Lembah Lenggong
Penampilan
Lembah Lenggong terletak di Lenggong, Hulu Perak, Malaysia. Lembah ini merupakan kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya.
Lembah Lenggong menjadi penting kerana pelbagai artifak sejarah ditemui di sini seperti Perak Man. Kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal manusia yang paling awal yang diketahui di Semenanjung Malaysia.
Pada 30 Jun 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.[1]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak Arkeologi Muzium Lembah Lenggong Diarkibkan 2009-04-30 di Wayback Machine