Jaya ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menurut ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, Bandar Seberang Jaya telah dilancarkan pada tahun 1976 hasil pembangunan berkembar Bandar Perindustrian Bayan Baru . Kedua-dua bandar in diperkenalkan oleh ( Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang ( PDC ) di bawah polisi untuk mengindustrikan Kawasan Luar Bandar. Seberang Jaya telah dirancang dan dibangunkan untuk mempromosikan pembangunan industri di Kawasan Seberang Perai.
Sebelum polisi ini diperkenalkan, hasil ekonomi utama penduduk setempat hanya bergantung kepada hasil pertanian dan penternakan.
Selepas 20 tahun polisi in dilaksanakan, Seberang Jaya kini telah muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbng kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Kini , populasi penduduk sekitar Bandar Seberang Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang dan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.
Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Jaya serta terbinanya beberapa buah pusat komersil dan beli-belah seperti Sunway Carnival Mall,Billion Supermarket , Perda City Mall , Tesco Sembilang , AEON BIG Seberang Jaya dan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta yang turut berpengkalan di Bandar Seberang Jaya ini.
Kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk setempat turut dibangunkan dan antaranya adalah Pusat Rekreasi Safira Sports Planet , Kompleks Sukan MPSP ( dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sony ), Mini Stadium , Taman Burung Pulau Pinang.
Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.
Selain itu, dalam usaha menjadikan Bandar Seberang Jaya ini sebagai pusat metropolitan Seberang Perai, beberapa buah IPTA dan IPTS turut dibina didalam kawasan DUN Seberang Jaya ini bagi melahirkan modal insan yang terbilang dan dijadikan produk penghasilan dari kilang DUN Seberang Jaya ini. Antaranya Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Kampus Negeri Pulau Pinang , Politeknik Seberang Perai, dan beberapa buah kolej swasta turut didirikan di kawasan ini.[1]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang terlibat dalam pertanian dan industri di kawasan pinggir bandar dan kampung. Selebihnya orang Cina dan India yang tinggal di bandar. Ramai penduduk bekerja di sektor industri di Pulau Pinang dan mereka berulang-alik setiap hari menyeberang ke Pulau Pinang. Zon industri yang berdekatan ialah Kawasan Perindustrian Seberang Jaya, Kawasan Perindustrrian Mak Mandin, Kawasan Perindustrian Perai, Kawasan Perindustrian Bukit Tengah dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak.
Prasarana
[sunting | sunting sumber]Bandar Seberang Jaya membangun hasil daripada pembinaan jambatan Pulau Pinang , Lebuh raya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim . Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu memberi imej baru kepada Seberang Perai, Butterworth dan Bagan khususnya. Persempadan pilihan raya oleh SPR membolehkan beberapa kawasan yang ramai penduduk dipecahkan kepada dua.
Institut Perguruan Tuanku Bainun dibina sempena Tuanku Bainun menjadi Raja Permaisuri Agong . Pejabat imigresen negeri, KWSP dan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) terletak di sini. Bangunan JPJ ini merupakan lokasi baru JPJ Gelugor yang telah dikecilkan . Hospital Seberang Jaya, Masjid Seberang Jaya , Taman Burung Pulau Pinang dan Hotel Sunway Seberang Jaya dibina bagi kemudahan penduduk.
Pasar raya 'hiper' iaitu Carrefour dan Tesco Extra turut dibina. Terdapat dua kompleks membeli-belah utama, Megamall Pinang (penyewa tunjang: Pacific Mall) dan Sunway Carnival Mall.
Politik
[sunting | sunting sumber]Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Seberang Jaya diwakili oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Afif Bahardin dari Parti Perikatan Nasional (PPBM).[2] Kawasan ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Pada PRU 2018, jumlah pengundi berdaftar ialah seramai 35,541 orang dan kebanyakannya pengundi beretnik Melayu (66.66%).[3][4]
Taman perumahan
[sunting | sunting sumber]Seberang Jaya meliputi beberapa projek taman perumahan iaitu:
Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
- Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
- Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kenali Seberang Jaya", Arifshah.com, 11 Oktober 2009.
- ^ Audrey Dermawan (Jun 2020). "Dr Afif keluar PKR". Berita Harian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 2021-08-12.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Pulau Pinang". election.thestar.com.my. The Star Malaysia. Dicapai pada 2018-05-12.
- ^ "Electoral Roll for the 14th Malaysian General Election Updated as of 10 April 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2018-04-16. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.