Timur Laut (Pulau Pinang)
Daerah Timur Laut
داٴيرە تيمور لاٴوت வடகிழக்கு மாவட்ட Timur Laut Pulau Pinang 东北县 | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Pusat | George Town |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Keluasan | |
• Jumlah | 122.79 km2 (47.41 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 556,575 |
• Kepadatan | 4,500/km2 (12,000/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 11xxx |
Kod panggilan | +604-2xxxxxx, 604-6xxxxxx, 604-8xxxxxx (talian tetap sahaja) |
Awalan plat kenderaan | P |
Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri Pulau Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga merupakan daerah paling maju dan paling ramai penduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah ini dibahagikan kepada enam mukim yang merangkumi beberapa bandar;[1]
.
mukim
[sunting | sunting sumber]- Mukim 13 (Bukit Ayer Itam)
- Mukim 14 (Bukit Paya Terubong
- Mukim 15 (Ayer Itam)
- Mukim 16 (Paya Terubong)
- Mukim 17 (Batu Ferringi)
- Mukim 18 (Tanjong Tokong)
- Mukim 19 (Tanjung Santai)
bandar
[sunting | sunting sumber]- Bandar Ayer Itam
- Bandar Batu Ferringgi
- Bandar Bukit Bendera
- Bandar Glugor
- Bandar George Town
- Bandar Jelutong
- Bandar Tanjong Bungah
- Bandar Tanjong Tokong
- Bandar Tanjong Pinang
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 395,714 | — |
2000 | 416,369 | +5.2% |
2010 | 510,996 | +22.7% |
2020 | 556,575 | +8.9% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Timur Laut ialah seramai 556,575 orang dengan kepadatan penduduk 4,403 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Timur Laut berbangsa Cina, dengan peratusan 64.5 peratus daripada jumlah penduduk.[2]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 121,900 |
Cina | 324,943 | |
India | 51,520 | |
Lain-lain | 5,270 | |
Bukan warganegara | - | 52,942 |
Jumlah | 556,575 |
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Timur Laut. Terdapat sebanyak 110 buah sekolah di daerah ini;[3]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 29 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 42 |
Sek. Keb. Pendidikan Khas | 2 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 30 |
Sek. Men. Kebangsaan Agama | 2 |
Sekolah Menengah Agama | 1 |
Sekolah Menengah Teknik | 1 |
Sek. Men. Pendidikan Khas | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |
Kolej Tingkatan 6 | 1 |
Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sekolah di PPD Timur Laut | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Timur Laut (Pulau Pinang) |