Taman Peringatan Sandakan
Maklumat umum | |
---|---|
Jenis | Stel |
Didedikasikan kepada | Memperingati semua tawanan perang yang gugur semasa Kawat Maut Sandakan |
Maklumat lokasi | |
Koordinat | 5°53′19″N 118°2′50″E / 5.88861°N 118.04722°EKoordinat: 5°53′19″N 118°2′50″E / 5.88861°N 118.04722°E |
Lokasi | Sandakan |
sunting |
Taman Peringatan Sandakan ialah suatu tapak peringatan yang dibina di bekas kawasan bekas kem Sandakan di Sabah, Malaysia. Tapak ini didedikasikan sebagai peringatan untuk semua tawanan di kem yang meninggal dunia semasa Kawat Maut Sandakan, dan kepada mereka yang meninggal dunia semasa kawat ke Ranau. Ia juga mengiktiraf penderitaan dan pengorbanan masyarakat tempatan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Apabila Jepun memperluaskan Empayarnya ke Lautan Pasifik Barat Daya semasa peringkat awal Perang Dunia II, sebilangan besar tawanan tentera Berikat yang ditahan dalam berbagai-bagai kem di Pasifik. Pada bulan Julai 1942, sudah ada 1,500 tawanan perang Australia dipindahkan dari Singapura ke Sandakan sebagai buruh paksa membina lapangan terbang kecil tentera. Bilangan tersebut meningkat pada tahun 1943, dengan sekitar 2,500 tawanan ditempatkan di tapak kem.
Pada akhir perang, semua jasad tawanan perang, yang dijumpai semasa penyiasatan di tapak, dipindahkan ke kubur tentera di Labuan. Mereka yang dapat dikenal pasti dikubur di kuburan dan ditandakan dengan nama, manakala mereka yang tidak dapat dikenal pasti disenaraikan di plak sepadan di Labuan dan juga di Singapura.
Pada tahun 1995, suatu perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Australia, pertubuhan bekas perajurit Returned & Services League of Australia (RSL) dan Majlis Perbandaran Sandakan terhasilnya penciptasn tapak peringatah ini. Kerajaan Australia membina astaka dengan sebuah obelisk didirikan di tapak peringatan dan memulihkan tinggalan peralatan kemudahan dengan penggali, penjana stim dan penjana lain. Majlis pembukaan tapak peringatan duadakan pada Mac 1999.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Taman Peringatan Sandakan |
- ^ Information on the panel "The Monument in 1986", prepared by the Australian Government. Stand August 2012.