Bandar Taiping
Taiping
تايڤيڠ தைப்பிங் Klian Pauh | |
---|---|
Ibu Daerah | |
Nama panggilan: Bandar Warisan & Bandar Hujan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Larut, Matang & Selama |
Pentadbiran | |
• Jenis | Perbandaran |
• Yang Dipertua | Encik Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, AMP [1] |
• Orang Besar Jajahan | YABhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad [2] |
• Pegawai Daerah | Mohamed Akmal bin Dahalan[3] |
• Wakil Rakyat | Teh Kok Lim [4] |
• Penghulu Mukim | Tuan Haji Shaharuddin bin Harun[5] |
Keluasan | |
• Jumlah | 186.46 km2 (71.99 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 212,562 |
• Kepadatan | 1,197/km2 (3,100/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 34xxx |
Kod kawasan | 05 |
Laman sesawang | Majlis Perbandaran Taiping (MPT) |
Bandar Taiping merupakan bandar warisan bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga dengan ukuran yang bersaiz kecil .
Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan antara pertubuhan pelombong Cina[6] yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
- 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
- 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.
- 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
- 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Binaan dan Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [7]mahupun elektronik [8]. Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:
- Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. [9]
- Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. [10]
- Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. [11]
- Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. [12]
- Muzium Perak
- Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879.[13]
- Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
- Taman Tasik Taiping
- Zoo Taiping
Pulau Kelumpang
[sunting | sunting sumber]Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.
Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.
Populasi
[sunting | sunting sumber]Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang. Taiping merupakan bandar yang majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina. Taiping merupakan bandar kedua selepas ibu negeri Ipoh yang diduduki oleh kaum Cina di negeri Perak. Pada 2018, pengundi Taiping terdiri daripada 46% Cina, 38% Melayu, 13% India, dan 3% etnik lain-lain. (ke-29).
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.
Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.
Muka bumi
[sunting | sunting sumber]Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:
- Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang
- Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.
Majlis Perbandaran Taiping
[sunting | sunting sumber]Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
- 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
- 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
- 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
- 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
- 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :
- Bandar Taiping
- Batu Kurau
- Pengkalan Alor
- Kamunting
- Simpang
- Assam Kumbang
- Sungai Limau
- Jebong
- Bukit Gantang
- Tupai
- Trong
- Sungai Tinggi
- 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan
- 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal dan tidak tikenakan cukai taksiran tahunan.
Pasukan keselamatan
[sunting | sunting sumber]Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.
Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.
Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :
- Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
- First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
- Malay States Guides (MSG) 1896-1919
Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.
Pusat Membeli-belah dan Pasaraya
[sunting | sunting sumber]- AEON Mall Taiping
- The Store
- Taiping Sentral Mall
- Taiping Mall
- Giant
- Tesco
- Rain Town Plaza
- Pasaraya KU Taiping
- Pasaraya Wah Seah Maju Taiping
Keagamaan
[sunting | sunting sumber]Waktu solat, iftar dan imsak
[sunting | sunting sumber]Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 6 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 6 bagi Waktu Solat Negeri Perak
Masjid
[sunting | sunting sumber]- Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota 34000 Taiping
- Masjid At-Taufiqiah Khairiah, Kampung Pokok Assam 34000 Taiping
- Masjid Daerah Taiping, Jalan Kampung Jambu 34000 Taiping
- Masjid Hanafi, Jalan Temenggong 34000 Taiping
- Masjid India Muslim, 34000 Taiping
- Masjid Al-ansar, Kampung Balik Bukit Jalan Kerian 34020 Taiping
- Masjid Ar-ridzuaniah, Kampung Selamat, Jalan Kerian 34020 Taiping
- Masjid Pondok Tanjung, 34010 Taiping
- Masjid Kampung Air Kuning, Kampung Air Kuning 34000 Taiping
- Masjid Kampung Batu 8, Kampung Batu 8, Jalan Trong 34850 Changkat Jering
- Masjid Nurul Islam, d/a 1024 Lorong 49 Aulong 34000 Taiping
- Masjid Al-Islah, Kampung Pengkalan Aur Jalan Simpang 34000 Taiping
- Masjid Telekom, Jalan Lumba Kuda 34000 Taiping
- Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, 34000 Taiping
- Masjid Lama Bandar Taiping, Jalan Kota, 34000 Taiping
- Masjid Jamek Al-Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting, 34600 Taiping
- Masjid Maimun, Kg. Jana Baru, Kamunting, 34600 Taiping
- Masjid Kampung Expo, Expo, Kamunting, 34600 Taiping
- Masjid Jamek Kamunting, Kamunting, 34600 Taiping
- Masjid Taman Yayasan, Kamunting, 34600 Taiping
- Masjid Kampung Pasir, Kamunting. 34600 Taiping
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Profil YDP". Majlis Perbandaran Taiping. 2019.
- ^ Orang Besar Jajahan
- ^ Senarai Pegawai PDT Taiping
- ^ Senarai Wakil Rakyat
- ^ Pejabat Penghulu Mukim
- ^ See pages 86-88, Chapter 8 Malaysian Confrontations, Send A Gunboat: The Victorian Navy and Supremacy at Sea, 1854-1904, by Antony Preston & John Major, Conway, an imprint of Anova Books Ltd, London, UK, 2007 Revised Edition, ISBN 978-0-85177-923-2
- ^ Banyak yang pertama di Taiping
- ^ Pertama di Taiping
- ^ Sejarah Telekomunikasi Malaysia[pautan mati kekal]
- ^ Bukit Larut
- ^ "Latarbelakang Kementerian Kesihatan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2012-01-31.
- ^ Kereta api pertama Di Malaysia, Taiping
- ^ "Sejarah Penjara - Jabatan Penjara Taiping". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 2012-01-31.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Majlis Perbandaran Taiping, Laman web rasmi Majlis Perbandaran Taiping
- Peta-peta tentang Taiping, Peta Taiping
- Zoo Taiping Dan Night Safari, Laman web rasmi Zoo Taiping
- Sejarah Taiping[pautan mati kekal]
- (Inggeris) Initiatif Kedamaian Taiping Diarkibkan 2006-12-07 di Wayback Machine, Laman web rasmi Kedamaian Taiping
- Jabatan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan Diarkibkan 2006-12-16 di Wayback Machine, Laman web rasmi Jabatan DYMM Sultan Perak