Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin | |
---|---|
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 | |
Menyandang jawatan 23 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Hang Tuah Jaya, Melaka | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Adam Adli |
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 2018–2021 | |
Didahului oleh | Syed Ibrahim Syed Noh |
Digantikan oleh | Fahmi Fadzil |
Timbalan Menteri Industri Utama | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | Teresa Kok |
Didahului oleh | Anifah Aman |
Digantikan oleh | 1. Wee Jeck Seng 2. Willie Mongin |
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 2018 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Katil, Melaka | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 2018 | |
Didahului oleh | Md Sirat Abu (UMNO) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Ketua Sayap Pemuda PKR | |
Dalam jawatan 2007–2014 | |
Didahului oleh | Mohamad Ezam Mohd Nor |
Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin 29 Disember 1974 Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Gabungan politik lain | PH-PKR |
Pasangan | Datin Seri Dr. Norzakiah Mohd Tahir[1] |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa |
Pekerjaan | Ahli politik |
Anugerah awam | Senarai |
Laman web | shamsuliskandar |
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin (lahir 29 Disember 1974) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10. Di peringkat parti beliau adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan eksekutif iaitu Timbalan Menteri Industri Utama dari tahun 2018 hingga 2020 dan mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama 2 penggal (2013-2022).
Dalam PKR beliau mempunyai banyak pengalaman memegang jawatan di peringkat parti iaitu Ketua Penerangan PKR (2018-2022), Ketua PKR Cabang Jasin, Pengerusi PKR Melaka, Naib Presiden PKR dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Hospital Melaka pada 29 Disember 1974. Ayahanda Hj. Mohd Akin bin Ayim (meninggal dunia pada 6 Ogos 2007) dan bonda Hjh. Halimah binti Hj. Kidam (meninggal dunia pada 14 Jun 1989. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik.
Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau adalah seorang berkelulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[2]
Beliau merupakan seorang Pengakap Raja.[3]
Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 2003 dan mempunyai 3 orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2007, beliau menjadi Ketua Pemuda PKR selepas pemimpinnya Mohamad Ezam Mohd Nor, melepaskan jawatan pada 2006,[4] dan beliau mengalahkan Hasmi Hashim pada pilihan raya 2007 untuk menggantikannya.[5][6]
Pada pilihan raya 2004, beliau bertanding di kawasan Parlimen Tangga Batu yang baru diwujudkan di negeri asalnya, Melaka tetapi kalah kepada Idris Haron. Kemudian pada pilihan raya 2008, beliau bertanding dan kalah di kerusi Parlimen Dungun di Terengganu.[7] Beliau akhirnya dipilih ke Parlimen pada pilihan raya 2013 untuk kerusi Bukit Katil, menewaskan lawan berat, Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.[8] Dalam pilihan raya 2018, beliau berjaya mengekalkan Bukit Katilnya yang telah berubah menjadi Hang Tuah Jaya selepas penandaan semula 2018 tetapi kehilangan kerusi Rim Dewan Undangan Negeri Melaka.
Pada 2014, beliau dipilih sebagai naib presiden PKR, bersama Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua. Beliau tidak mempertandingkan kepimpinan sayap pemuda PKR.[9]
Pada 11 Disember 2013, Shamsul Iskandar didakwa bertanggungjawab dalam perhimpunan Pilihan Raya Malaysia 2013 atau "Blackout 505", perhimpunan yang diadakan di kawasan terhad di kompleks Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang berlaku di 15 bandar raya di Malaysia. Selepas lima tahun dia dibebaskan pada 16 Mei 2018 dan semua tuduhan telah digugurkan atas alasan pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Shamsul di luar keraguan munasabah.[10]
Berikutan dengan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke 14, beliau telah dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri sebagai Timbalan Menteri Industri Utama di bawah kerajaan baharu dipimpin oleh, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di peringkat antarabangsa, Shamsul Iskandar juga merupakan ahli Lembaga Rangkaian Parlimen di Bank Dunia & Tabung Kewangan Antarabangsa.[perlu rujukan]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Bagan Datuk | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PH (PKR) | 16,230 | Ahmad Zahid Hamidi | BN (UMNO) | 16,578 | 348 |
Muhammad Faiz Na’aman | PN (BERSATU) | 8,822 | ||||||
Mohamed Tawfik Ismail | BEBAS (KUNCI) | 226 | ||||||
2018 | Hang Tuah Jaya | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PH (PKR) | 39,067 | Mohd Ali Rustam | BN (UMNO) | 30,427 | 8,640 |
Khalid Kassim | PAS | 7,089 | ||||||
2013 | Bukit Katil | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PKR | 46,357 | Mohd Ali Rustam | BN (UMNO) | 40,624 | 5,733 |
2008 | Dungun | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PKR | 24,270 | Matulidi Jusoh | BN (UMNO) | 29,264 | 4,994 |
2004 | Tangga Batu | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PKR | 8,595 | Idris Haron | BN (UMNO) | 33,039 | 24,444 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | Paya Rumput | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PH (PKR) | 6,201 | Rais Yasin | BN (UMNO) | 6,830 | 629 |
Muhamad Faris Izwan Mazlan | PN (BERSATU) | 3,972 | ||||||
Mohd Jaini Dimon | BEBAS (BUKU) | 127 | ||||||
Mohamad Hashidi Mohd Zin | PUTRA | 81 | ||||||
2018 | Rim | Shamsul Iskandar Mohd Akin | PH (PKR) | 4,765 | Ghazale Muhamad | BN (UMNO) | 5,301 | 536 |
Kintan Man | PAS | 1,262 |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Darjah Kebesaran Seri Melaka Pangkat Pertama Darjah Gemilang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Seri (2018)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ "UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari", Malaysiakini.com. 20 oktober 2011.
- ^ "PPM mohon dana khas baiki 12 kem pengakap". PressReader. Dicapai pada 11 September 2020.
- ^ http://shamsuliskandar.blogspot.com/2006/10/ezam-sah-letak-jawatan-sebagai-ketua.html
- ^ G. MANIMARAN (2 September 2010). "Ketua AMK: Hasmi cabar Shamsul Iskandar lagi?". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ http://sepangonline.blogspot.com/2007/05/keputusan-pemilihan-angkatan-muda.html
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDungun PRU 2008
- ^ "myundi / Keputusan PRU13 / Melaka (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Rafizi, Shamsul Iskandar are new PKR veeps". Astro Awani. 12 August 2014. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "Hang Tuah Jaya MP Acquitted Of Participating In 'Blackout 505'". Malaysian Digest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-20.