Pergi ke kandungan

Maaf Jika Aku Tak Sempurna (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna)
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Acik Lana
PenciptaAcik Lana
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamamd Norazhar Baharuddin
PenerbitFadzil Teh
LokasiKuala Lumpur
Lembah Klang
Putrajaya
SinematografiMuhamad Nazir Ahmad
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal01 September 2014 (2014-09-01) – 27 Oktober 2014 (2014-10-27)
Kronologi
MengikutiRindu Awak 200%
Diikuti olehBila Hati Berbicara

Maaf Jika Aku Tak Sempurna merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 yang diadaptasi daripada novel 2012 dengan tajuk sama karya Acik Lana, dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella dan Hefny Sahad. Siri ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 1 September 2014 hingga 27 Oktober 2014 menggantikan Rindu Awak 200% dan digantikan oleh Bila Hati Berbicara.[1][2][3]

Mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.

Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua.

Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!

Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.

Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Kerana terpaksa atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi.

Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Memperkenalkan

[sunting | sunting sumber]
  • Shella Faeiz sebagai Zetty
  • Marr Mohamad sebagai Marr
  • Sabreena Ibrahim sebagai Yuni
  • Eliana

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Budiey (29 Ogos 2014). Sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Ogos 2014.
  2. ^ Episod akhir ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ amat hambar Oh! Bulan (28 Oktober 2014). Dicapai pada 31 Oktober 2014.
  3. ^ Slot Akasia 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' Ben Ashaari (30 Ogos 2014). Dicapai pada 31 Ogos 2014.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Maaf Jika Aku Tak Sempurna Berikutnya
Rindu Awak 200% Bila Hati Berbicara