Pergi ke kandungan

Jata Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jata Negeri Pulau Pinang
Butiran
JenisJata Sunting nilai ini di Wikidata
JabaranJambatan Pulau Pinang dengan warna putih, dengan Warna Latar Kuning dengan Lautan.
Penopang/
penyokong
Pokok Pulau Pinang.
Cogan kataBersatu dan Setia.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jata negeri Pulau Pinang di Malaysia mula diwujudkan ketika tempat tersebut merupakan suatu negeri Selat, di mana rekaan terawalnya dikurniakan Raja George VI sebagai pemerintah jajahan pada tahun 1949. Ia terdiri daripada suatu perisai berisi gambaran Jambatan Pulau Pinang di atas laut, sambil perisai tersebut dihiasi sebatang pokok pinang.

Cogan kata Bersatu dan Setia tertera di bawah perisai jata Majlis Petempatan (Settlement Council) Pulau Pinang; cogan kata ini dipakai pada tahun 1950[1] sebagai tindak balas kepada pergerakan kemerdekaan yang muncul dalam kalangan warga Pulau Pinang sendiri - perungkapan sedemikian merujuk kepada ketaatan kepada Kerajaan British pada ketika itu sebelum Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu.[2]

Sejarah rekaan

[sunting | sunting sumber]

Zaman British

[sunting | sunting sumber]
Jata asal Pulau Pinang, dengan cogan kata ditambah pada 1950

Dalam catatan diberikan oleh kerajaan British mengenai bentuk terawal jata ini, rekaan ini dijabarkan seperti berikut:[3]

Shield: Barry wavy of eight Azure and Argent upon a chief crenellée Or a plume of three ostrich feathers surmounted by a riband of the First on the riband the words Ich Dien in letters of the Third
Crest: On a wreath of the Colours upon a mount a Pinang or Areca-nut palm leaved and fructed Proper.

Jalur-lapan biru dan putih yang silih berganti (Barry wavy of eight Azure and Argent) melambangkan Selat Melaka yang memisahkan antara pulau besar "Penang" dengan wilayah jajahan Wellesley (Province Wellesley, kini Seberang Perai) di tanah besar tanah besar semenanjung. Terdapat tiga helai bulu pelepah putih dibalut suatu tatal bertulis ungkapan Ich Dien bererti "saya berkhidmat" dalam bahasa Jerman - ia merupakan simbol Putera Wales yakni gelaran diberikan kepada putera atau puteri pewaris takhta kerajaan United Kingdom datang daripada Putera Edward dari Woodstock. Pulau Pinang sendirinya dijajah di bawah nama Prince of Wales Island ("Pulau Putera Wales") pada tahun 1786

Batang pokok pinang ada di atas perisai jata melambangkan asal usul nama jajahan ini.

Zaman pascamerdeka

[sunting | sunting sumber]

Jambatan ini menggantikan simbol Putera Wales setelah ia siap dibina pada tahun 1985.[4]

  1. ^ Penang Information Guide. Penang: K.H. Khaw. 1951.
  2. ^ Menurut Christie (1996). A Modern History of Southeast Asia: Decolonization, Nationalism and Separatism. London: I.B. Tauris. ISBN 1-86064-354-X. - terdapat suatu usulan yang ditentukan dalam kerajaan Pulau Pinang pada bulan Februari 1949 sama ada ia dibenarkan diperintah berasingan sebagai suatu jajahan mahkota tersendiri seperti Singapura, usulan ini digagalkan dengan 15 undian membantah berbanding 10 undian menyokong.
  3. ^ Commonwealth Relations Office List. London: Her Majesty's Stationery Office. 1960.
  4. ^ Bendera dan Lambang Negara dan Negeri Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan. 1963.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]