Pergi ke kandungan

Ameera (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Drama Ameera)
Ameera
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Rita Rudaini
Syamsul Yusof
Zarina Zainoordin
Jasmin Hamid
Hairi Safwan
Lagu pembukaan"Andai Ku Bercinta Lagi" oleh Mojo
Lagu penutup"Andai Ku Bercinta Lagi" oleh Mojo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhammad Norazhar Baharuddin
PenerbitHaji Md Fadzil Teh
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format audioStereo
Siaran asal23 Mei 2012 – 22 Ogos 2012

Ameera merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Murali Abdullah, dibintangi oleh Rita Rudaini dan Syamsul Yusof. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 23 Mei 2012 hingga 22 Ogos 2012 menggantikan Mahabbah.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Ameera dan Ameer ialah pasangan suami isteri yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun dan masih belum menimang cahaya mata. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 dalam tempoh lima tahun sejak Airmata Maria pada tahun 2007.
  • Pelakon Mustaqim Bahadon berlakon watak sampingan sebagai pegawai polis pada episod 19-20 iaitu di awal penglibatan sebagai pelakon
  1. ^ Budiey (22 Mei 2012). Sinopsis Drama Bersiri Ameera Lakonan Rita Rudaini & Syamsul Yusof Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mei 2012.
  2. ^ Ameera (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 22 Jun 2018.