Senarai nahas dan kejadian pesawat komersil
Penampilan
(Dilencongkan daripada Senarai kemalangan membabitkan pesawat komersil)
Rencana ini merupakan senarai nahas pesawat komersil yang dikumpulkan mengikut tahun kemalangan berlaku.
Kandungan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1922 | ||||||||||
1930 | 1931 | 1933 | 1934 | 1937 | 1938 | 1939 | ||||
1940 | 1941 | 1942 | 1943 | 1944 | 1947 | 1948 | 1949 | |||
1950 | 1951 | 1952 | 1953 | 1954 | 1955 | 1956 | 1957 | 1958 | 1959 | |
1960 | 1961 | 1962 | 1963 | 1964 | 1965 | 1966 | 1967 | 1968 | 1969 | |
1970 | 1971 | 1972 | 1973 | 1974 | 1975 | 1976 | 1977 | 1978 | 1979 | |
1980 | 1981 | 1982 | 1983 | 1984 | 1985 | 1986 | 1987 | 1988 | 1989 | |
1990 | 1991 | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998 | 1999 | |
2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | |
Lihat juga — Pautan luar |
1922
[sunting | sunting sumber]- 7 April – Penerbangan G-EAWO de Havilland DH.18A yang dikendalikan oleh Daimler Hire Ltd. berlanggar dengan penerbangan F-GEAD Farman F.60 Goliath yang dikendalikan oleh Compagnie des Grands Express Aériens (CGEA) semasa terbang di udara jalan raya Thieulloy-St. Antoine yang berhampiran dengan Picardie, Perancis dan membunuh kesemua tujuh orang di dalam kedua-dua pesawat itu. Kedua-dua pesawat itu sedang menggunakan jalan raya tersebut sebagai penanda laluan dalam keadaan cuaca dan ketampakan penerbangan yang buruk. Kes ini merupakan perlanggaran pesawat udara tengah yang pertama.
1930
[sunting | sunting sumber]- 5 Oktober – Kapal udara British R101 jatuh terhempas di sebelah utara Paris, dan membunuh 48 orang dalam letupan api.
1931
[sunting | sunting sumber]- 21 Mac – Southern Cloud, sebuah pesawat Avro 618 Ten Australian National Airways, jatuh terhempas di Banjaran Gunung Snowy semasa diterbangkan dari Sydney ke Melbourne. Kesemua lapan orang di dalam pesawat itu terbunuh dalam kemalangan yang merupakan bencana penerbangan Australia yang pertama. Tapak nahas masih tidak dapat ditemui selepas 27 tahun, dengan cuaca yang amat buruk ketika itu dianggap sebagai sebab yang mungkin untuk kemalangan tersebut.
- 31 Mac – Penerbangan 599, sebuah pesawat F-10 Trimotor Fokker Transcontinental & Western Air, jatuh terhempas berhampiran Bazaar, Kansas, dan membunuh kesemua lapan orang di dalamnya, termasuk Knute Rockne, jurulatih bola sepak University of Notre Dame.
1933
[sunting | sunting sumber]- 10 Oktober – Sebuah pesawat Boeing 247 United Airlines dimusnahkan oleh sebutir bom di Chesterton, Indiana dalam kes terbukti sabotaj udara pertama yang melibatkan sebuah pesawat komersil. Kesemua tujuh orang di dalam pesawat itu terbunuh.
1934
[sunting | sunting sumber]- 20 Disember – Penerbangan PH-AJU KLM, sebuah pesawat DC-2 Douglas yang dikenali sebagai Uiver, mengalami cuaca buruk dalam perjalanannya dari Belanda ke Hindia Belanda dan jatuh terhempas di gurun Syria. Kesemua empat anak kapal dan tiga penumpangnya terbunuh.
1937
[sunting | sunting sumber]- 12 Januari – Penerbangan 7 Western Air Express, sebuah pesawat Boeing 247, merempuh Pinetos Peak di timur laut San Fernando, California semasa terbang dari Salt Lake City, Utah ke Terminal Union Air di Burbank; 5 daripada 13 orang di dalam pesawat terbunuh, termasuk pengembara dan penerbit filem yang termasyhur, Martin Johnson.
- 6 Mei – Penerbangan Deutsche Zeppelin Reederei, sebuah zeppelin Hindenburg, tiba-tiba terbakar dan jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Naval Air Engineering Station Lakehurst, New Jersey; 35 daripada 97 orang di dalam pesawat terbunuh, termasuk juga seorang di atas daratan.
- 16 November – Penerbangan Junkers Ju 52 Sabena jatuh terhempas berhampiran Ostend, Belgium dan membunuh kesemua 11 orang di dalamnya, termasuk Grand Duke Georg Donatus dan Grand Duchess Cecilie dari Hesse yang ketika itu, hamil lapan bulan.
1938
[sunting | sunting sumber]- 10 Januari – Penerbangan 2 Northwest Airlines, sebuah pesawat Lockheed L14H Super Electra, jatuh terhempas berhampiran Bozeman, Montana dan membunuh kesemua 10 orang di dalamnya; mesin yang digunakan oleh pengeluar untuk mengukur getaran komponen didapati tidak persis dan mengakibatkan pesawat lebih mudah bergegar-gegar berbanding dengan apa yang dipercayai.
- 25 Oktober – Pesawat Douglas DC-2 Australian National Airways, merempuh Gunung Dandenong di Victoria, Australia semasa menghadapi keadaan kabus tebal dan membunuh kesemua 18 orang di dalamnya.
1939
[sunting | sunting sumber]- 13 Januari – Penerbangan 1, sebuat pesawat Lockheed L14H Super Electra Northwest Airlines, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Bandaraya Miles, Montana, dan membunuh kesemua empat orang di dalamnya; injap bahan-api suap-silang pesawat bocor, dengan bahan api masuk ke dalam kokpit lalu mengakibatkan kebakaran yang teruk.
1940
[sunting | sunting sumber]- 14 Jun – Dalam penembakan jatuh Kaleva, sebuah Ju 52-3/mge Junkers Aero yang terbang dari Tallinn, Estonia ke Helsinki, Finland ditembak jatuh oleh dua pesawat pengebom Soviet di atas Teluk Finland pada zaman aman; kesemua 9 orang di dalamnya terbunuh.
- 31 Ogos - Penerbangan 19 Pennsylvania Central Airlines, sebuah pesawat DC-3A Douglas, jatuh terhempas di Lovettsville, Virginia dan membunuh kesemua 25 orang di dalamnya. Nahas itu merupakan nahas pesawat Amerika Syarikat yang paling teruk sehingga waktu itu dan memulakan era penyiasatan rasmi di bawah Lembaga Aeronautik Awam.
1941
[sunting | sunting sumber]- 26 Februari – Penerbangan 21 Eastern Air Lines, sebuah pesawat DC-3, jatuh terhempas semasa mendarat di Atlanta, Georgia dan membunuh 16 daripada 25 orang di dalamnya; pahlawan Perang Dunia I dan presiden Eastern Air Lines, Eddie Rickenbacker, adalah antara yang terselamat.
1942
[sunting | sunting sumber]- 16 Januari – Penerbangan 3 TWA, sebuah pesawat Douglas DC-3 yang kembali ke California, merempuh Gunung Potosi, 30 batu di arah barat daya dari Las Vegas; kesemua 22 orang di dalamnya terbunuh, termasuk pelakon wanita Carole Lombard dan ibunya.
1943
[sunting | sunting sumber]- 21 Januari – Penerbangan 1104 Pan Am, sebuah pesawat Martin M-130 dengan nama panggilan Philippine Clipper, merempuh gunung berhampiran Boonville, California, dan membunuh kesemua 19 orang di dalamnya, termasuk Laksamana Muda Robert H. English, komander Armada Kapal Selam Pasifik Amerika Syarikat.
- 1 Jun – Penerbangan 777 BOAC, sebuah pesawat Douglas DC-3, ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Luftwaffe di Teluk Biscay dan membunuh 17 orang di dalamnya, termasuk pelakon Leslie Howard dan menimbulkan tekaan bahawa penerbangan itu diserang kerana bahagian perisik tentera Jerman mempercayai bahawa Perdana Menteri British, Winston Churchill, berada di dalamnya.
- 28 Julai – Penerbangan 63 American Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-3, hilang kawalan, akibat gelora dan poket udara yang teruk, lalu jatuh terhempas berhampiran Trammel, Kentucky dan membunuh 20 daripada 21 orang di dalamnya.
1944
[sunting | sunting sumber]- 10 Februari – Penerbangan 2 American Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-3, jatuh terhempas ke dalam Sungai Mississippi atas alasan yang tidak dapat dipastikan dan membunuh kesemua 24 orang di dalamnya.
1947
[sunting | sunting sumber]- 12 Ogos – Pesawat Avro Lancastrian British South American Airways yang bernama Star Dust hilang di Banjaran Gunung Andes selepas menghantar pesanan kod yang membingungkan ("STENDEC"). Nasib pesawat itu tidak dapat diketahui sehingga 2000 apabila tapak nahasnya ditemui. 4 anak kapal dan 9 penumpangnya terbunuh.
- 28 Ogos - Kapal terbang laut jenis Short Sandringham yang bernama "Kvitbjørn" merempuh gunung berhampiran Lødingen di Norway; kesemua 35 orang di dalamnya terbunuh.
- 24 Oktober – Penerbangan 608 United Airlines, sebuah pesawat DC-6, jatuh terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bryce Canyon, Utah apabila kebakaran yang diakibatkan oleh kecacatan reka bentuk memusnahkannya; kesemua 52 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
1948
[sunting | sunting sumber]- 28 Januari – Sebuah pesawat DC-3 yang dicarter oleh Perkhidmatan Imigresen dan Pewarganegaraan Amerika Syarikat jatuh terhempas di kawasan bukit yang terletak di sebelah barat Coalinga, California dan membunuh 32 orang; nahas itu menjadi dorongan kepada lagu Woody Guthrie, "Deportee."
- 12 Mac – Penerbangan 4422 Northwest Airlines, sebuah pesawat DC-4, jatuh terhempas di Gunung Sanford di Wilayah Alaska dan membunuh 30 orang.
- 5 April – Dalam bencana udara Gatow 1948, sebuah pesawat Vickers VC.1 Viking British European Airways, berlanggar dengan pesawat pejuang Yakovlev Yak-3 Tentera Udara Soviet berhampiran RAF Gatow, Berlin dan membunuh kesemua 14 orang di dalam pesawat Viking, serta juga juruterbang Soviet.
- 17 Jun – Penerbangan 624 United Airlines, sebuah pesawat DC-6, jatuh terhempas berhampiran Gunung Carmel, Pennsylvania selepas membuat kesilapan untuk memadamkan apa yang dipercayai sebagai kebakaran di dalam pesawat; kesemua 43 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 17 Julai – Miss Macao, sebuah pesawat laut Catalina kendalian anak syarikat Cathay Pacific yang mengangkut 23 penumpang dan 3 anak kapal, dirampas oleh sekumpulan perampas semasa merentasi delta Sungai Pearl dari Macau ke Hong Kong. Perampas itu mencuba merampas penumpang tetapi selepas suatu pergelutan di dalam kokpit, pesawat itu jatuh terhempas dan membunuh kesemua orang di dalamnya kecuali seorang penumpang yang kemudian dikenal pasti sebagai ketua perampas; kes ini merupakan rampasan pesawat terawal yang diketahui.
- 2 Oktober – Dalam bencana Bukken Bruse, sebuah kapal terbang laut jatuh terhempas semasa mendarat di Trondheim, Norway dan membunuh 19 orang di dalamnya; Bertrand Russell adalah antara 24 orang yang terselamat.
- 20 Oktober – Dalam bencana udara KLM Constellation 1948, sebuah pesawat Lockheed Constellation yang bernama Nijmegen jatuh terhempas berhampiran Prestwick, Scotland dan membunuh 40 orang.
1949
[sunting | sunting sumber]- 4 Mei – Dalam bencana udara Superga, sebuah pesawat Fiat G.212 CP Italian Airlines yang mengangkut pasukan bola sepak Torino, jatuh terhempas di perbukitan Superga berhampiran Turin dan membunuh kesemua 31 orang di dalamnya, termasuk 18 pemain.
- 9 September – Sebuah pesawat Douglas DC-3 Canadian Pacific Airlines meletup dalam penerbangan dari Bandaraya Quebec ke Baie-Comeau, Quebec, akibat sabotaj, dan membunuh kesemua 23 orang di dalamnya.
- 1 November – Penerbangan 537 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-4, berlanggar dengan sebuah pesawat Lockheed P-38 semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Nasional Washington dan membunuh kesemua 55 orang di dalam DC-4, termasuk George J. Bates (anggota Kongres), Helen E. Hokinson (pelukis kartun New Yorker), dan Michael J. Kennedy (bekas anggota Kongres); juruterbang dan penumpang tunggal pesawat P-38 dicederakan dengan parah.
- 29 November – Penerbangan 157 American Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6 yang terbang dari Bandaraya New York ke Bandaraya Mexico, membelok dengan tiba-tiba ke luar landasan kapal terbang dan merempuh bangunan selepas anak kapalnya hilang kawalan pesawat semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Dallas Love Field; 26 penumpang dan 2 atendan penerbangan dibunuh.
1950
[sunting | sunting sumber]- 12 Mac- Penerbangan Avro 689 Tudor V menegun dan jatuh terhempas selepas palka kargo belakangnya sarat dan mengakibatkan pusat graviti melebihi had buritannya; 80 daripada 83 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 24 Jun – Penerbangan 2501 Northwest Orient Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-4 dengan 58 orang di dalamnya, hilang tanpa sebarang kesan di Tasik Michigan.
- 31 Ogos – Penerbangan 903 TWA, sebuah pesawat Lockheed L749A Constellation, jatuh terhempas, akibat kebakaran enjin, di gurun yang terletak sekitar 65 batu pada arah Utara hala Barat Timur dari Kaherah, Mesir; kesemua 55 orang di dalamnya terbunuh.
1951
[sunting | sunting sumber]- 27 Mac - Sebuah pesawat kargo Douglas C-47A-75-DL Dakota 3 yang dikendalikan oleh Air Transport Charter jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Ringway di Manchester, England ke Lapangan Terbang Nutts Corner, Antrim, Ireland Utara kerana gagal mencapai ketinggian. 2 daripada 3 anak kapal serta 2 daripada 3 penumpangnya terbunuh.
- 25 April – Penerbangan 493 Cubana de Aviación, sebuah pesawat Douglas DC-4 yang sedang terbang dari Miami, Florida ke Havana, Cuba, berlanggar di udara tengah dengan sebuah pesawat SNB-1 Kansan Beech Tentera Laut Amerika Syarikat berhampiran Key West; kesemua 43 orang di dalam kedua-dua pesawat terbunuh.
- 22 Jun – Penerbangan 151 Pan Am, sebuah pesawat Lockheed L049 Constellation yang sedang terbang dari Accra, Ghana ke Monrovia, Liberia, merempuh bukit berhampiran dengan Sanoye di Kaunti Bong, 54 batu (86 km) dari lapangan terbang destinasinya di Liberia; kesemua 31 penumpang dan 6 anak kapalnya terbunuh.
- 24 Ogos – Penerbangan 615 United Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6B, jatuh terhempas berhampiran Decoto (kini Union City), California, semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Oakland, California; kesemua 44 penumpang dan 6 anak kapalnya terbunuh.
1952
[sunting | sunting sumber]- 22 Januari - Penerbangan 6780 American Airlines, sebuah pesawat Convair CV-240 merempuh rumah kediaman di Elizabeth, New Jersey semasa membuat persediaan untuk mendarat di lapangan terbang Newark dan membunuh 30 orang. Disebabkan kejadian ini, Suruhanjaya Doolittle mengesyorkan undang-undang untuk menyelaraskan penzonan bandar supaya tidak menghalang laluan pesawat di sekitar lapangan terbang.
- 28 April – Penerbangan 202 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 377 Stratocruiser, jatuh terhempas di kawasan terpencil Barizil, akibat kegagalan perejang, semasa terbang dari Buenos Aires, Argentina ke Bandaraya New York melalui Rio de Janeiro, Brazil; kesemua 50 orang di dalamnya terbunuh.
- 28 Jun - Penerbangan 910 American Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6 yang mengangkut 55 penumpang dan 5 anak kapal, berlanggar dengan pesawat persendirian Temco Swift, semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Dallas Love Field dan membunuh kedua-dua orang di dalam pesawat persendirian tersebut; pesawat DC-6 mendarat dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan kepada orang-orang di dalamnya.
1953
[sunting | sunting sumber]- 29 Oktober – Penerbangan 304 British Commonwealth Pacific Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6, merempuh Gunung King di sebelah tenggara Teluk Half Moon, California, semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Franciso; kesemua 11 penumpang terbunuh, termasuk pemain piano Amerika William Kapell, serta 8 anak kapalnya.
1954
[sunting | sunting sumber]- 10 Januari – Penerbangan 781 BOAC, sebuah pesawat de Havilland Comet dari Rom ke London hancur di udara tengah dalam peringkat terakhir penerbangannya dari Singapura. Puncanya dikesan sebagai lesu logam, akibat kitaran penekanan berulang yang menjejaskan fiuslajnya; 29 penumpang dan 6 anak kapalnya terbunuh.
- 8 April – Penerbangan 201 South African Airways, sebuah pesawat de Havilland Comet yang menuju ke Kaherah dalam penerbangannya dari Rom ke Johannesburg, hancur di udara tengah, dan membunuh kesemua 14 penumpang dan 7 anak kapalnya; sebagaimana dengan Penerbangan 781 BOAC, sebabnya ialah lesu logam tetapi pada lapisan aluminium penaik tegasan yang terletak di sudut-sudut tingkap empat segi; kesemua tingkap pesawat bertekanan kemudian dibina dengan sudut berjejari lebar.
- 8 April - Pesawat Canadair Harvard Tentera Udara Diraja Kanada berlanggar dengan sebuah pesawat Canadair North Star Trans-Canada Airlines di Moose Jaw, Saskatchewan dan membunuh 36 orang di dalam kedua-dua pesawat serta juga seorang di atas bumi.
- 5 September – Penerbangan 633 KLM, sebuah pesawat Lockheed L1049 Super Constellation, jatuh terhempas selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Shannon di Ireland dan membunuh 28 daripada 56 orang di dalamnya.
1955
[sunting | sunting sumber]- 19 Februari – Penerbangan 260 TWA, sebuah pesawat Martin 404, merempuh Banjaran Gunung Sandia semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Albuquerque, New Mexico dan membunuh kesemua 16 orang di dalamnya.
- 20 Mac - Penerbangan 711 American Airlines, sebuah pesawat Convair CV-240, jatuh terhempas semasa membuat pendaratan penghabisan di Springfield, MO; 13 daripada 35 orang di dalamnya terbunuh.
- 26 Mac – Penerbangan 845/26 Pan American World Airways, sebuah pesawat Boeing 377, jatuh terhempas ke dalam Lautan Pasifik berhampiran dengan pantai Oregon dan membunuh 4 orang.
- 11 April – Pesawat Kashmir Princess yang dikendalikan oleh Air India meletup dalam keadaan yang menimbulkan kesangsian; 16 orang terbunuh, dengan 3 orang terselamat.
- 27 Julai – Penerbangan 402 El Al, sebuah pesawat Lockheed L-049 Constellation, memasuki wilayah Bulgaria tanpa sengaja semasa terbang dari Vienna keo Tel Aviv dan ditembak jatuh oleh 2 pesawat pejuang Bulgaria; kesemua 58 orang di dalamnya terbunuh.
- 6 Oktober – Penerbangan 409 United Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-4, jatuh terhempas berhampiran Centennial, Wyoming dan membunuh kesemua 66 orang di dalamnya.
- 1 November – Penerbangan 629 United Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6B, dibom oleh Jack Gilbert Graham, seorang pembunuh beramai-ramai, semasa merentasi Denver, Colorado; kesemua 44 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
1956
[sunting | sunting sumber]- 2 April – Penerbangan 2 Northwest Orient Airlines, sebuah pesawat Boeing Stratocruiser, jatuh terhempas ke dalam Selat Puget selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, akibat kepak kerudung yang tidak dijajarkan dengan betul untuk kegunaan naik terbang; 4 penumpang dan seorang atendan penerbangan terbunuh, mungkin akibat hipotermia, semasa menunggu pasukan penyelamat; 33 orang terselamat.
- 30 Jun – Penerbangan 718 United Airlines, sebuah pesawat DC-7, berlanggar dengan Penerbangan 2 TWA, sebuah pesawat Lockheed Constellation di Grand Canyon, dan membunuh kesemua 128 di dalam kedua-dua pesawat itu; walaupun dikendalikan di bawah Peraturan Penerbangan Penglihatan (VFR), kedua-dua pesawat gagal melihat satu sama lain; Federal Aviation Administration (FAA) yang kemudian dibentuk mengasaskan peraturan baharu untuk pesawat penumpang, antaranya keperluan untuk dikendalikan di bawah Peraturan Penerbangan Instrumen (IFR), walau dalam cuaca yang baik.
- 9 Julai – Sebilah perejang pesawat Vickers Viscount Trans-Canada Air Lines patah semasa terbang merentasi Flat Rock, Michigan dan menembusi kabin penumpangnya, lalu membunuh salah satu daripada 35 penumpang di dalamnya; kes ini merupakan kes pertama yang diketahui tentang sebuah turboprop yang gugur bilah perejangnya dalam perkhidmatan penerbangan penumpang.
- 16 Oktober – Penerbangan 6 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 377 Stratocruiser, terpaksa jatuh terhempas ke dalam Lautan Pasifik di antara Hawaii dan San Francisco; kesemua 31 orang di dalam pesawat itu diselamatkan oleh sebuah kapal Pengawal Pinggir Laut Amerika Syarikat yang berhampiran.
- 9 Disember – Penerbangan 810 Trans-Canada Air Lines, sebuah pesawat Canadair Northstar, jatuh terhempas berhampiran Hope, British Columbia, Kanada, dan membunuh kesemua 62 orang di dalamnya; bangkai pesawat itu ditemui hanya hampir setahun kemudian.
1957
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari – Penerbangan 823 Northeast Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang LaGuardia, akibat ribut salji; 20 daripada 101 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 8 November – Penerbangan 7 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 377 Stratocruiser, hilang di antara San Francisco dan Honolulu; serpihan bangkai pesawat dan serpihan mayat dijumpai oleh Tentera Laut Amerika Syarikat hampir seminggu kemudian; kesemua 44 orang di dalam pesawat itu dipercayai terbunuh; keracunan karbon monoksida disyaki sebagai punca nahas tersebut.
- 15 November - Kapal terbang laut Short Solent yang dikendalikan oleh Aquila Airways jatuh terhempas berhampiran Chessell, Pulau Wight, United Kingdom dan membunuh 45 daripada 58 orang di dalamnya.
1958
[sunting | sunting sumber]- 6 Februari – Dalam bencana udara Munich, sebuah pesawat Airspeed Ambassador British European Airways jatuh terhempas semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Munich-Riem dan membunuh 23 daripada 44 orang, termasuk 8 pemain bola sepak Manchester United.
- 27 Februari – Dalam bencana udara Bukit Winter, sebuah Bristol 170 Freighter yang dikendalikan oleh Silver City merempah Bukit Winter di Rivington Moor, Lancashire semasa terbang dari Pulau Man ke Lapangan Terbang Manchester dan membunuh 35 orang serta mencederakan 7 orang yang lain.
- 6 April – Penerbangan 67 Capital Airlines, sebuah pesawat Vickers 745D Viscount, jatuh terhempas di Lapangan Terbang Tri-City (kini Lapangan Terbang Antarabangsa MBS) berhampiran Freeland, Michigan dan membunuh kesemua 47 orang di dalamnya; antara sebab yang mungkin ialah tokokan ais yang tidak disedari pada sayapnya serta juga keadaan angin sewaktu itu.
- 14 Ogos – Penerbangan 607-E KLM, sebuah pesawat Lockheed L-1049 Super Constellation (dinamai "Hugo de Groot") yang terbang dari Amsterdam ke New York, jatuh terhempas ke dalam Lautan Atlantik tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Shannon di Ireland dan membunuh kesemua 99 orang di dalamnya, termasuk 6 ahli seni bermain pedang Mesir.
- 22 Oktober - Penerbangan 142 British European Airlines, sebuah pesawat Vickers Viscount, berlanggar dengan pesawat F-86 Sabre Tentera Udara Itali di Itali, dengan kesemua 31 orang di dalam kedua-dua pesawat itu terbunuh.
1959
[sunting | sunting sumber]- 3 Februari – Penerbangan 320 American Airlines, sebuah pesawat Lockheed L-188 Super Electra, jatuh terhempas ke dalam Sungai East, Bandaraya New York, akibat kesilapan juruterbang; 65 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- February 17 – Penerbangan carter Vickers Viscount 793 yang dikendalikan oleh Turkish Airlines dan yang mengangkut perdana menteri Turki serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Lapangan Terbang London Gatwick, akibat kabus tebal; 5 daripada 8 anak kapal dan 9 daripada 16 penumpangnya terbunuh dalam kemalangan ini; Perdana Menteri Adnan Menderes adalah antara 10 orang yang terselamat.
- 30 Oktober – Penerbangan 349 Piedmont Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-3, jatuh terhempas di Gunung Bucks Elbow berhampiran Charlottesville, Virginia, dan membunuh ketiga-ketiga anak kapal serta 23 daripada 24 penumpangnya; pemandiri yang tunggal mengalami cedera parah; punca nahas ialah kesilapan pandu arah semasa membuat persediaan untuk mendarat berdasarkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).
- 16 November – Penerbangan 967 National Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-7B, jatuh terhempas ke dalam Teluk Mexico semasa terbang dari Tampa, Florida ke New Orleans, Louisiana, mungkin kerana sabatoj; kesemua 40 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
1960
[sunting | sunting sumber]- 6 Januari – Penerbangan 2511 National Airlines, sebuah pesawat DC-6B dari New York ke Miami, jatuh terhempas berhampiran Bolivia, Carolina Utara, apabila sebutir bom yang disembunyikan di dalamnya meletup di udara tengah; kesemua 34 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- January 18 – Penerbangan 20 Capital Airlines, sebuah pesawat Vickers Viscount yang terbang dari Washington ke Norfolk jatuh terhempas berhampiran Holdcroft, Virginia, akibat kegagalan enjin yang disebabkan oleh pengaisan; kesemua 50 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 17 Mac – Penerbangan 710 Northwest Orient Airlines, sebuah Lockheed L188 Super Electra yang terbang dari Chicago, Illinois ke Miami, Florida, berpecah belah dan jatuh terhempas dari setinggi 15,000 kaki berhampiran Bandaraya Tell, Indiana, dan membunuh kesemua 63 orang di dalamnya.
- 4 Oktober – Penerbangan 375 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Lockheed L188 Super Electra, jatuh terhempas ke dalam Teluk Winthrop semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston, akibat serangan burung berbilang; 62 daripada 72 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 29 Oktober – Sebuah pesawat carter Curtiss C-46 jatuh terhempas semasa naik terbang di Lapangan Terbang Ekspres Toledo, Ohio, dengan 22 orang terbunuh, termasuk 16 pemain bola sepak California Polytechnic State University.
- 16 Disember – Bencana udara New York 1960: Penerbangan 826 United Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-8, dan Penerbangan 266 TWA, sebuah pesawat Lockheed Super Constellation, berlanggar di udara tengah di Pulau Staten, New York; kesemua 128 orang di dalam kedua-dua pesawat serta juga 6 orang di atas bumi terbunuh.
1961
[sunting | sunting sumber]- 3 Januari – Penerbangan 311 Aero, sebuah pesawat Douglas DC-3, merempuh hutan kecil berhampiran Koivulahti, Finland dan membunuh kesemua 25 orang di dalamnya.
- 15 Februari – Penerbangan 548 Sabena, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Brussel, Belgium dan membunuh 73 orang, termasuk seluruh pasukan luncur ais berbunga Amerika Syarikat; satu penstabil yang patah dipercayai mengakibatkan kemalangan ini yang merupakan kemalangan pertama yang melibatkan sebuah pesawat Boeing 707.
- 1 September - Penerbangan 529 Trans World Airlines, sebuah propliner Lockheed Constellation L-049, menegun dengan tiba-tiba dan jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Midway di Chicago dan membunuh kesemua 73 penumpang dan 5 anak kapalnya, akibat sebatang selak 5/16 inci yang jatuh dari pautan kawalan penaik sebelum nahas ini berlaku.
- 12 September - Penerbangan 2005 Air France, sebuah pesawat Sud Aviation Caravelle, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Rabat-Salé dan membunuh kesemua 71 penumpang dan 6 anak kapalnya.
- 17 September – Penerbangan 706 Northwest Orient Airlines, sebuah Lockheed L-188 Electra, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Chicago, akibat kesilapan penyenggaraan yang menyebabkan aileronnya dipisahkan dari roda kawalan; kesemua 37 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 8 November - Penerbangan 201/8 Imperial Airlines, sebuah pesawat Lockheed Constellation L-049, jatuh terhempas semasa membuat pendaratan di Byrd Field berhampiran Richmond, Virginia; kesemua 74 penumpang — kebanyakan mereka merupakan rekrut baharu Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk menjalani latihan di pangkalan destinasi — terbunuh, bersama-sama dengan 3 anak kapalnya, akibat pengasfiksian karbon monoksida; bagaimanapun, kapten dan jurutera penerbangannya terselamat apabila mereka melarikan diri daripada bangkai pesawat yang terbakar.
- 23 November - Penerbangan 322 Aerolineas Argentinas, sebuah jet turbin de Havilland Comet 4 DH-106, jatuh terhempas di Campinas, Brazil tidak lama selepas naik terbang dan membunuh kesemua 12 anak kapal dan 40 penumpang di dalamnya.
1962
[sunting | sunting sumber]- 1 Mac – Penerbangan 1 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas ke dalam Teluk Jamaica, Queens, New York dan membunuh 95 orang di dalamnya.
- 4 Mac – Penerbangan 153 Caledonian Airways, sebuah pesawat Douglas DC-7, jatuh terhempas ke dalam paya hutan di Douala, Cameroon dan membunuh 111 orang di dalamnya.
- 16 Mac – Penerbangan 739 Flying Tiger Line, sebuah pesawat Lockheed L1049 Super Constellation yang dicarter oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengangkut 96 askar ke Vietnam Selatan hilang semasa merentasi Lautan Pasifik barat.
- 22 Mei – Penerbangan 11 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 707, hancur di udara tengah berhampiran dengan Unionville selepas sebutir bom penumpang meletup di dalam tandas; kesemua 45 orang di dalamnya terbunuh.
- 3 Jun – Dalam nahas Air France Orly 1962, sebuah pesawat carter Boeing 707 menggelincir dan terbakar selepas juruterbangnya enggan naik terbang dan justera, membunuh banyak daripada pemimpin awam dan pemimpin budaya Atlanta, Georgia; dua atendan penerbangan merupakan pemandiri yang tunggal, dengan 130 orang terbunuh dalam nahas pesawat-tunggal yang paling teruk sewaktu itu.
- 22 Jun - Penerbangan Air France, sebuah pesawat Boeing 707 berbilang peringkat terjadual antarabangsa, merempuh bukit hutan di pulau Guadeloupe semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pointe-à-Pitre; kesemua 113 orang di dalam pesawat dibunuh dalam nahas itu yang merupakan nahas yang paling teruk di Guadeloupe.
- 30 Jun - Sebuah penerbangan Aeroflot dalam negeri ditembak jatuh oleh misail berhampiran Voznesenka, Krasnoyarsk krai dan membunuh kesemua 84 orang di dalamnya; nahas itu merupakan nahas udara yang paling teruk di Rusia sewaktu itu.
- 7 Julai - Penerbangan 771 Alitalia merempuh tanah tinggi semasa mendarat berhampiran Junnar, Maharashtra, India, akibat kesilapan pandu arah, dan membunuh kesemua 94 orang di dalamnya.
- 19 Julai - Penerbangan 869 United Arab Airlines, sebuah penerbangan terjadual antarabangsa dari Hong Kong ke Kaherah, dengan persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok: Pesawat de Havilland DH-106 Comet 4C merempuh gunung di Khao Yai semasa mendarat di Bangkok, akibat suatu kesilapan penerbangan terkawal ke dalam terain (CFIT) dan membunuh kesemua 26 orang di dalamnya.
- 23 November – Penerbangan 297 United Airlines, sebuah pesawat Vickers Viscount 745D, jatuh terhempas berhampiran Bandaraya Ellicott, Maryland, akibat serangan burung; kesemua 17 orang di dalamnya terbunuh.
- 30 November – Penerbangan 512 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-7B, jatuh terhempas, akibat kesilapan juruterbang semasa hendak mendarat di Lapangan Terbang Idlewild, Bandaraya New York; 25 daripada 51 orang di dalamnya terbunuh.
1963
[sunting | sunting sumber]- 3 Julai – Penerbangan 441 New Zealand National Airways Corporation, sebuah pesawat DC-3 Skyliner yang terbang dari Lapangan Terbang Whenuapai, Auckland ke Tauranga merempuh Banjaran Gunung Kaimai; kesemua 23 orang di dalamnya terbunuh dalam bencana udara tanah besar New Zealand yang paling teruk sewaktu itu.
- 3 Julai – Penerbangan 121 Mohawk Airlines, sebuah pesawat Martin 404, jatuh terhempas berhampiran Rochester, New York semasa mencuba naik terbang dan membunuh 7 daripada 43 orang di dalamnya.
- 21 Ogos – Sebuah pesawat Tupolev Tu-124 Aeroflot membuat pendaratan kecemasan di Sungai Neva, Leningrad selepas mengalami kegagalan engin; tiada orang antara 52 di dalam pesawat itu terbunuh tetapi pesawat itu musnah.
- 29 November – Penerbangan 831 Trans-Canada Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-8, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Montréal/Dorval dan membunuh kesemua 118 orang di dalamnya.
- 8 Disember – Penerbangan 214 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 707, dipanah oleh kilat positif dan jatuh terhempas berhampiran Elkton, Maryland; kesemua 81 orang di dalamnya terbunuh.
1964
[sunting | sunting sumber]- 25 Februari – Penerbangan 304 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-8 yang terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa New Orleans ke Lapangan Terbang Washington Nasional, jatuh terhempas ke dalam Tasik Pontchartrain dan membunuh kesemua 51 penumpang dan 7 anak kapal di dalamnya.
- 7 Mei – Penerbangan 773 Pacific Air Lines, sebuah pesawat Fairchild F27, jatuh terhempas berhampiran San Ramon, California dan membunuh kesemua 44 orang di dalamnya, selepas seorang penumpang menembak kedua-dua kapten dan pegawai pertama lalu membunuh diri.
- 15 November – Penerbangan 114 Bonanza Air Lines, sebuah pesawat Fairchild F27, merempuh gunung hanya 10 kaki (3 meter) di bawah puncaknya dalam cuaca buruk pada waktu malam semasa membuat persediaan untuk mendarat di Las Vegas, Nevada; kesemua 29 orang di dalamnya terbunuh; mula-mulanya, juruterbang pesawat itu disalahkan kerana salah membaca carta pendaratan, akan tetapi bertahun-tahun kemudian, pembuat carta bersetuju untuk membayar penyelesaian sebanyak AS$490,000 kepada pewaris mangsa selepas cartanya terbuktikan memiliki tanda yang tidak tepat.
- 20 November – Penerbangan 277 Linjeflyg, sebuah pesawat Convair CV-340, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Engelholm, Sweden apabila anak kapalnya mengetepikan tatacara yang ditetapkan dalam keadaan metereologi instrumen dan mendarat secara pramatang; 31 orang terbunuh, dengan 12 terselamat.
- 24 Disember – Penerbangan 282 Flying Tiger Line, sebuah pesawat Lockheed Constellation, jatuh terhempas berhampiran San Bruno, California selepas membuat lencongan yang tidak dapat diterangkan, dan membunuh 3 anak kapalnya.
1965
[sunting | sunting sumber]- 8 Februari – Penerbangan 663 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-7B, jatuh terhempas ke dalam lautan beberapa batu dari Jones Beach State Park, New York semasa naik terbang kerana bertindak balas berlebihan agar mengelakkan Penerbangan 212 Pan Am (sebuah Boeing 707) yang sedang membuat persediaan untuk mendarat, dan membunuh kesemua 84 orang di dalamnya.
- 20 Mei – Penerbangan 705 Pakistan International Airlines, sebuah pesawat Boeing 720, jatuh terhempas semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dan membunuh 119 orang di dalamnya.
- 1 Julai – Penerbangan 12 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 707, melampaui hujung landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Kansas City Downtown lalu terbelah tiga; bagaimanapun, kesemua 66 orang di dalamnya terselamat.
- 16 Ogos – Penerbangan 389 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, jatuh terhempas ke dalam Tasik Michigan pada waktu malam selepas juruterbangnya salah membaca altimeter; kesemua 24 penumpang dan 6 anak kapalnya terbunuh.
- 8 Julai – Penerbangan 21 Canadian Pacific Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-6, jatuh terhempas berhampiran 100 Mile House, British Columbia selepas sebuah peranti meletup di dalam tandas; kesemua 46 penumpang dan 6 anak kapalnya terbunuh.
- 11 November – Penerbangan 227 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, jatuh terhempas tidak jauh dari landasan semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaraya Salt Lake, Utah; 43 daripada 91 di dalamnya terbunuh.
1966
[sunting | sunting sumber]- 24 Januari – Penerbangan 101 Air India, sebuah pesawat Boeing 707-437, merempuh permukaan barat daya Mont Blanc di Perancis dan membunuh kesemua 106 penumpang serta 11 anak kapalnya.
- 4 Februari – Penerbangan 60 All Nippon Airways, sebuah pesawat Boeing 727-100, jatuh terhempas ke dalam Teluk Tokyo, Jepun dan membunuh kesemua 133 orang di dalamnya.
- 4 Mac – Penerbangan 402 (CP402) Canadian Pacific Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-8-43 jatuh terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo di Jepun dan membunuh 64 orang di dalamnya; 8 penumpang terselamat.
- 5 Mac – Penerbangan 911 BOAC, sebuah pesawat Boeing 707 yang menuju ke Hong Kong, merempuh Gunung Fuji berhampiran Gotenba, Jepun dan membunuh kesemua 124 orang di dalamnya.
- 6 Ogos – Penerbangan 250 Braniff, sebuah pesawat BAC One-Eleven, terbang ke dalam garis badai yang aktif (ribut petir yang teruk) dan hancur di udara tengah berhampiran Bandaraya Falls, Nebraska dan membunuh kesemua 42 orang di dalamnya.
- 1 Oktober – Penerbangan 956 West Coast Airlines jatuh terhempas 5.5 batu di sebelah selatan Wemme, Oregon dan membunuh 18 orang. Nahas itu merupakan nahas pesawat Douglas DC-9 yang pertama.
- 13 November – Penerbangan 533 All Nippon Airways, sebuah pesawat NAMC YS-11, jatuh terhempas ke dalam Laut Pedalaman Seto selepas melampaui landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Matsuyama, Shikoku, Jepun dan membunuh kesemua 50 orang di dalamnya.
- 15 November – Penerbangan 708 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 727, jatuh terhempas berhampiran Berlin, Jerman dan membunuh ketiga-tiga anak kapalnya.
- 24 November – Penerbangan 101 Bulgarian-Soviet Transport Aviation Corporation, sebuah pesawat Ilyushin IL-18B, merempuh bukit hutan tidak lama selepas naik terbang dari Bratislava, Czechoslovakia dan membunuh kesemua 82 orang di dalamnya.
1967
[sunting | sunting sumber]- 9 Mac – Penerbangan 553 TWA, sebuah pesawat Douglas DC-9, berlanggar dengan sebuah pesawat Beechcraft Baron berhampiran Dayton, Ohio dan membunuh kesemua 26 orang di dalam kedua-dua pesawat itu.
- 4 Jun – Dalam bencana udara Stockport, sebuah pesawat Canadair C4 Argonaut British Midland yang mengangkut penumpang kembali dari Palma de Mallorca tiba-tiba hilang kuasa enjinnya semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Manchester, akibat kegagalan reka bentuk sistem bahan api pesawat itu; 72 daripada 84 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 23 Jun – Penerbangan 40 Mohawk Airlines, sebuah pesawat BAC One-Eleven, jatuh terhempas di Blossburg, Pennsylvania dan membunuh kesemua 34 orang di dalamnya.
- 19 Julai – Penerbangan 22 Piedmont Airlines, sebuah pesawat Boeing 727 yang bertolak dari Asheville, North Carolina, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang, akibat perlanggaran udara tengah dengan sebuah pesawat Cessna 310 enjin kembar semasa membuat pendaratan instrumen di Asheville; kesemua 82 orang di dalam kedua-dua pesawat itu terbunuh.
- 4 November – Penerbangan 062 Iberia Airlines, sebuah pesawat Sud Aviation Caravelle, jatuh terhempas di Black Down Hill Sussex, United Kingdom dan membunuh kesemua 37 orang di dalamnya, termasuk juga pelakon June Thorburn yang ketika itu hamil lima bulan.
- 20 November – Penerbangan 128 TWA, sebuah pesawat Convair 880, jatuh terhempas di Constance, Kentucky semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Greater Cincinnati dan membunuh 70 daripada 82 orang di dalamnya.
1968
[sunting | sunting sumber]- 24 Mac – Penerbangan 712 Aer Lingus, sebuah pesawat Vickers Viscount 803, jatuh terhempas berhampiran pantai Ireland dan membunuh kesemua 61 orang di dalamnya.
- 8 April – Penerbangan 712 BOAC, sebuah pesawat Boeing 707, mengalami kebakaran enjin selepas naik terbang dari Lapangan Terbang London Heathrow lalu membuat pendaratan kecemasan di Heathrow; 5 daripada 127 orang di dalam pesawat itu terbunuh dalam kebakaran.
- 3 Mei – Penerbangan 352 Braniff, sebuah pesawat Lockheed L188A Super Electra yang terbang dari Houston, Texas ke Dallas, jatuh terhempas semasa mengalami ribut petir dan membunuh 5 anak kapal serta 80 penumpangnya.
- 22 Mei – Penerbangan 841 Los Angeles Airways, sebuah pesawat Sikorsky S-61L, jatuh terhempas berhampiran Paramount, California dan mengakibatkan 23 kematian.
- 1 Julai – Seaboard World Airlines Penerbangan 253, sebuah pesawat Douglas DC-8 yang mengangkut melebihi 200 askar Amerika ke Vietnam dipaksa mendarat di Kesatuan Soviet.
- 3 Julai - Dalam nahas BKS Air Transport Heathrow 1968, sebuah pesawat kargo Airspeed Ambassador mengalami lesu logam dan jatuh terhempas semasa mendarat lalu merempuh dua buah pesawat British European Airways yang kosong. 6 daripada 8 anak kapanya terbunuh, bersama-sama dengan 8 kuda lumba yang diangkutnya. Semua pesawat Airspeed Ambassador kemudian tidak dibenarkan membuat penerbangan sehingga kepaknya direka bentuk semula. Salah satu pesawat BEA dapat dibaiki tetapi kemudian hilang dalam bencana udara Staines pada 1972.
- 14 Ogos – Penerbangan 417 Los Angeles Airways, sebuah pesawat prototaip Sikorsky S-61L, jatuh terhempas di Compton, California dan membunuh 21 orang di dalamnya.
- 11 September – Penerbangan 1611 Air France, sebuah pesawat Sud Caravelle, jatuh terhempas berhampiran Nice, Perancis dan membunuh kesemua 95 orang di dalamnya.
- 25 Oktober – Penerbangan 946 Northeast Airlines, sebuah pesawat Fairchild 227, jatuh terhempas berhampiran Etna, New Hampshire dan membunuh 32 orang di dalamnya.
1969
[sunting | sunting sumber]- 18 Januari – Penerbangan 266 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 727 yang terbang dari Los Angeles ke Milwaukee, Wisconsin, hilang seluruh kuasa elektriknya dan jatuh terhempas ke dalam Teluk Santa Monica; 6 anak kapal dan 32 penumpangnya terbunuh.
- 18 Februari – Penerbangan 708 Hawthorne Nevada Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-3, jatuh terhempas berhampiran Lone Pine, California dan membunuh kesemua 35 orang di dalamnya.
- 2 April – Penerbangan LO 165 LOT Polish Airlines, sebuah pesawat Antonov An-24, jatuh terhempas di Poland selatan dan membunuh kesemua 53 orang di dalamnya.
- 9 September – Penerbangan 853 Allegheny Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-9, berlanggar dalam penerbangan dengan sebuah pesawat Piper PA-28 Cherokee dan jatuh terhempas berhampiran Fairland, Indiana; kesemua 83 orang di dalam kedua-dua pesawat terbunuh.
- 12 September – Penerbangan 158 Philippine Airlines, sebuah pesawat BAC One-Eleven, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dan membunuh 45 daripada 47 orang di dalamnya.
- 19 November – Penerbangan 411 Mohawk Airlines, sebuah pesawat Fairchild 227, jatuh terhempas berhampiran Air Terjun Glens, New York dan membunuh kesemua 14 orang di dalamnya.
1970
[sunting | sunting sumber]- 15 Februari – Dalam bencana udara DC-9 Dominicana, bahan api cemar mengakibatkan kegagalan dwiengin tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Las Américas berhampiran Santo Domingo, Republik Dominica dan membunuh kesemua 102 orang di dalamnya.
- 21 Februari – Penerbangan 330 Swissair, sebuah pesawat Convair CV-990, meletup 9 minit selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zürich di Kloten, Switzerland, akibat sebutir bom di palka kargonya; kesemua 38 penumpang dan 9 anak kapalnya dibunuh.
- 31 Mac – Penerbangan 351 Japan Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, dirampas ke Korea Utara oleh puak Tentera Merah Jepun.
- 2 Mei – Penerbangan 980 ALM, sebuah pesawat Douglas DC-9 yang dikendalikan oleh Overseas National Airways, membuat pendaratan kecemasan yang gagal berhampiran St. Croix, Kepulauan Virgin dan membunuh 23 orang, termasuk 2 bayi dan seorang anak kapalnya; 40 orang terselamat, termasuk 4 anak kapalnya.
- 5 Julai – Penerbangan 621 Air Canada, sebuah pesawat Douglas DC-8, meletup selepas membuat pendaratan yang gagal di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson dan membunuh 109 orang di dalamnya.
- 9 Ogos – Penerbangan 502 LANSA, sebuah pesawat turboprop Lockheed Electra, jatuh terhempas dan terbakar tidak lama selepas naik terbang dari Cuzco, Peru; 99 orang di dalam pesawat itu dibunuh, bersama-sama dengan 2 orang di atas bumi; antara yang dibunuh termasuk 49 pelajar program pertukaran sekolah tinggi Amerika.
- 12 Ogos – Penerbangan 206 China Airlines, sebuah pesawat NAMC YS-11, merempuh Gunung Yuan semasa mengalami kabus tebal dan ribut petir yang teruk berhampiran Lapangan Terbang Taipei dan membunuh 14 daripada 31 orang di dalamnya.
- 6 September – Barisan Pembebasan Popular Palestin mengatur perampasan-perampasan di Dawson's Field terhadap: dan pada 9 September, Penerbangan 775 BOAC. Kejadian pada skala yang tidak pernah berlaku dahulu mengakibatkan kemarahan antarabangsa dan memainkan peranan yang utama dalam melaksanakan penapisan penumpang udara yang sehingga waktu itu hanya dilakukan secara longgar.
1971
[sunting | sunting sumber]- 6 Jun – Sebuah jet pejuang McDonell-Douglas F-4B Phantom II yang dimiliki oleh Kor Marin Amerika Syarikat berlanggar dengan Penerbangan 706 Hughes Airwest, sebuah Douglas DC-9, lalu merempuh Banjaran Gunung San Gabriel berhampiran Duarte, California dan membunuh kesemua 49 orang di dalamnya; juruterbang Phantom juga dibunuh, tetapi pegawai pintasan radar berjaya terjun keluar.
- 3 Julai – Penerbangan 64 Toa Domestic Airlines, sebuah pesawat NAMC YS-11, merempuh Yokotsudake (Gunung Yokotsu) berhampiran Lapangan Terbang Hakodate, Hokkaidō, Jepun dan membunuh kesemua 68 orang di dalamnya.
- 30 Julai – Penerbangan 58 ANA, sebuah pesawat Boeing 727-200, berlanggar dengan jet pejuang JSDF F-86 di Shizukuishi berhampiran Morioka, Jepun dan membunuh kesemua 162 orang di dalamnya; juruterbang JSDF terselamat selepas terjun keluar tetapi kemudian ditahan oleh polis tempatan kerana disyaki terlibat dalam perlanggaran tersebut.
- 30 Julai – Penerbangan 845 Pan American Airways, sebuah pesawat Boeing 747-100, mencuba naik terbang dari San Francisco pada kelajuan yang salah dan melampaui landasan kapal terbang lalu merempuh struktur lampu tuju; kawalan penerbangan dan sistem-sistemnya yang lain rosak tetapi pesawat itu masih dapat berlegar di udara dan membuang bahan apinya ke dalam lautan sebelum mendarat semula di San Francisco; antara 218 orang di dalam pesawat, 29 orang tercedera, dengan 10 orang itu dengan parah.
- 24 November – Seorang lelaki yang dilaporkan bernama D. B. Cooper merampas Penerbangan 305 Northwest Orient Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, ke luar Portland, Oregon lalu membebaskan penumpangnya sebagai pertukaran untuk US$200,000 dan empat payung terjun; seterusnya, anak kapalnya terbang bersama-sama dengan Cooper yang kemudian terjun keluar dari pesawat itu; bagaimanapun, Cooper tidak pernah dijumpai lagi dan nasibnya tidak diketahui tetapi gulung-gulung wang kertas tebusan dijumpai di dasar sungai beberapa tahun kemudian.
- 24 Disember – Penerbangan 508 LANSA, sebuah pesawat Lockheed Electra yang terbang dari Lima ke Pucallpa, Peru, hancur di udara tengah selepas dipanah oleh kilat lalu terbakar; pesawat itu jatuh terhempas ke dalam hutan hujan Amazon dan membunuh 91 orang; seorang remaja perempuan terselamat selepas jatuh dua batu (3 km) ke dalam hutan tersebut bersama-sama dengan kerusi yang masih diikat padanya; gadis itu melewati hutan selama 10 hari sebelum diselamatkan oleh pembalak tempatan.
1972
[sunting | sunting sumber]- 26 Januari – Penerbangan 367 JAT Yugoslav, sebuah pesawat Douglas DC-9 yang terbang dari Copenhagen ke Zagreb, mengalami letupan bom dan membunuh kesemua 28 orang di dalamnya; Vesna Vulović, pemandiri tunggal, dimasukkan namanya ke dalam Rekod Dunia Buku Guinness kerana terselamat selepas jatuh melebihi 10,000 meter tanpa payung terjun, satu kejatuhan yang paling jauh.
- 3 Mac – Penerbangan 405 Mohawk Airlines, sebuah pesawat turboprop enjin kembar Fairchild Hiller FH227B, jatuh terhempas berhampiran Albany, New York semasa mendarat dan membunuh 16 daripada 48 orang di dalamnya serta juga seorang di atas bumi.
- 5 Mei – Penerbangan 112 Alitalia, sebuah pesawat Douglas DC-8 yang terbang dari Lapangan Terbang Leonardo da Vinci di Rom, Itali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palermo, merempuh Gunung Longa, kira-kira 5 km (3.1 bt) di sebelah barat daya Palermo semasa membuat persediaan untuk mendarat dan membunuh kesemua 115 orang di dalamnya; nahas itu masih merupakan nahas pesawat tunggal yang paling teruk di Itali pada hari ini.
- 12 Jun – Penerbangan 96 American Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-10, mengalami penyahmampatan letupan apabila salah satu pintu kargonya gagal dalam penerbangan; bagaimanapun, anak kapalnya berjaya membuat pendaratan kecemasan di Detroit, Michigan, dengan kesemua 67 orang di dalamnya terselamat.
- 15 Jun – Sebutir bom di dalam beg pakaian meletup di dalam Penerbangan 700Z Cathay Pacific, sebuah pesawat Convair CV-880, pada 29,000 kaki tingginya di Vietnam dan membunuh kesemua 81 orang di dalamnya.
- 18 Jun – Penerbangan 548 British European Airways, sebuah pesawat Hawker Siddeley Trident, mengalami satu siri penegunan, akibat kesilapan juruterbang, lalu jatuh terhempas berhampiran Staines, United Kingdom dan membunuh kesemua 118 orang di dalamnya.
- 24 Jun – Penerbangan 191 Prinair terlebih diputarkan, akibat kesilapan juruterbang, dan jatuh terhempas di Ponce, Puerto Rico dan membunuh 5 daripada 20 orang di dalamnya.
- 14 Ogos - Penerbangan DM-SEA Interflug jatuh terhempas berhampiran Königs Wusterhausen, dan membunuh kesemua 156 orang di dalamnya; nahas itu merupakan bencana udara yang paling teruk di Jerman sehingga hari ini.
- 13 Oktober – Penerbangan 571 Tentera Udara Uruguay jatuh terhempas di Banjaran Gunung Andes, dengan pemandirinya makan mayat mereka yang mati selama 72 hari sebelum diselamatkan.
- 8 Disember – Penerbangan 553 United Airlines jatuh terhempas selepas membantutkan percubaannya untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago Midway dan membunuh 43 daripada 60 orang di dalamnya serta juga 2 orang di atas bumi; antara mereka yang dibunuh ialah Dorothy Hunt, isteri E. Howard Hunt, pengkomplot Watergate.
- 23 Disember – Penerbangan 239 Braathens jatuh terhempas di Asker semasa mendarat di lapangan terbang Fornebu, Oslo, Norway, dan membunuh 40 daripada 45 orang di dalamnya.
- 29 Disember – Penerbangan 401 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Lockheed Tristar, jatuh terhempas di Everglades Florida dan membunuh 103 daripada 176 orang di dalamnya; perhatian anak kapal telah dialihkan oleh sebuah lampu pendaratan yang rosak lalu mengakibatkan penerbangan terkawal ke dalam terain; ini merupakan nahas pertama bagi sebuah pesawat badan lebar.
1973
[sunting | sunting sumber]- 21 Februari – Penerbangan 114 Libyan Arab Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, menyimpang dari laluannya lalu ditembak oleh pesawat jet Israel di Zon Perang Sinai dan membunuh 108 daripada 113 orang di dalamnya.
- 10 April - Penerbangan 435 Invicta International Airlines, sebuah pesawat Vickers Vanguard 952 dari Bristol Lulsgate ke Basle, merempuh lereng bukit berhampiran Hochwald, Switzerland dan terbalik kuang lalu hancur dan membunuh 108 daripada 148 orang di dalamnya.
- 11 Julai – Penerbangan 820 Varig, sebuah pesawat Boeing 707, mengalami kebakaran di dalam pesawat lalu jatuh terhempas berhampiran Paris, Perancis dan membunuh 123 daripada 134 orang di dalamnya.
- 22 Julai – Penerbangan 816 Pan American World Airways, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari lapangan terbang Faa'a di Tahiti, Polinesia Perancis dan membunuh 77 daripada 78 orang di dalamnya.
- 23 Julai – Penerbangan 404 Japan Air Lines, sebuah pesawat Boeing 747, dirampas selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol di Belanda, dengan seorang perampas dibunuh dan seorang cincu penerbangan dicederakan oleh letupan grenad; penumpang pesawat itu dibebaskan di Benghazi, Libya selepas membuat banyak peringkat penerbangan selama beberapa hari, dengan pesawat itu kemudian dimusnahkan oleh letupan di atas bumi.
- 31 Julai – Penerbangan 723 Delta Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-9, mendarat secara pramatang dan jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan Boston dan membunuh kesemua orang di dalamnya; punca nahas itu mungkin diakibatkan oleh pelaksanaan persediaan terakhir yang tidak stabil oleh anak kapalnya.
- 13 Ogos – Penerbangan 118 Aviaco, sebuah pesawat Sud Caravelle yang terbang dari Madrid ke La Coruña, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di lapangan terbang La Coruña Alvedro di Montrove, 2 kilometer dari lapangan terbang, dan membunuh 84 daripada 85 orang di dalamnya.
- 17 Disember – Penerbangan 110 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 707, dibom oleh segerombolan perampas bersenjata api Palestin semasa berada di pintu lapangan terbang Rom, Itali dan membunuh 29 daripada 68 orang di dalamnya; gerombolan perampas yang lain kemudian merampas sebuah pesawat Boeing 737 Lufthansa ke Athens; pada jumlah, 33 orang dibunuh, akibat pengemboman api dan perampasan.
1974
[sunting | sunting sumber]- 3 Mac – Penerbangan 981 Turkish Airlines, sebuah pesawat DC-10, jatuh terhempas ke dalam hutan Ermenonville berhampiran Senlis, Perancis selepas pintu kargo bawah lantai belakangnya terbuka dalam penerbangan dan membunuh kesemua 346 orang di dalamnya.
- 8 September – Sebutir bom di dalam palka kargo Penerbangan 841 TWA mengakibatkan pesawat itu terjatuh ke dalam Laut Ionia dan membunuh kesemua 88 orang di dalamnya.
- 11 September – Penerbangan 212 Eastern Air Lines, sebuah pesawat DC-9, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Charlotte, Carolina Utara dan membunuh 72 daripada 82 orang di dalamnya.
- 15 September – Penerbangan 706 Air Vietnam dirampas lalu jatuh terhempas di Phan Rang, Vietnam dan membunuh kesemua 75 orang di dalamnya.
- 20 November – Penerbangan 540 Lufthansa jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Nairobi, Kenya dan membunuh 59 daripada 157 orang di dalamnya dalam nahas pertama pesawat Boeing 747.
- 1 Disember – Penerbangan 514 TWA, sebuah pesawat Boeing 727 yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, merempuh Gunung Weather di Bluemont, Virginia dan membunuh kesemua 85 penumpang dan 7 anak kapalnya.
- 29 Disember - Antonov An-24 (YR-AMD), sebuah pesawat penerbangan terjadual dalam negeri dari Bucharest ke Sibiu, merempuh lereng Muntii Lotrului (22 kilometer di sebelah selatan Sibiu) pada ketinggian 1,700 meter dan membunuh kesemua 28 penumpang dan 5 anak kapalnya. Pelaksanaan tatacara pendaratan yang tidak betul oleh anak kapalnya dalam keadaan golakan udara yang semakin meningkat mengakibatkan pesawat itu menyimpang sebanyak 20 kilometer ke selatan dari laluannya.
1975
[sunting | sunting sumber]- 9 Januari - Penerbangan 261 Golden West Airlines, sebuah pesawat De Havilland Twin Otter, berlanggar dengan sebuah pesawat Cessna 150 berhampiran Whittier, California, dan membunuh kesemua 14 orang di dalam kedua-dua pesawat itu.
- 24 Jun – Penerbangan 66 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Boeing 727, mengalami ricihan angin semasa membuat persediaan untuk mendarat dan merempuh struktur lampu tuju di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan membunuh 112 daripada 124 orang di dalamnya.
- 30 September – Penerbangan 240 Malév, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat berhampiran Lubnan dan membunuh kesemua 60 orang di dalamnya.
1976
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari – Penerbangan 438 Middle East Airlines, sebuah pesawat Boeing 720, jatuh terhempas di Arab Saudi apabila sebutir bom meletup di petak bagasi depannya dan membunuh kesemua 81 orang di dalam pesawat itu.
- 27 April – Penerbangan 625 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di St. Thomas, Kepulauan Virgin dan membunuh 37 daripada 88 orang di dalamnya.
- 27 Jun – Penerbangan 139 Air France, sebuah pesawat Airbus A300, dirampas dari Athens oleh dua orang Palestin dan dua orang Jerman yang mengubah haluan pesawat itu ke Libya dan kemudiannya ke Uganda. Di Uganda, pesawat itu disambut oleh pasukan pro-Palestin daripada pemerintahan Idi Amin; askar Israel akhirnya menjalankan Operasi Entebbe dan menggempur lapangan terbang itu lalu membunuh semua perampas dan askar Uganda lalu membebaskan kesemua kecuali tiga orang tebusan; Yonatan Netanyahu, kolonel Isarel yang juga abang Benjamin Netanyahu, dibunuh dalam serangan itu.
- 28 Julai – Penerbangan OK-NAB ČSA, sebuah pesawat Ilyushin Il-18, jatuh terhempas berhampiran Bratislava di Czechoslovakia dan membunuh 76 daripada 78 orang di dalamnya.
- 15 Ogos – Penerbangan 232 SAETA, sebuah pesawat Vickers Viscount 785D, hilang dalam pertengahan penerbangannya dari Quito ke Cuenca, Ecuador; kesemua 4 anak kapal dan 55 penumpang di dalam pesawat itu dibunuh, tetapi tapak nahasnya tidak dapat ditemui selama 26 tahun sehingga 17 Oktober 2002, apabila pendaki di lereng timur strato-gunung berapi Chimborazo menemui tapak tersebut.
- 10 September – Sebuah pesawat Hawker Siddeley Trident British Airways berlanggar dengan sebuah pesawat Douglas DC-9 Inex-Adria di udara tengah berhampiran Zagreb, Yugoslavia dan membunuh kesemua 176 orang di dalam kedua-dua pesawat itu.
- 6 Oktober – Penerbangan 455 Cubana, sebuah pesawat Douglas DC-8, dibom oleh orang militan anti-Castro lalu jatuh terhempas berhampiran Bridgetown, Barbados dan membunuh kesemua 73 orang di dalamnya.
1977
[sunting | sunting sumber]- 15 Januari – Penerbangan 618 Linjeflyg, sebuah pesawat Vickers Viscount 838 yang dikendalikan oleh Skyline Sweden, jatuh terhempas di Kälvesta, Sweden betul-betul di luar Stockholm dan membunuh kesemua 22 orang di dalamnya.
- 27 Mac – Bencana lapangan terbang Tenerife: Penerbangan 4805 KLM dan Penerbangan 1736 Pan Am, kedua-duanya pesawat Boeing 747, berlanggar di atas landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Los Rodeos, Tenerife, Kepulauan Canary dan membunuh 583 daripada 644 orang di dalamnya; nahas ini merupakan nahas penerbangan komersil yang paling teruk dalam sejarah.
- 4 April – Penerbangan 242 Southern Airways, sebuah pesawat Douglas DC-9, membuat pendaratan kilat di atas sebatang jalan raya berhampiran New Hope, Georgia selepas mengalami kegagalan enjin duaannya dalam keadaan ribut petir dan membunuh 63 daripada 85 orang di dalamnya, serta juga 9 orang di atas bumi.
- 28 April – Sebuah pesawat Convair 240 Aviateca jatuh terhempas berhampiran Bandaraya Guatemala, Guatemala dan membunuh kesemua 28 orang di dalamnya.
- 14 Mei – Sebuah pesawat Dan-Air/IAS Cargo Boeing 707 jatuh terhempas berhampiran Lusaka, Zambia dan membunuh kesemua 6 orang di dalamnya.
- 27 Mei – Sebuah pesawat Ilyushin Il-62 Aeroflot jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Havana, Cuba; nahas itu merupakan nahas udara yang kedua paling teruk dalam sejarah Cuba.
- 28 September – Penerbangan 472 Japan Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-8, dirampas oleh pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) selepas naik terbang dari Mumbai, India. Pengganas itu memaksa pesawat mendarat di Dhaka, Bangladesh lalu menuntut wang tebusan sebanyak AS$6,000,000 serta pembebasan 9 anggota JRA yang dipenjarakan di Jepun; kerajaan Jepun memenuhi tuntutan itu, dengan semua orang tebusan kemudian dibebaskan.
- 13 Oktober – Penerbangan 181 Lufthansa, sebuah pesawat Boeing 737, dirampas oleh empat anggota PFLP Palestin yang membunuh kapten pesawat itu; komando polis GSG 9 Jerman kemudian menggempur pesawat itu dan membunuh tiga perampas serta menangkap perampas yang lain, tanpa mengakibatkan sebarang kematian penumpang.
- 20 Oktober – Sebuah pesawat Convair 240 yang dicarter oleh Lynyrd Skynyrd kehabisan bahan api semasa menuju ke Baton Rouge, Louisiana, dan jatuh terhempas ke dalam paya hutan pokok pinus, 5 batu di sebelah utara Gillsburg, Mississippi semasa mencari-cari lapangan terbang alternatif; anggota-anggota pancaragam Ronnie Van Zant, Steve, dan Cassie Gaines, serta juga seorang penolong pengurus kunjungan (Dean Kilpatrick) dan dua orang juruterbang di bunuh dalam nafas itu.
- 19 November – Penerbangan 425 TAP Portugal, sebuah pesawat Boeing 727, melampaui landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Madeira dan masuk ke dalam tebing yang curam lalu terbakar dan membunuh 131 daripada 164 orang di dalamnya.
- 4 Disember – Penerbangan 653 Sistem Penerbangan Malaysia, sebuah pesawat Boeing 737, dirampas dalam keadaan yang penuh misteri; beberapa minit kemudian, pesawat itu jatuh terhempas ke dalam paya berhampir Tanjung Kupang, Malaysia pada cerun yang curam dan membunuh kesemua 100 orang di dalamnya.
- 18 Disember – Penerbangan 730 SA de Transport Aérien, sebuah pesawat Sud Aviation SE-210 Caravelle 10R, jatuh terhempas ke dalam laut semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Lapangan Terbang Madeira dan membunuh 36 orang.
1978
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari – Penerbangan 855 Air-India, sebuah pesawat Boeing 747, jatuh terhempas ke dalam Laut Arab, akibat pincang tugas pada instrumennya serta juga kesilapan juruterbang, dan membunuh kesemua 213 orang di dalamnya.
- 11 Februari – Penerbangan 314 Pacific Western Airlines, sebuah pesawat 737-200 dari Edmonton, terhempas di Lapangan Terbang Cranbrook apabila pembalik tujahnya tidak tersimpan sepenuhnya, akibat pendaratan tolak, dan membunuh 42 daripada 48 orang di dalamnya.
- 16 Mac - Sebuah pesawat Tupolev Tu-134 Balkan Bulgarian Airlines jatuh terhempas berhampiran desa Gabare, Bulgaria dan membunuh kesemua 73 orang di dalamnya.
- 20 April – Penerbangan 902 Korean Air Lines, sebuah pesawat Boeing 707, ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Soviet; bagaimanapun, pesawat itu berjaya membuat pendaratan kilat berhampiran sempadan Kesatuan Soviet dengan Finland; 2 daripada 109 orang di dalam pesawat itu dibunuh, dengan yang lain kemudian dibebaskan.
- 8 Mei – Penerbangan 193 National Airlines, sebuah pesawat Boeing 727 dengan 58 orang di dalamnya, mendarat terlalu awal di Teluk Escambia, Pensacola, Florida, Amerika Syarikat, akibat kesilapan juruterbang; 3 penumpangnya mati lemas.
- 26 Jun – Penerbangan 189 Air Canada, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-9, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Toronto, Ontario, Kanada, akibat kegagalan tayar, dan membunuh 2 daripada 107 penumpang di dalamnya.
- 3 September – Penerbangan RH825 Air Rhodesia yang terbang dari Kariba ke Salisbury ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara SA-7; bagaimanapun, pesawat itu berjaya membuat pendaratan kecemasan tetapi 38 daripada 56 orang di dalamnya dibunuh; meskipun terdapat 18 pemandiri, 10 daripadanya kemudian dibunuh oleh orang militan ZIPRA.
- 25 September – Penerbangan 182 Pacific Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, berlanggar dengan sebuah pesawat Cessna 172 semasa merentasi San Diego, California, Amerika Syarikat dan membunuh kesemua 135 orang di dalam pesawat Boeing, kedua-dua juruterbang Cessna, serta juga 7 orang di atas bumi; nahas itu merupakan bencana penerbangan yang paling teruk dalam sejarah California.
- 15 November – Penerbangan LL 001 Icelandic Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-8 dalam penerbangan carter, jatuh terhempas ke dalam ladang pokok kelapa semasa membuat persediaan untuk mendarat di Katunayake, Sri Lanka bagi mengisi bahan api dan membunuh 184 daripada 264 orang di dalamnya.
- 28 Disember – Penerbangan 173 United Airlines, sebuah pesawat Douglas DC-8, kehabisan bahan api semasa mengeliling di udara tengah berhampiran Portland, Oregon, Amerika Syarikat supaya anak kapalnya dapat menyiasat lampu yang menunjukkan masalah peralatan pendaratan; pesawat itu jatuh terhempas ke dalam kawasan hutan kecil dan membunuh 10 orang serta juga mencederakan 24 orang daripada 181 orang di dalam pesawat itu.
1979
[sunting | sunting sumber]- 12 Februari - Penerbangan RH827 Air Rhodesia, suatu penerbangan awam terjadual di antara Kariba dan Salisbury ditembak jatuh oleh orang militan ZIPRA dengan menggunakan peluru berpandu permukaan bumi ke udara SA-7 (Strela 2) tidak lama selepas naik terbang dalam keadaan dan nasib yang serupa dengan Penerbangan RH825 lima bulan lebih dahulu; kesemua 55 penumpang dan 4 anak kapalnya dibunuh.
- 25 Mei – Penerbangan 191 American Airlines, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-10, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, akibat enjinnya tertanggal lalu jatuh, dan membunuh kesemua 271 orang di dalamnya serta juga 2 orang di atas bumi; sebelum Serangan 11 September 2001, nahas ini merupakan nahas pesawat yang paling teruk dalam sejarah Amerika dan masih merupakan kemalangan pesawat tunggal yang paling dahsyat di tanah Amerika Syarikat.
- 11 Julai – Sebuah pesawat Fokker F28 Garuda Indonesia merempuh gunung berapi semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Medan, Indonesia dan membunuh kesemua 61 orang di dalamnya.
- 31 Oktober – Penerbangan 2605 Western Airlines, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-10, berlanggar dengan sebuah kenderaan di atas landasan kapal terbang tertutup di Bandaraya Mexico, Mexico, akibat kabus tebal, dan membunuh 72 orang.
- 26 November – Penerbangan 740 Pakistan International Airlines, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas selepas kabinnya terbakar di Jeddah, Arab Saudi dan membunuh kesemua 145 penumpang dan 11 anak kapalnya.
- 28 November – Bencana Gunung Erebus: Penerbangan 901 Air New Zealand, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-10, merempuh terain tinggi di Gunung Erebus, Antartika semasa membuat penerbangan melawat tempat-tempat dan membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
1980
[sunting | sunting sumber]- 21 Januari – Sebuah pesawat Boeing 727 Iran Air jatuh terhempas berhampiran Tehran, Iran dan merempuh tanah tinggi, akibat ribut salji, semasa membuat persediaan untuk mendarat dan membunuh kesemua 128 orang di dalamnya.
- 14 Mac – Penerbangan 007 LOT Polish Airlines, sebuah pesawat Ilyushin Il-62, jatuh terhempas berhampiran Warsaw, Poland selepas enjin No. 2 hancur dan memutuskan kawalan penaik dan kemudinya; kesemua 87 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 25 April - Penerbangan 1008 Dan-Air, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh gunung berhampiran Tenerife, Sepanyol dan membunuh kesemua 138 penumpang dan 8 anak kapalnya.
- 27 Jun – Penerbangan 870 Aerolinee Itavia jatuh terhempas ke dalam laut berhampiran Itali dalam keadaan yang amat berkontroversi; kesemua 81 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 19 Ogos – Penerbangan 163 Saudia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi apabila kebakaran tercetus di dalam pesawat itu; kesemua 301 orang di dalamnya dibunuh, akibat pengosongan yang terlewat.
1981
[sunting | sunting sumber]- 22 Ogos – Penerbangan 103 Far Eastern Air Transport, sebuah pesawat Boeing 737, hancur dalam penerbangan lalu jatuh terhempas berhampiran Taipei, Taiwan; pengakisan yang teruk pada struktur fiuslaj mengakibatkan penyahmampatan letupan dan penyepaian pada altitud tinggi; kesemua 110 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- 6 Oktober – Penerbangan 431 NLM Cityhopper, sebuah Fokker F28, dimusnahkan oleh puting beliung berhampiran Rotterdam, dan membunuh kesemua 17 orang di dalamnya.
- 1 Disember – Sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-81 Inex-Adria merempuh gunung semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Campo dell'Oro di Ajaccio, Corsica dan membunuh kesemua 180 orang di dalamnya.
1982
[sunting | sunting sumber]- 13 Januari – Penerbangan 90 Air Florida, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas ke dalam Sungai Potomac yang beku selepas naik terbang dari Lapangan Nasional Washington dan membunuh 78 daripada 83 orang di dalamnya serta juga 4 orang di atas bumi, termasuk satu pemandiri asal yang kemudian maut selepas memastikan bahawa pemandiri-pemandiri yang lain diselamatkan dari sungai beku itu.
- 23 Januari – Penerbangan 30 World Airways, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-10, melampaui landasan kapal terbang di Boston, Massachusetts; 2 penumpang dilaporkan hilang.
- 9 Februari – Penerbangan 350 Japan Air Lines, sebuah pesawat Douglas DC-8-61, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda) dan membunuh 24 penumpang daripada 166 penumpang dan 8 anak kapal di dalam pesawat itu.
- 11 Mac – Penerbangan 933 Widerøe jatuh terhempas ke dalam Laut Barents berhampiran Mehamn dan membunuh kesemua 15 orang di dalamnya; nahas ini masih menimbulkan banyak perbalahan di Norway sehingga hari ini.
- 20 Mac – Sebuah pesawat Fokker F28 Garuda Indonesia melampaui landasan kapal terbang dalam keadaan cuaca buruk di Lapangan Terbang Tanjung Karang-Branti dan membunuh kesemua 27 orang di dalamnya apabila pesawat itu tiba-tiba terbakar.
- 8 Jun – Penerbangan 168 VASP, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh lereng bukit di Brazil dan membunuh kesemua 137 orang di dalamnya dalam nahas yang paling teruk di Brazil sehingga hari ini.
- 24 Jun – Penerbangan 009 British Airways, sebuah pesawat Boeing 747-200, terbang ke dalam gumpalan abu gunung berapi di sebelah selatan Pulau Jawa; kesemua enjinnya gagal dalam penerbangan dan memaksa pesawat itu meluncur; bagaimanapun, anak kapalnya berjaya menghidupkan semula enjin pesawat dan mendarat dengan selamat.
- 6 Julai – Penerbangan 411 Aeroflot, sebuah pesawat Ilyushin Il-62, jatuh terhempas selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo dan membunuh kesemua 90 orang di dalamnya.
- 6 Julai – Penerbangan 759 Pan Am jatuh terhempas di Kenner, Louisiana, tidak lama selepas naik terbang dan membunuh kesemua 145 orang di dalamnya, termasuk juga 8 orang di atas bumi.
- 13 September – Penerbangan 995 Spantax, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-10-30CF, dimusnahkan oleh kebakaran selepas pembantutan naik terbangnya dari Malaga, Sepanyol dan membunuh 50 daripada 294 orang di dalamnya.
1983
[sunting | sunting sumber]- 16 Januari – Penerbangan 158 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 727-2F2, mendarat kira-kira 50 meter (160 kaki) sebelum tiba di landasan Lapangan Terbang Ankara Esenboğa, Turki dalam keadaan ribut salji lalu terpecah belah dan terbakar. 34 daripada 47 penumpang di dalam pesawat itu dibunuh, dengan ketujuh-tujuh anak kapal dan 13 penumpang yang lain tercedera tetapi selamat.
- 2 Jun – Penerbangan 797 Air Canada, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-9, terbakar dalam penerbangan merentasi Kentucky dan membunuh 23 daripada 46 penumpangnya, akibat penyedutan asap, walau selepas anak kapalnya berjaya mendaratkan pesawat itu di Cincinnati, Ohio.
- 16 Julai – Sebuah helikopter Sikorsky S-61 British Airways jatuh terhempas ke dalam laut berhampiran Kepulauan Scilly dan membunuh 20 daripada 26 orang di dalamnya dalam kemalangan helikopter yang paling teruk di United Kingdom sehingga hari ini. Susulan nahas ini, sebuah kajian semulan keselamatan helikopter diadakan.
- 23 Julai – Penerbangan 143 Air Canada, sebuah pesawat Boeing 767, kehabisan bahan api semasa merentasi Manitoba, akibat salah kira; bagaimanapun, anak kapalnya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat melalui peluncuran ke sebuah bekas pangkalan Tentera Udara (kini digunakan untuk perlumbaan kenderaan) di Gimli, Manitoba; pesawat itu kini dikenali sebagai Peluncur Gimli.
- 1 September – Penerbangan 007 Korean Air Lines, sebuah pesawat Boeing 747, ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Soviet berhampiran Sakhalin semasa menyimpang masuk ke dalam ruang udara Soviet dan membunuh kesemua 269 orang di dalamnya.
- 23 September – Penerbangan 771 Gulf Air, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas berhampiran Mina Jebel Ali di Emiriah Arab Bersatu selepas sebutir bom yang ditanam oleh Pertubuhan Abu Nidal meletup di dalamnya dan membunuh kesemua 117 orang di dalamnya.
- 27 November – Penerbangan 11 Avianca, sebuah pesawat Boeing 747, merempuh bukit, akibat kesilapan pemanduan arah, semasa mencuba mendarat di Madrid, Sepanyol dan membunuh 181 daripada 192 orang di dalamnya.
- 20 Disember - Penerbangan 650 Ozark Airlines, sebuah pesawat DC-9, berlanggar dengan bajak salji di Air Terjun Sioux, Dakota Selatan; bagaimanapun, kesemua orang di dalam pesawat itu terselamat, tetapi pemandu bajak itu dibunuh.
1984
[sunting | sunting sumber]- 10 Januari – Sebuah pesawat Tupolev Tu-134 Balkan Bulgarian Airlines merempuh hutan berhampiran Sofia, Bulgaria semasa ribut salji; kesemua 50 orang di dalamnya terbunuh.
- 22 Mac – Penerbangan 501 Pacific Western Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, mengalami kegagalan enjin yang tidak dapat dikawal semasa naik terbang dari Calgary; kesemua penumpang dan anak kapalnya terselamat tetapi pesawat itu hangus.
- 30 Ogos - Penerbangan 786 Cameroon Airlines, sebuah pesawat Boeing 737 dengan 109 penumpang dan 7 anak kapal di dalamnya, mengalami kegagalan enjin yang tidak dapat dikawal semasa bergerak perlahan-lahan untuk naik terbang di lapangan terbang Douala, Cameroon dan musnah sama sekali dalam kebakaran; 2 orang terbunuh.
1985
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari – Penerbangan 980 Eastern Air Lines, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh Gunung Illimani di Bolivia dan membunuh kesemua 29 orang di dalamnya.
- 21 Januari – Penerbangan 203 Galaxy Airlines, sebuah pesawat Lockheed L-188 Electra, jatuh terhempas di Reno, Nevada semasa mencuba kembali ke lapangan terbang untuk menyelesaikan masalah bunyi dan membunuh 70 daripada 71 orang di dalamnya. Masalah bunyi tersebut kemudian didapati diakibatkan oleh sebuah pintu mula udara yang tidak ditutup dengan rapat.
- 19 Februari – Penerbangan 006 China Airlines, sebuah pesawat Boeing 747SP, mengalami pemadanan nyalaan yang mengakibatkan kegagalan enjin berhampiran pantai California dan terjun 30,000 kaki sebelum mendapat kawalan semula lalu mendarat dengan selamat di San Francisco.
- 14 Jun – Penerbangan 847 TWA, sebuah pesawat Boeing 727, dirampas oleh orang militan Lubnan. Seorang penumpang dibunuh dalam pengalaman pahit tiga hari itu.
- 23 Jun – Penerbangan 182 Air India, sebuah pesawat Boeing 747, dibom oleh sebilangan pelampau Sikh lalu jatuh terhempas ke dalam lautan berhampiran Ireland dan membunuh kesemua 329 orang di dalamnya.
- 10 Julai – Penerbangan 7425 Aeroflot, sebuah pesawat Tupolev Tu-154B, menegun semasa terbang dengan kelajuan sederhana pada 38,000 kaki (11,600 m) tingginya dan mengalami putaran yang tidak dapat dipulih lalu membunuh kesemua 200 orang di dalamnya.
- 2 Ogos – Penerbangan 191 Delta Air Lines, sebuah pesawat Lockheed Tristar, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth kerana ricihan angin, akibat ribut petir mikroletusan yang tiba-tiba. Antara 163 orang di dalam pesawat itu, 134 orang dibunuh.
- 12 Ogos – Penerbangan 123 Japan Air Lines, sebuah pesawat Boeing 747, merempuh Gunung Osutaka selepas kegagalan ekor kapal terbang yang amat sangat teruk memutuskan semua talian hidrauliknya dan mengakibatkan pesawat itu tidak dapat dikawal. Antara 524 orang di dalam pesawat itu, 520 orang dibunuh dan dengan itu, menjadi bencana pesawat tunggal yang paling teruk dalam sejarah.
- 22 Ogos – Penerbangan 28M British Airtours, sebuah pesawat Boeing 737, membantutkan naik terbangnya dari Manchester, England kerana kebakaran enjin. Sedangkan 63 penumpang dan anak kapalnya dapat melarikan diri, 53 orang dibunuh, kebanyakannya diakibatkan oleh penyedutan asap.
- 25 Ogos – Penerbangan 1808 Bar Harbor Airlines jatuh terhempas berhampiran Auburn, Maine dan membunuh kesemua 8 orang di dalamnya, termasuk Samantha Smith dan bapanya.
- 6 September – Penerbangan 105 Midwest Express Airlines, sebuah pesawat DC-9, jatuh terhempas selepas naik terbang dari Milwaukee, Wisconsin, akibat kedua-dua kegagalan enjin serta kesilapan juruterbang, dan membunuh kesemua 31 orang di dalamnya.
- 23 November – Penerbangan 648 EgyptAir, sebuah pesawat Boeing 737, dirampas oleh orang militan Palestin. Pasukan khas Mesir menggempur pesawat itu di pulau Malta. Kejadian itu membunuh 58 daripada 90 penumpang serta semua kecuali satu perampas.
- 12 Disember – Penerbangan 1285 Arrow Air, sebuah pesawat Douglas DC-8, jatuh terhempas selepas naik terbang di Gander, Newfoundland dan membunuh kesemua 256 orang di dalamnya. Kejadian ini merupakan bencana udara yang paling teruk di Kanada. Sebabnya ditetapkan sebagai penegunan pesawat, kemungkinan besar diakibatkan oleh pengaisan sayap.
1986
[sunting | sunting sumber]- 31 Mac – Penerbangan 940 Mexicana, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh tanah tinggi berhampiran Santiago Maravatío, Mexico dan membunuh kesemua 167 orang di dalamnya.
- 2 April – Penerbangan 840 TWA, sebuah pesawat Boeing 727, dibom oleh orang militan Palestin dan membunuh 4 daripada 121 orang di dalamnya. Bagaimanapun, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Athens.
- 31 Ogos – Penerbangan 498 Aeroméxico, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-9, berlanggar dengan sebuah pesawat Piper Cherokee semasa merentasi Los Angeles dan membunuh kesemua 67 orang di dalam kedua-dua pesawat itu, serta juga 15 orang di atas bumi.
- 5 September – Penerbangan 73 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 747, dirampas oleh orang militan Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Pakistan. Lebih kurang 20 daripada 379 orang di dalam pesawat itu dibunuh dalam kejadian tembak-menembak di dalam pesawat itu.
- 6 November – Sebuah helikopter Boeing 234LR Chinook yang dikendalikan oleh British International Helicopters jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sumburgh di Kepulauan Shetland dan membunuh 45 orang.
- 25 Disember – Penerbangan 163 Iraqi Airways, sebuah pesawat Boeing 737, dirampas oleh orang militan Hezbollah semasa menuju ke Amman, Jordan. Kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan mengakibatkan pesawat itu jatuh terhempas dan membunuh 63 daripada 106 orang di dalamnya.
1987
[sunting | sunting sumber]- 3 Januari - Penerbangan 797 Varig, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas berhampiran Abidjan, akibat kegagalan enjin, dan membunuh 52 daripada 53 orang di dalamnya.
- 9 Mei – Penerbangan 5055 LOT Polish Airlines, sebuah pesawat Ilyushin Il-62M, jatuh terhempas berhampiran Warsaw semasa mendarat, akibat kegagalan enjin, dan membunuh kesemua 183 orang di dalamnya.
- 27 Jun – Penerbangan 206 Philippine Airlines, sebuah pesawat Hawker Siddeley HS 748, merempuh lereng Gunung Ugo, Benguet, semasa memulakan persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Loakan di Bandaraya Baguio dan membunuh kesemua 50 orang di dalamnya. Darjah penglihatan tidak baik dikatakan mengakibatkan nahas itu.
- 16 Ogos – Penerbangan 255 Northwest Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Kaunti Wayne Metropolitan Detroit di Romulus, Michigan, 25 batu di sebelah barat Detroit, akibat kesilapan juruterbang. Antara 155 orang di dalam pesawat itu, hanya Cecelia Cichan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun, terselamat.
- 31 Ogos – Penerbangan 365 Thai Airways, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas ke dalam lautan berhampiran pantai Thailand, akibat kesilapan juruterbang, dan membunuh kesemua 83 orang di dalamnya.
- 15 November – Penerbangan 1713 Continental Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-9, jatuh terhempas semasa naik terbang dalam ribut salji di Lapangan Terbang Antarabangsa Stapleton di Denver.
- 28 November – Penerbangan 295 South African Airways, sebuah pesawat Boeing 747, jatuh terhempas ke dalam Lautan India selepas mengalami kebakaran di dalam palka kargo dan membunuh kesemua 158 orang di dalamnya.
- 29 November – Penerbangan 858 Korean Air, sebuah pesawat Boeing 707, jatuh terhempas ke dalam Laut Andaman selepas sebutir bom meletup di dalamnya. Kesemua 115 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 7 Disember – Penerbangan 1771 Pacific Southwest Airlines, sebuah pesawat BAe 146, dirampas dan sengaja dirempuh oleh seorang pekerja penerbangan bersungut berhampiran Cayucos, California. Kesemua 43 orang, termasuk juga perampas itu, dibunuh.
1988
[sunting | sunting sumber]- 17 Mac – Penerbangan 410 Avianca, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh terain berhampiran Cúcuta, Colombia selepas naik terbang, akibat kesilapan juruterbang, dan membunuh kesemua 142 orang di dalamnya.
- 28 April – Penerbangan 243 Aloha Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, mengalami penyahmampatan letupan semasa dalam penerbangan tetapi berjaya mendarat dengan selamat. Antara 95 orang di dalam pesawat itu, seorang atendan penerbangan dibunuh selepas disedut ke luar pesawat, dengan sebilangan penumpang dicederakan.
- 6 Mei – Sebuah pesawat Dash 7 kendalian Widerøe jatuh terhempas dalam keadaan kabus tebal di Torghatten, Norway dan membunuh kesemua 36 penumpang di dalamnya dalam kemalangan pesawat Dash 7 yang paling teruk ketika itu.
- 26 Jun – Penerbangan 296 Air France, sebuah pesawat Airbus A320, membuat laluan rendah dalam konfigurasi pendaratan di Lapangan Terbang Mulhouse-Habsheim semasa pertunjukan kapal terbang dan merempuh pokok-pokok di hujung landasan kapal terbang dan membunuh 3 daripada 130 penumpang di dalamnya.
- 3 Julai – Penerbangan 655 Iran Air, sebuah pesawat Airbus A300, ditembak jatuh di perairan Iran oleh penjajap misail USS Vincennes berhampiran Dubai dan membunuh kesemua 290 orang di dalamnya.
- 31 Ogos – Penerbangan 1141 Delta Air Lines, sebuah pesawat Boeing 727, jatuh terhempas selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth, akibat kesilapan juruterbang, dan membunuh 12 penumpang dan 2 anak kapal antara 108 orang di dalamnya.
- 19 Oktober – Penerbangan 113 Indian Airlines merempuh tiang eletrik, 5 batu (8 km) dari Ahmedabad, India, semasa membuat persediaan untuk mendarat dalam keadaan ketampakan yang buruk, dan membunuh 124 daripada 129 penumpang serta keenam-enam anak kapalnya.
- 21 Disember – Penerbangan 103 Pan Am, sebuah pesawat Boeing 747, hancur di udara tengah di Lockerbie, Scotland selepas sebutir bom pengganas meletup di dalam pesawat itu dan membunuh kesemua 259 orang di dalamnya, serta juga 11 orang di atas bumi. Peristiwa itu kini dikenali juga sebagai Bencana udara Lockerbie.
1989
[sunting | sunting sumber]- 8 Januari – Penerbangan 92 British Midland, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas berhampiran Kegworth, Leicestershire, United Kingdom, selepas satu mata kipas enjinnya patah dan mengakibatkan kegagalan enjin. Antara 118 penumpang dan 8 anak kapal di dalam pesawat, 79 orang terselamat. Peristiwa ini kini dikenali sebagai Bencana udara Kegworth.
- 8 Februari – Penerbangan 1851 Independent Air, sebuah pesawat Boeing 707, merempuh bukit semasa membuat persediaan untuk mendarat di Santa Maria, Azores dan membunuh kesemua 144 orang di dalamnya.
- 19 Februari - Penerbangan 66 Flying Tiger Line, sebuah pesawat Boeing 747, melibatkan KPDK dan jatuh terhempas, membunuh 4 anak kapal di dalamnya.
- 24 Februari – Penerbangan 811 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 747, mengalami penyahmampatan letupan tidak lama selepas naik terbang dari Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat, akibat pintu kargo yang tiba-tiba terbuka semasa dalam penerbangan. Antara 355 orang di dalam pesawat itu, 9 penumpang disedut ke luar pesawat tetapi anak kapalnya berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Honolulu.
- 10 Mac – Penerbangan 1363 Air Ontario, sebuah pesawat Fokker F28, jatuh terhempas sejurus selepas naik terbang dari Dryden, Ontario, Kanada, akibat tembunan ais pada sayapnya, dan membunuh 24 daripada 69 orang di dalamnya.
- 7 Jun – Penerbangan PY764 Surinam Airways, sebuah pesawat Douglas DC-8, jatuh terhempas semasa mencuba mendarat dalam keadaan kabus tebal di Paramaribo, Suriname. Pesawat itu merempuh pokok lalu terbalik dan membunuh 176 daripada 187 orang di dalamnya.
- 19 Julai – Penerbangan 232 United Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-10, mengalami sistem hidraulik yang benar-benar gagal semasa merentasi Iowa, Amerika Syarikat, akibat kehancuran enjin sangkutan ekornya. Bagaimanapun, anak kapalnya berjaya mengekalkan sebahagian kawalan pesawat dengan menggunakan pendikit kebezaan dan membuat pendaratan kilat di landasan kapal terbang Bandaraya Sioux, Iowa. 111 daripada 296 di dalam pesawat itu dibunuh.
- 3 September – Penerbangan 254 Varig, sebuah pesawat Boeing 737, kehabisan bahan api kerana pemanduan arah yang tidak betul lalu jatuh terhempas ke dalam hutan Brazil dan membunuh 13 daripada 54 orang di dalamnya.
- 8 September – Penerbangan 394 Partnair, sebuah pesawat Convair 580, jatuh terhempas ke dalam Laut Utara selepas bahagian ekornya jatuh di udara tengah dan membunuh kesemua 55 orang di dalamnya.
- 19 September – Penerbangan 772 UTA, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-10, meletup di udara tengah di gurun Sahara apabila sebutir bom yang disembunyikan di dalam palka kargo depan meletup. Kesemua 170 orang di dalam pesawat itu dibunuh. Punca pengeboman itu kemudian dikesani kepada Abdullah Sanussi, abang ipar (atau adik ipar) ketua Libya, Muammar al-Gaddafi. Pemerintahan Libya bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa nahas tersebut pada 2003.
- 27 November – Penerbangan 203 Avianca, sebuah pesawat Boeing 727, meletup di udara tengah di Colombia dan membunuh kesemua 107 orang di dalamnya, termasuk juga tiga orang di atas bumi. Kartel Medellín mendakwa tanggungjawab terhadap serangan itu.
- 15 Disember – Penerbangan 867 KLM, sebuah pesawat Boeing 747 dari Amsterdam ke Anchorage, Alaska, terbang ke dalam kepulan serpihan gunung berapi dan kehilangan kuasa keempat-empat enjinnya. Bagaimanapun, anak kapalnya berjaya menghidupkan semula enjinnya dan mendaratkan pesawat itu dengan selamat.
1990
[sunting | sunting sumber]- 25 Januari – Penerbangan 52 Avianca, sebuah pesawat Boeing 707, kehabisan bahan api dan jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York dan membunuh 73 daripada 158 orang di dalamnya.
- 14 Februari – Penerbangan 605 Indian Airlines, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas semasa membuat pendaratan terakhir di lapangan terbang Bangalore dan membunuh 92 daripada 146 orang di dalamnya.
- 10 Jun – Penerbangan 5390 British Airways, sebuah pesawat BAC One-Eleven, mengalami penyahmampatan letupan semasa merentasi Didcot, Oxfordshire, England apabila salah satu cermin depannya pecah. Kaptennya disedut sebahagiannya ke luar kokpit tetapi seorang atendan penerbangan berjaya menahan kapten itu yang pengsan daripada jatuh ke luar pesawat. Pegawai pertama kemudian mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Lapangan Terbang Southampton tanpa sebarang pengorbanan jiwa.
- 2 Oktober – Bencana Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun Xiamen Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, dirampas. Semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, pesawat itu menyentuh sebuah pesawat Boeing 707 China Southwest Airlines lalu berlanggar dengan sebuah pesawat Boeing 757 China Southern Airlines dan membunuh sejumlah 128 orang.
1991
[sunting | sunting sumber]- 1 Februari – Penerbangan 1493 USAir, sebuah pesawat Boeing 737, merempuh Penerbangan 5569 SkyWest Airlines, sebuah pesawat komuter Fairchild Metro yang sedang menunggu untuk naik terbang dari landasan kapal terbang yang sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. Antara 101 orang di dalam kedua-dua pesawat, 34 orang dibunuh, iaitu kesemua 12 orang di dalam pesawat Metro dan 22 orang di dalam pesawat Boeing 737.
- 3 Mac – Penerbangan 585 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Colorado Springs, Colorado, dan membunuh kesemua 25 orang di dalamnya. Punca nahas itu tidak dapat dikenal pasti sehingga penyiasatan nahas Penerbangan 427 USAir pada 1994; kedua-dua nahas akhirnya dikatakan diakibatkan oleh kecacatan injap kemudi.
- 26 Mac – Penerbangan 117 Singapore Airlines dirampas oleh orang militan Pakistan semasa dalam perjalanannya ke Singapura. Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, ia digempur oleh pasukan Operasi Khas Singapura, dengan kesemua perampas dibunuh tanpa sebarang kecederaan kepada penumpang dan anak kapalnya.
- 5 April – Penerbangan 2311 Atlantic Southeast Airlines, sebuah pesawat Embraer 120RT Brasilia, beroleng-oleng dengan mendadak lalu jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Brunswick, Georgia. Kesemua 23 orang di dalam pesawat itu dibunuh, termasuk bekas senator Texas, John Tower, dan anak perempuannya, serta juga angkasawan Sonny Carter.
- 26 Mei – Penerbangan 004 Lauda Air, sebuah pesawat Boeing 767, hancur di udara tengah di Wilayah Uthai Thani, Thailand, dan membunuh kesemua 223 orang di dalamnya. Nahas itu yang diakibatkan oleh pembalik tujah yang tidak sengaja digunakan dalam penerbangan merupakan nafas Boeing 767 pertama yang membawa maut.
- 11 Julai – Penerbangan 2120 Nigeria Airways, sebuah pesawat Nationair DC-8-61 yang dicarter oleh Nigeria Airways untuk mengangkut penziarah Nigeria ke Mekah, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Jeddah, Arab Saudi, akibat kebakaran yang disebabkan oleh kegagalan tayar. Kesemua 261 orang di dalam pesawat itu dibunuh, termasuk 14 anak kapal Kanada.
- 16 Ogos – Penerbangan 257 Indian Airlines merempuh tanah tinggi semasa mendarat hampir 30 kilometer dari lapangan terbang Imphal. Kesemua 6 anak kapal dan 63 penumpang dibunuh.
- 11 September – Penerbangan 2574 Continental Express jatuh terhempas semasa mendarat di Tasik Eagle, Texas dan membunuh kesemua 14 orang di dalamnya. Anak kapal penyenggaraan yang bertukar-tukar syif kerja semasa membaiki penstabil mengufuk tidak sengaja meninggalkan 47 bolt tidak dipasang. Para reformis menyuruh pembangunan "budaya keselamatan" kerana kesilapan itu.
- 27 Disember – Kedua-dua enjin Penerbangan 751 SAS, sebuah pesawat McDonnell-Douglas MD-81, gagal tidak lama selepas naik terbang dari Stockholm, Sweden. Bagaimanapun, juruterbangnya berjaya membuat pendaratan kecemasan di sebuah padang yang berhampiran. 25 penumpang dicederakan tetapi pesawat itu tidak mengalami sebarang pengorbanan jiwa.
1992
[sunting | sunting sumber]- 22 Mac – Penerbangan 405 USAir, sebuah Fokker F-28, jatuh terhempas semasa naik terbang dari New York, akibat tembunan ais. 27 daripada 51 orang di dalam pesawat itu dibunuh. Bagaimanapun, Presiden Cleveland Clinic, klinik yang termasyhur di Cleveland, Ohio, yang juga dalam penerbangan itu terselamat.
- 30 Julai – Penerbangan 843 TWA membantutkan naik terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy selepas pesawat Lockheed L-1011 itu membelok ke dalam kawasan rumput demi mengelakkan perlanggaran dengan perintang konkrit. Pesawat itu dimusnahkan oleh kebakaran tidak lama selepas kesemua 292 penumpang dan anak kapalnya berundur tanpa sebarang kematian berlaku.
- 31 Julai – Penerbangan 311 Thai Airways International jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Kathmandu, Nepal dan membunuh kesemua 12 anak kapal serta 99 penumpangnya.
- 28 September – Penerbangan 268 Pakistan International Airlines, sebuah Airbus A300, jatuh terhempas berhampiran Kathmandu, Nepal dan membunuh kesemua 12 anak kapal dan 155 penumpangnya.
- 4 Oktober – Penerbangan 1862 El Al, sebuah pesawat pengangkut Boeing 747, merempuh bangun apartmen tinggi di Amsterdam selepas dua buah enjin terpisah dari sayapnya. 43 orang, termasuk 3 anak kapalnya, dibunuh. Kejadian itu kini dikenali sebagai Bijlmerramp (bencana Bijlmer).
- 15 November – Sebuah pesawat Ilyushin Il-18 Aerocaribbean yang terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Santo Domingo (SDQ) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gregorio Luperón merempuh Gunung Isabel de Torres di wilayah Puerto Plata, Republik Dominica, semasa membuat persediaan untuk mendarat menepati Peraturan Penerbangan Instrumen dan membunuh kesemua 34 orang di dalamnya.
- 21 Disember – Penerbangan 495 Martinair jatuh terhempas di Faro, Portugal dan membunuh 54 orang serta mencederakan 106 orang di dalamnya.
1993
[sunting | sunting sumber]- 26 April – Penerbangan 491 Indian Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, merempuh sebuah kenderaan besar di atas jalan raya di luar lapangan terbang Aurangabad dan membunuh 55 daripada 118 orang di dalamnya.
- 26 Julai – Penerbangan 733 Asiana Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, merempuh gunung di Haenam, Korea Selatan selepas gagal mendarat dan membunuh 78 daripada 110 orang di dalamnya.
- 14 September – Penerbangan 2904 Lufthansa, sebuah pesawat Airbus A320, terhempas selepas melampaui landasan kapal terbang di Warsaw, Poland dan membunuh 2 orang serta mencederakan 68 daripada 72 orang di dalamnya.
- 21 September – Nahas Transair Georgian Airline (21 September): Sebuah pesawat Tupolev Tu-134A ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sukhumi-Babusheri; pesawat itu jatuh terhempas ke dalam Laut Hitam dan membunuh kesemua 5 anak kapal dan 22 penumpang di dalamnya.
- 22 September – Nahas Transair Georgian Airline (22 September): Sebuah lagi pesawat Tupolev Tu-154A yang mengangkut pelarian dari bandar raya terkepung, Tbilisi, ditembak jatuh semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Sukhumi-Babusheri; pesawat itu jatuh terhempas ke atas landasan kapal terbang lalu terbakar dan membunuh 106 daripada 132 orang di dalamnya.
1994
[sunting | sunting sumber]- 23 Mac – Penerbangan 593 Aeroflot, sebuah pesawat Airbus A310, merempuh lereng bukit hutan di Siberia dan membunuh kesemua 75 orang di dalamnya.
- 4 April - Penerbangan 433 KLM, sebuah pesawat Saab 340, jatuh terhempas semasa mencuba kembali ke Lapangan Terbang Schiphol, akibat kesilapan juruterbang serta kegagalan kelengkapan; juruterbangnya dan 2 penumpang dibunuh, dengan 9 penumpang dicederakan.
- 7 April – Penerbangan 705 FedEx, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-10, menghadapi satu percubaan perampasan oleh seorang pekerja FedEx. Tiga anak kapal mengalami kecederaan parah tetapi berjaya mengatasi penyerang itu dan mendaratkan pesawat dengan selamat tanpa sebarang pengorbanan jiwa.
- 26 April – China Airlines Penerbangan 140, sebuah pesawat Airbus A300, jatuh terhempas semasa mendarat di Nagoya, Jepun, akibat kesilapan juruterbang, dan membunuh 264 daripada 271 orang di dalamnya.
- 6 Jun – Penerbangan 2303 China Northwest Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154M, hancur di udara tengah lalu jatuh terhempas berhampiran Xian, China dan membunuh kesemua 160 orang di dalamnya. Nahas itu merupakan nahas pesawat yang paling teruk di China sehingga waktu itu dan dikatakan diakibatkan oleh kesilapan penyenggaraan.
- 2 Julai – Penerbangan 1016 USAir, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-9, jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Charlotte, Carolina Utara dalam ribut petir dan membunuh 37 daripada 51 orang di dalamnya.
- 19 Julai – Penerbangan 00901 Alas Chiricanas, sebuah pesawat Embraer EMB-110, meletup di udara tengah semasa merentasi Panama dan membunuh kesemua 21 orang di dalamnya. Para penyiasat menyimpul bahawa sebuah pesawat pengebom bunuh diri mengakibatkan pesawat itu meletup, walaupun niat dan gabungan pesawat pengebom itu masih tidak dapat ditentukan.
- 8 September – Penerbangan 427 USAir, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Pittsburgh, Pennsylvania, dan membunuh kesemua 133 orang di dalamnya. Penyiasatan menunjukkan gagal kemudi Boeing 737 sebagai sebab nahas itu.
- 31 Oktober – Penerbangan 4184 American Eagle, sebuah pesawat turboprop ATR 72, jatuh terhempas berhampiran Roselawn, Indiana, semasa menunggu untuk mendarat di Chicago, Illinois, akibat tembunan ais pada sayapnya, dan membunuh kesemua 68 orang di dalamnya.
- 11 Disember – Sebutir bom meletup di dalam Penerbangan 434 Philippine Airlines, sebuah pesawat Boeing 747, dan membunuh seorang penumpang dalam permulaan Komplot Bojinka pengganas. Walaupun anak kapalnya kemudian menghadapi masalah untuk mengawal pesawat itu, mereka berjaya membuat pendaratan kecemasan di Naha, Okinawa.
- 24 Disember – Penerbangan 8969 Air France, sebuah pesawat Airbus A300, dirampas di atas tarmak Algiers, Algeria oleh kumpulan militan GIA. Selepas pertentangan selama dua hari, pesawat itu dibenarkan terbang ke Marseille, Perancis, dengan kesemua perampasnya dibunuh apabila komando Perancis menggempur pesawat itu.
- 29 Disember – Penerbangan 278 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-4Y0, jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Lapangan Terbang Van Ferit Melen di Turki Timur dalam ribut salji dan membunuh 5 daripada 7 anak kapal serta 52 daripada 69 penumpangnya.
1995
[sunting | sunting sumber]- 31 Mac – Penerbangan 371 Tarom, sebuah Airbus A310, jatuh terhempas behampiran Baloteşti, Romania dan membunuh kesemua 60 di dalamnya.
- 3 Jun – Penerbangan 703 Ansett New Zealand, sebuah pesawat de Havilland DHC-8, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat berhampiran Banjaran Gunung Tararua, New Zealand dan membunuh 4 daripada 21 orang di dalamnya.
- 21 Ogos – Penerbangan 529 Atlantic Southeast Airlines, sebuah pesawat Embraer EMB-120 Brasilia, jatuh terhempas di sebuah padang berhampiran Carrollton, Georgia di Amerika Syarikat dan membunuh 10 daripada 29 orang di dalamnya.
- 13 Disember – Penerbangan 166 Banat Air, sebuah pesawat Romavia Antonov Antonov An-24 (didaftarkan sebagai YR-AMR), jatuh terhempas selepas naik terbang dari lapangan terbang Verona, akibat beban lebih dan penumpukan ais pada sayapnya. Kesemua 45 penumpang dan kesemua 4 anak kapalnya terbunuh.
- 18 Disember – Sebuah pesawat Lockheed L-188 Electra yang dikendalikan oleh Trans Service Airlift jatuh terhempas selepas naik terbang dari Jamba, Angola kerana beban lebih. 141 daripada 144 orang di dalamnya terbunuh.
- 20 Disember – Penerbangan 965 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 757, merempuh gunung semasa membuat persediaan untuk mendarat di Santiago de Cali, Colombia dan membunuh 164 orang di dalamnya; hanya 4 orang dan seekor anjing terselamat.
1996
[sunting | sunting sumber]- 8 Januari – Sebuah pesawat Antonov An-32 Air Africa yang sarat membantutkan naik terbangnya lalu melampaui landasan kapal terbang dan merempuh sebuah pasar di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. 297 orang dibunuh.
- 6 Februari – Penerbangan 301 Birgenair, sebuah pesawat Boeing 757, jatuh terhempas ke dalam lautan berhampiran Puerto Plata di Republik Dominica tidak lama selepas naik terbang dan membunuh kesemua 189 orang di dalamnya.
- 29 Februari – Penerbangan 251 Compañía de Aviación Faucett, sebuah pesawat Boeing 737, merempuh bukit semasa mencuba mendarat di Arequipa, Peru dan membunuh kesemua 123 orang di dalamnya.
- 11 Mei – Penerbangan 592 ValuJet Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-9, jatuh terhempas di Everglades berhampiran Miami, Florida, akibat kebakaran di dalam palka kargonya, dan membunuh kesemua 110 orang di dalamnya.
- 17 Julai – Penerbangan 800 TWA, sebuah pesawat Boeing 747, meletup di udara tengah semasa merentasi lautan berhampiran Moriches Timur, New York, dan membunuh kesemua 230 orang di dalamnya.
- 19 Ogos – Penerbangan PAR-3601 Spair Airlines, sebuah pesawat Ilyushin Il-76, jatuh terhempas berhampiran Belgrade dan membunuh 12 orang.
- 29 Ogos – Penerbangan 2801 Vnukovo Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, merempuh gunung di Spitsbergen, sebuah pulau di Kepulauan Svalbard, Norway, dan membunuh kesemua 141 orang di dalamnya.
- 2 Oktober – Penerbangan 603 Aeroperú, sebuah pesawat Boeing 757, jatuh terhempas ke dalam lautan berhampiran Pasamayo, Peru, akibat kesilapan penyenggaraan, dan membunuh kesemua 70 orang di dalamnya.
- 31 Oktober – Penerbangan 402 TAM Airlines, sebuah pesawat Fokker 100, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Congonhas/São Paulo, Brazil lalu merempuh sebuah bangunan apartmen serta juga sebilangan rumah. Kesemua 90 penumpang dan 6 anak kapalnya dibunuh, termasuk juga tiga orang di atas bumi.
- 12 November – Penerbangan 763 Saudi Arabian Airlines, sebuah pesawat Boeing 747, berlanggar di udara tengah dengan Penerbangan 1907 Air Kazakhstan, sebuah pesawat Ilyushin Il-76, berhampiran Charkhi Dadri, India dan membunuh kesemua orang di dalam kedua-dua pesawat itu — 312 orang di dalam pesawat Boeing 747 dan 37 orang di dalam pesawat Ilyushin Il-76.
- 23 November – Penerbangan 961 Ethiopian Airlines, sebuah pesawat Boeing 767, dirampas semasa merentasi Kenya. Bagaimanapun, pesawat itu kehabisan bahan api dan juruterbangnya mencuba membuat pendaratan kecemasan di lautan berhampiran Moroni, Comoros. Antara 175 orang di dalam pesawat itu, 123 orang dibunuh.
1997
[sunting | sunting sumber]- 9 Januari – Penerbangan 3272 Comair, sebuah pesawat Embraer EMB-120 Brasilia, jatuh terhempas berhampiran Ida, Michigan semasa ribut salji dan membunuh kesemua 29 orang di dalamnya.
- 8 Mei – Penerbangan 3456 China Southern Airlines, sebuah pesawat Boeing 737, membuat pendaratan kerasan di Shenzhen, China dalam cuaca buruk dan jatuh terhempas, lalu membunuh 35 daripada 74 orang di dalamnya.
- 9 Jun – Penerbangan 830 Air Malta dirampas dengan keakhirannya di Cologne, tanpa sebarang pengorbanan jiwa.
- 6 Ogos – Penerbangan 801 Korean Air, sebuah pesawat Boeing 747, jatuh terhempas semasa mencuba mendarat dalam hujan lebat di Hagåtña, Guam dan membunuh 254 daripada 228 orang di dalamnya.
- 3 September – Penerbangan 815 Vietnam Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-134, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dalam hujan lebat dan membunuh 65 daripada 66 orang di dalamnya.
- 26 September – Penerbangan 152 Garuda Indonesia, sebuah pesawat Airbus A300, merempuh gunung berhampiran Buah Nabar, Indonesia dan membunuh kesemua 234 di dalamnya.
- 10 Oktober - Penerbangan 2553 Austral Líneas Aéreas, sebuah pesawat Douglas DC-9-32, jatuh terhempas berhampiran Fray Bentos, Uruguay semasa terbang dari Posadas ke Buenos Aires, dan membunuh kesemua 74 orang di dalamnya - 5 anak kapal dan 69 penumpang.
- 16 Disember – Penerbangan 646 Air Canada, sebuah pesawat Canadair CRJ-100, jatuh terhempas selepas mencuba mengambil jalan lencong di Fredericton, New Brunswick. Bagaimanapun, kesemua orang di dalam pesawat itu terselamat.
- 19 Disember – Penerbangan 185 SilkAir, sebuah pesawat Boeing 737, jatuh terhempas ke dalam Sungai Musi dengan tiba-tiba berhampiran Palembang, Indonesia, dan membunuh kesemua 102 orang di dalamnya.
1998
[sunting | sunting sumber]- 2 Februari – Penerbangan 387 Cebu Pacific Air, sebuah pesawat McDonnell-Douglas DC-9, merempuh gunung berhampiran Gunung Sumagaya di Misamis Oriental, Filipina. Pesawat itu terbang melewati laluan yang tidak dikenali serta juga tidak didokumenkan dengan sempurna di dalam peta, selepas membuat perhentian tak terjadual di Leyte demi membenarkan dua orang mekanik turun. Kesemua 104 orang di dalam pesawat itu dibunuh.[1]
- 16 Februari – Penerbangan 676 China Airlines, sebuah pesawat Airbus A300, jatuh terhempas ke dalam kawasan kediaman semasa mencuba mendarat di Taipei, Taiwan. Kesemua 196 orang di dalam pesawat itu dibunuh, termasuk juga 6 orang yang lain di atas bumi.[1]
- 22 Mac – Penerbangan 137 Philippine Airlines, sebuah pesawat Airbus A320, melampaui hujung landasan kapal terbang semasa mendarat di Bandaraya Bacolod, Filipina, lalu menghentam banyak rumah. Kesemua penumpang di dalam pesawat itu tidak dicederakan tetapi tiga orang di atas bumi dibunuh, dengan banyak lagi dicederakan.
- 20 April – Penerbangan 422 TAME Airlines, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh gunung di sebelah timur Bogotá, Colombia semasa naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Dorado di Bogotá pada kira-kira 4:45 petang waktu tempatan. Penerbangan Ecuador itu dimiliki oleh TAME tetapi dipajak kepada Air France. Nahas itu yang diakibatkan oleh cuaca berkabut membunuh kesemua orang di dalam pesawat itu yang dianggar sebanyak sekurang-kurangnya 53 orang.
- 26 Mei – Sebuah pesawat Harbin Y-12 MIAT Mongolian Airlines jatuh terhempas 13 minit selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Erdenet, Mongolia dan membunuh kesemua 28 orang di dalamnya.
- 2 September – Penerbangan 111 Swissair, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-11, jatuh terhempas ke dalam laut berhampiran Halifax, Nova Scotia di Kanada, akibat kebakaran di dalam pesawat, dan membunuh kesemua 229 orang di dalamnya.[1]
- 11 Disember – Penerbangan 261 Thai Airways, sebuah pesawat Airbus A310, jatuh terhempas semasa cuaca buruk berhampiran Surat Thani, Thailand dan membunuh 102 daripada 146 orang di dalamnya.[1]
1999
[sunting | sunting sumber]- 1 Jun – Penerbangan 1420 American Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, menggelincir ke luar landasan kapal terbang semasa mendarat di Little Rock, Arkansas, akibat angin kencang; 11 daripada 145 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 24 Julai – Penerbangan 61 All Nippon Airways, sebuah pesawat Boeing 747, dirampas oleh penumpang Yuji Nishizawa yang mangacu-acukan pisau; selepas menikam kapten yang mengalami cedera parah, penumpang itu diatasi oleh anak kapal; pegawai pertama kemudian mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Haneda, Jepun.
- 22 Ogos – Penerbangan 642 China Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-11, jatuh terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, akibat Taufan Sam; antara 315 orang di dalam pesawat itu, tiga orang dibunuh.
- 31 Ogos – Penerbangan 3142 LAPA, sebuah pesawat Boeing 737, melampaui landasan kapal terbang di Buenos Aires, Argentina dan jatuh terhempas ke dalam balapan golf; antara 103 orang di dalam pesawat itu, 64 orang dibunuh, selain daripada 10 orang lagi di atas bumi.
- 14 September – Penerbangan 226A Britannia Airways, sebuah pesawat Boeing 757, membelok dengan tiba-tiba ke luar landasan kapal terbang di Girona, Catalonia (Sepanyol) semasa mendarat dalam ribut petir dan terbelah dua di sebuah padang; 43 orang di dalam pesawat itu dicederakan, dengan dua orang secara parah; bagaimanapun, seorang penumpang yang didiagnosis sebagai mengalami "cedera ringan" meninggal dunia lima hari kemudian, dengan kecederaan dalaman disyaki.
- 23 September – Penerbangan 1 Qantas, sebuah pesawat Boeing 747, melampaui landasan kapal terbang semasa mendarat di Bangkok, Thailand; bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan parah menimpa kesemua 410 orang di dalam pesawat itu.
- 23 Oktober – Penerbangan 990 EgyptAir, sebuah pesawat Boeing 767 yang menuju ke Kaherah, Mesir, jatuh terhempas ke dalam Lautan Atlantik berhampiran Nantucket, Massachusetts, dan membunuh kesemua 217 orang di dalamnya; punca nahas itu dipertikaikan: dua sebab yang mungkin telah dikemukakan, iaitu homisid/pembunuhan diri oleh pegawai pertama pengganti, mengikut NTSB, ataupun kecacatan mekanik pesawat, mengikut pihak berkuasa penerbangan Mesir.
- November 9 – Penerbangan 725 TAESA, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-9, jatuh terhempas berhampiran Uruapan, Mexico dan membunuh kesemua 18 orang di dalamnya.
- 24 Disember – Penerbangan 814 Indian Airlines, sebuah pesawat Airbus A300, dirampas semasa menuju ke Delhi, India; seorang tebusan dibunuh.
2000
[sunting | sunting sumber]- 10 Januari – Penerbangan 498 Crossair, sebuah pesawat Saab 340, jatuh terhempas dua minit selepas naik terbang di Niederhasli, Switzerland dan membunuh kesemua 10 orang di dalamnya.
- 30 Januari – Penerbangan 431 Kenya Airways, sebuah pesawat Airbus A310 yang mengangkut 169 penumpang serta 10 anak kapal, jatuh terhempas ke dalam Lautan Atlantik berhampiran Côte d'Ivoire selepas naik terbang dari Abidjan. Hanya 10 orang terselamat.
- 31 Januari – Penerbangan 261 Alaska Airlines, sebuah pesawat MD-83, jatuh terhempas ke dalam Lautan Pasifik berhampiran Tanjung Mugu, California selepas menghadapi masalah dengan penstabil mengufuknya. Kesemua 85 penumpang dan 5 anak kapalnya dibunuh.
- 5 Mac – Penerbangan 1455 Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-300, melampaui landasan kapal terbang di Burbank, California dan mencederakan 43 daripada 142 orang di dalamnya, dengan 2 orang secara parah.
- 19 April – Penerbangan 541 Air Philippines, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas ke dalam dusun pokok kelapa di Pulau Samal, Davao del Norte semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao dan membunuh kesemua 131 orang di dalamnya.
- 12 Julai – Penerbangan 3378 Hapag-Lloyd Airlines, sebuah pesawat Airbus A310, mendarat 500 meter sebelum sampai ke landasan kapal terbang, akibat kehabisan bahan api semasa dalam penerbangan. Bagaimanapun, tiada orang di dalam pesawat itu yang mengalami kecederaan parah.
- 17 Julai – Penerbangan 7412 Alliance Air, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas ke dalam kawasan kediaman pemerintahan di Patna, India semasa membuat persediaan untuk mendarat di lapangan terbang dan membunuh 55 daripada 58 orang di dalamnya, termasuk juga 5 orang di atas bumi.
- 25 Julai – Penerbangan 4590 Air France, sebuah pesawat Concorde, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Paris, Perancis, akibat tangki bahan apinya terbakar, dan membunuh 9 anak kapal dan 100 penumpangnya, termasuk juga 4 orang di atas bumi; seluruh kumpulan pesawat Concorde tidak dibenarkan membuat penerbangan selama setahun tetapi akhirnya dibersarakan.
- 23 Ogos – Penerbangan 072 Gulf Air, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas ke dalam Teluk Parsi berhampiran Manama, Bahrain semasa mencuba mendarat dan membunuh kesemua 143 penumpang dan 8 anak kapalnya.
- 31 Oktober – Penerbangan 006 Singapore Airlines, sebuah pesawat Boeing 747-400, merempuh kelengkapan pembinaan selepas menggunakan landasan kapal terbang yang ditutup untuk naik terbang di Taipei, Taiwan dan membunuh 83 daripada 179 orang di dalamnya.
2001
[sunting | sunting sumber]- 31 Januari – Penerbangan 907 dan Penerbangan 958, kedua-duanya daripada Japan Airlines, nyaris-nyaris berlanggar berhampiran Yaizu, Jepun.
- 29 Mac – Penerbangan carter Avjet, sebuah pesawat jet Gulfstream III dengan 15 penumpang dan 3 anak kapal di dalamnya, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Aspen, Colorado dan membunuh kesemua orang di dalamnya.
- 4 Julai – Penerbangan 352 Vladivostok Air, sebuah Tupolev Tu-154, mengalami pusaran mendatar semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Irkutsk di Irkutsk, Rusia, dan jatuh terbalik lalu terbakar di kawasan hutan kecil; kesemua 145 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
- 24 Ogos – Penerbangan 236 Air Transat kehabisan bahan apinya semasa merentasi Lautan Atlantik lalu membuat pendaratan kecemasan di Azores. Bagaimanapun, sebaik sahaja pesawat itu berjaya mendarat, sesetengah tayarnya pancit dan menyebabkan kebakaran. Sungguhpun demikian, kebakaran itu dipadamkan dengan jayanya oleh kakitangan kecemasan di atas bumi, tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan parah pada kesemua 304 orang di dalam pesawat.
- 11 September – Serangan 11 September 2001:
- Penerbangan 11 American Airlines, sebuah Boeing 767-200ER dengan 92 orang di dalamnya, dirampas selepas naik terbang dari Boston lalu diterbangkan ke dalam menara utara Pusat Dagangan Dunia di Bandaraya New York; kesemua orang di dalam pesawat itu dibunuh, serta juga orang yang lain di dalam bangunan tersebut dan di atas bumi.
- Penerbangan 175 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 767-200ER dengan 65 orang di dalamnya, dirampas selepas naik terbang dari Boston lalu diterbangkan ke dalam menara selatan Pusat Dagangan Dunia; kesemua orang di dalam pesawat itu dibunuh, serta juga orang yang lain di dalam bangunan tersebut dan di atas bumi. Keruntuhan kedua-dua menara Pusat Dagangan Dunia mengakibatkan jumlah kematian sebanyak sekurang-kurangnya 2,759 orang.
- Penerbangan 77 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 757-200 dengan 64 orang di dalamnya, dirampas selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Dulles lalu diterbangkan ke dalam bangunan The Pentagon di Kaunti Arlington, Virginia; kesemua orang di dalam pesawat itu dibunuh, serta juga 125 orang di dalam bangunan tersebut dan di atas bumi.
- Penerbangan 93 United Airlines, sebuah pesawat Boeing 757-200 dengan 44 orang di dalamnya, dirampas selepas naik terbang dari Newark, New Jersey; para penumpang bergelut dengan perampas, tetapi pesawat itu jatuh terhempas di sebuah padang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, dan membunuh kesemua orang di dalamnya.
- 4 Oktober – Penerbangan 1812 Siberia Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, ditembak jatuh oleh peluru berpandu Ukraine di Laut Hitam dan membunuh kesemua 66 penumpang dan 12 anak kapal di dalamnya.
- 8 Oktober – Penerbangan 686 SAS, sebuah pesawat MD-87, berlanggar dengan sebuah pesawat jet perniagaan Cessna semasa naik terbang dari Milan, Itali. Pesawat McDonnell Douglas MD-87 kemudian membelok dengan tiba-tiba ke dalam bangunan pengendalian bagasi lalu terbakar. Kesemua 110 orang di dalam Penerbangan 684 dan kesemua 4 orang di dalam pesawat Cessna dibunuh, termasuk juga 4 orang di atas bumi.
- 12 November – Penerbangan 587 American Airlines, sebuah pesawat Airbus A300, jatuh terhempas di kawasan kejiranan Queens di Bandaraya New York apabila sirip ekor tegaknya patah selepas naik terbang. Kesemua 251 penumpang dan 9 anak kapal dibunuh, termasuk juga 5 orang di atas bumi.
- 24 November – Penerbangan 3597 Crossair, sebuah pesawat Avro RJ100, jatuh terhempas berhampiran Bassersdorf, Switzerland, semasa mencuba mendarat di Zürich. 3 daripada 5 anak kapal dan 21 daripada 28 penumpang (termasuk penyanyi tarian Melanie Thornton dari La Bouche) dibunuh.
- 22 Disember – Seorang penumpang, Richard Reid, di dalam Penerbangan 63 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 767, mencuba meletup bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasutnya tetapi gagal selepas diatasi oleh dua orang atendan penerbangan serta juga penumpang-penumpang yang lain. Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Boston, Massachusetts.
2002
[sunting | sunting sumber]- 14 Januari – Penerbangan JT-386 Lion Air, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas semasa mencuba naik terbang dari Riau, Indonesia; bagaimanapun, kesemua 103 orang di dalamnya terselamat.
- 16 Januari – Penerbangan 421 Garuda Indonesia, sebuah pesawat Boeing 737-300, mengalami pemadanan nyalaan bagi kedua-dua enjinnya selepas memasuki kawasan ribut petir lalu membuat pendaratan kecemasan di Sungai Bengawan Solo. Seorang atendan penerbangan dibunuh, dengan 59 penumpang dan anak kapal yang lain terselamat.
- 28 Januari – Penerbangan 120 TAME, sebuah pesawat Boeing 727, merempuh gunung berapi sewaktu membuat persediaan untuk mendarat di Tulcán, Ecuador dalam keadaan ketampakan yang buruk lalu membunuh kesemua 94 orang di dalamnya.
- 15 April – Penerbangan 129 Air China, sebuah pesawat Boeing 767-200ER, merempuh bukit semasa mencuba mendarat di Busan, Korea Selatan dalam keadaan kabus dan membunuh 128 daripada 166 orang di dalamnya.
- 4 Mei - Penerbangan 4226 EAS Airlines, sebuah pesawat BAC 1-11 500 series, jatuh terhempas ke dalam kawasan kejiranan Gwammaja di Kano, Nigeria tidak lama selepas naik terbang dan membunuh 75 penumpang di dalamnya serta juga sekurang-kurangnya 73 orang awam di atas bumi.
- 7 Mei – Penerbangan 6136 China Northern Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas berhampiran Dalian, China selepas seorang penumpang membakar kabin pesawat itu dengan gasolin; kesemua 103 penumpang dan 9 anak kapalnya dibunuh.
- 25 Mei – Penerbangan 611 China Airlines, sebuah pesawat Boeing 747-200B, hancur semasa merentasi Selat Taiwan, akibat lesu logam dan membunuh kesemua 206 penumpang dan 19 anak kapalnya.
- 1 Julai – Penerbangan 2937 Bashkirian Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154 dengan 57 penumpang dan 14 anak kapal di dalamnya, berlanggar dengan Penerbangan 611 DHL, sebuah pesawat kargo Boeing 757 dengan 2 juruterbang di dalamnya, berhampiran Tasik Constance, Jerman dan membunuh kesemua orang di dalam kedua-dua pesawat itu.
- 1 Julai – Penerbangan 556 America West Airlines, sebuah pesawat Airbus A319, diarahkan kembali ke terminal lapangan terbang di Miami, Florida sebelum naik terbang selepas penapis keselamatan melaporkan bahawa kedua-dua juruterbangnya kelihatan mabuk; kedua-dua juruterbang itu kemudian dihukum pemenjaraan.
- 6 November – Penerbangan 9642 Luxair, sebuah pesawat Fokker 50, jatuh terhempas kerana mendarat sebelum sampai ke landasan kapal terbang berhampiran Niederanven, Luxembourg, akibat keadaan kabus yang tebal, dan membunuh 19 penumpang dan 3 anak kapalnya; hanya 2 orang terselamat.
2003
[sunting | sunting sumber]- 8 Januari – Penerbangan 5481 Air Midwest, sebuah pesawat Beechcraft 1900, jatuh terhempas semasa naik terbang dari Charlotte, Carolina Utara di Amerika Syarikat; kesemua 19 penumpang dan kedua-dua juruterbangnya dibunuh.
- 8 Januari – Penerbangan 634 Turkish Airlines, sebuah pesawat Avro RJ100, jatuh terhempas semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat di Lapangan Terbang Diyarbakır, Turki dalam keadaan kabus yang tebal. Kesemua 5 anak kapal dan 70 daripada 75 penumpangnya dibunuh, dengan 5 penumpang yang terselamat mengalami kecederaan yang amat parah.
- 6 Mac – Penerbangan 6289 Air Algerie, sebuah pesawat Boeing 737-200, membelok secara tiba-tiba dari landasan kapal terbang semasa naik terbang di Tamanrasset, Algeria; 96 daripada 97 orang dan kesemua 6 anak kapal dibunuh.
- 29 Mei – Seorang lelaki yang mencuba merampas Penerbangan 1737 QantasLink di Melbourne, Australia dengan tujuan untuk merempuhnya di Tasmania diatasi oleh anak kapal dan penumpang pesawat itu. Tiga orang dicederakan.
- 22 November – Sebuah pesawat DHL Airbus A300 ditembak oleh masail berhampiran Baghdad, Iraq dan hilang kefungsian sistem hidrauliknya. Meskipun demikian, pesawat itu masih dapat mendarat dengan hanya menggunakan kawalan enjin tanpa mengakibatkan sebarang pengorbanan jiwa. Ini merupakan kes pertama pendaratan sebuah pesawat tanpa permukaan kawalan yang selamat.
- 15 Disember – Penerbangan 141 Union des Transports Aériens de Guinée, sebuah pesawat Boeing 727, melampaui hujung landasan kapal terbang semasa naik terbang di Cotonou, Benin dan merempuh pantai Teteluk Benin. 151 daripada 163 orang di dalam pesawat itu dibunuh.
2004
[sunting | sunting sumber]- 3 Januari – Penerbangan 604 Flash Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-300, jatuh terhempas ke dalam Laut Merah dan membunuh kesemua 135 penumpang serta 13 anak kapalnya.
- 9 Mei – Penerbangan 5401 American Eagle dirosakkan oleh angin kencang semasa mendarat di San Juan, Puerto Rico dan mencederakan 13 orang di dalamnya.
- 13 Ogos – Penerbangan 185 Air Tahoma, sebuah pesawat Convair 580, jatuh terhempas berhampiran Covington, Kentucky semasa mendarat dan membunuh pegawai pertamanya.
- 24 Ogos – Pengeboman pesawat Rusia Ogos 2004:
- Penerbangan 1047 Siberia Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, meletup di udara tengah semasa merentasi Oblas Rostov, Rusia dan membunuh kesemua 38 penumpang dan 8 anak kapal di dalamnya.
- Penerbangan 1303 Volga-AviaExpress, sebuah pesawat Tupolev Tu-134, meletup di udara tengah semasa merentasi Oblas Tula, Rusia dan membunuh kesemua 34 penumpang dan 9 anak kapal di dalamnya.
- 19 Oktober – Penerbangan 5966 Corporate Airlines, sebuah pesawat Handley Page Jetstream, jatuh terhempas berhampiran Kirksville, Missouri di Amerika Syarikat dan membunuh 13 daripada 14 orang di dalamnya.
- 21 November – Penerbangan 5210 China Eastern Airlines, sebuah pesawat Bombardier CRJ-200LR, menegun dan jatuh terhempas berhampiran Baotou, China tidak lama selepas naik terbang, akibat pencemaran ibun; kesemua 53 di dalam pesawat itu dan 2 orang di atas bumi terbunuh.
- 30 November – Penerbangan 538 Lion Air, sebuah McDonnell Douglas MD-82, membunuh 25 daripada 154 orang di dalamnya semasa membuat pendaratan kecemasan di Kota Surakarta, Indonesia.
2005
[sunting | sunting sumber]- 3 Februari – Penerbangan 904 Kam Air, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas semasa mengalami ribut salji di Afghanistan. Kesemua 96 penumpang dan 8 anak kapalnya dibunuh.
- 20 Februari - Penerbangan 268 British Airways, sebuah pesawat Boeing 747-400 yang naik terbang dari Los Angeles ke London, mengalami kebakaran pada enjin 2. Bagaimanapun, pesawat itu dapat terbang dengan hanya menggunakan tiga enjin ke Manchester untuk membuat pendaratan kecemasan. Kesemua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 3 Mei – Penerbangan 23 Airwork, sebuah pesawat Fairchild Swearingen Metroliner, jatuh terhempas di Taranaki, New Zealand dan membunuh kedua-dua anak kapalnya.
- 9 Jun – Penerbangan 1170 US Airways dan Penerbangan 132 Aer Lingus hampir berlanggar di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts. Kesemua 381 orang di dalam kedua-dua pesawat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 2 Ogos – Penerbangan 358 Air France, sebuah pesawat Airbus A340-300, menggelincir ke luar landasan kapal terbang di Toronto, Ontario, semasa mendarat lalu terbakar; kesemua 309 orang di dalam pesawat itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah tetapi pesawat itu habis terbakar.
- 6 Ogos – Penerbangan 1153 Tuninter, sebuah pesawat ATR 72, membuat pendaratan kecemasan di lautan berhampiran Palermo, Sicily; 14 daripada 35 penumpang serta 2 daripada 4 anak kapalnya dibunuh.
- 10 Ogos – Penerbangan 103 Copterline, sebuah helikopter Sikorsky S-76, jatuh terhempas berhampiran Tallinn, Estonia dan membunuh kesemua 14 orang di dalamnya.
- 14 Ogos – Penerbangan 522 Helios Airways, sebuah pesawat Boeing 737-300, jatuh terhempas berhampiran Kalamos, Greece dan membunuh kesemua 115 penumpang dan 6 anak kapalnya.
- 16 Ogos – Penerbangan 708 West Caribbean Airways, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas di Venezuela barat dan membunuh kesemua 152 penumpang dan 8 anak kapalnya.
- 23 Ogos – Penerbangan 204 TANS Peru, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas berhampiran Pucallpa, Peru dan membunuh 40 daripada 92 penumpang serta 4 daripada 6 anak kapalnya.
- 5 September – Penerbangan 091 Mandala Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas di Medan, Indonesia, dan membunuh 103 daripada 111 penumpang serta kesemua 5 anak kapalnya, selain daripada 47 orang lain lagi di atas bumi.
- 21 September – Penerbangan 292 JetBlue Airways, sebuah pesawat Airbus A320, membuat pendaratan kecemasan di Los Angeles, California di Amerika Syarikat, akibat kegagalan stereng perlatan pendaratan; bagaimanapun, kesemua 139 penumpang dan 6 anak kapalnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 22 Oktober – Penerbangan 210 Bellview Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas di Nigeria Tengah dan membunuh kesemua 117 orang di dalamnya.
- 7 Disember – Seorang penumpang yang turun dari Penerbangan 924 American Airlines, sebuah pesawat Boeing 757, di Miami, Florida ditembak mati oleh seorang marsyal udara yang mempercayai dia terdengar penumpang itu mengatakan bahawa dia memiliki sebutir bom.
- 8 Disember – Penerbangan 1248 Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-700, meluncur ke luar landasan kapal terbang semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago Midway di Chicago, Illinois dalam cuaca salji lebat. Kesemua orang di dalam pesawat terselamat tetapi pesawat itu berlanggar dengan dua buah kereta di atas bumi dan membunuh seorang budak lelaki berumur 6 tahun.
- 10 Disember– Penerbangan 1145 Sosoliso Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas DC-9, jatuh terhempas semasa mendarat di Pelabuhan Harcourt, Nigeria dan membunuh 107 daripada 110 orang di dalamnya.
- 19 Disember – Penerbangan 101 Chalk's Ocean Airways, sebuah pesawat Grumman Mallard, jatuh terhempas berhampiran pantai Miami Beach, Florida dan membunuh kesemua 20 orang di dalamnya.
2006
[sunting | sunting sumber]- 3 Mei – Penerbangan 967 Armavia, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas ke dalam Laut Hitam berhampiran bandar raya Sochi di Rusia dan membunuh kesemua 113 orang di dalamnya.
- 9 Julai – Penerbangan 778 S7 Airlines, sebuah pesawat Airbus A310, merempuh perintang konkrit lalu terbakar semasa mendarat di Irkutsk, Rusia. Antara 203 orang di dalamnya, 128 orang dibunuh.
- 10 Julai – Penerbangan 688 Pakistan International Airlines, sebuah pesawat Fokker F27, jatuh terhempas ke dalam ladang gandum berhampiran Multan, Pakistan, sepuluh minit selepas naik terbang dan membunuh 41 penumpang serta 4 anak kapalnya.
- 22 Ogos – Penerbangan 612 Pulkovo Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas berhampiran Donetsk, Ukraine dan membunuh kesemua 170 orang di dalamnya.
- 27 Ogos – Penerbangan 191 Comair, sebuah pesawat Canadair CRJ-100, jatuh terhempas semasa naik terbang berhampiran Lexington, Kentucky dan membunuh 49 daripada 50 orang di dalamnya.
- 1 September – Sebuah pesawat Tu-154 Iran Air Tours yang mengangkut 148 orang jatuh terhempas semasa mencuba mendarat di Mashad, Iran dan membunuh 28 orang di dalamnya.
- 29 September – Penerbangan 1907 Gol Transportes Aéreos, sebuah pesawat Boeing 737-800, berlanggar dengan jet perniagaan Embraer Legacy dan jatuh terhempas di Mato Grosso, Brazil; bagaimanapun, pesawat Embraer Legacy, dengan tujuh orang di dalamnya berjaya mendarat dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, manakala kesemua 154 orang di dalam Boeing 737 dibunuh.
- 3 Oktober – Penerbangan 1476 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-400, dirampas semasa merentasi Greece. Pesawat itu mendarat di Brindisi, Itali tanpa sebarang kecederaan kepada 113 orang di dalamnya.
- 10 Oktober – Penerbangan 670 Atlantic Airways, sebuah BAe 146, menggelincir ke luar landasan kapal terbang di Stord, Norway dan membunuh empat daripada 16 orang di dalamnya.
- 29 Oktober – Penerbangan 53 ADC Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas berhampiran Abuja, Nigeria dan membunuh 96 daripada 105 orang di dalamnya.
2007
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari – Penerbangan 574 Adam Air, sebuah pesawat Boeing 737-400, jatuh terhempas ke dalam lautan berhampiran pulau Sulawesi di Indonesia dan membunuh kesemua 102 orang di dalamnya.
- 9 Januari – Sebuah pesawat Antonov An-26 AerianTur-M jatuh terhempas berhampiran Balad, Iraq dan membunuh 34 daripada 35 orang di dalamnya. Sebab rasmi diberikan sebagai nahas dalam keadaan cuaca yang buruk tetapi sumber yang lain mendakwa bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh misail.
- 24 Januari – Penerbangan 612 Air West, sebuah pesawat Boeing 737 dengan 103 orang di dalamnya dirampas semasa merentasi Sudan, tidak lama selepas naik terbang dari Khartoum, tetapi dapat mendarat dengan selamat di N'Djamena, Chad.
- 15 Februari – Sebuah pesawat Boeing 737 Air Mauritanie dirampas selepas naik terbang dari Nouakchott, Mauritania, tetapi dapat mendarat dengan selamat di Las Palmas, Spain tanpa sebarang kecederaan yang parah kepada 79 orang di dalamnya.
- 18 Februari – Penerbangan 6448 Delta Connection Shuttle America, sebuah pesawat jet Embraer ERJ-170 mengalami kerosakan yang teruk apabila ia melampaui sejauh 150 kaki dari hujung landasan kapal terbang yang dilitupi oleh salji semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cleveland Hopkins, Cleveland, Ohio lalu merempuh antena penyetempat dan pagar; bagaimanapun, kesemua 74 orang di dalam pesawat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 21 Februari – Penerbangan 172 Adam Air, sebuah pesawat Boeing 737-300, mengalami kerosakan struktur semasa mendarat berhampiran Surabaya, Indonesia; bagaimanapun, kesemua 149 orang di dalam pesawat itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah.
- 7 Mac – Penerbangan 200 Garuda Indonesia, sebuah pesawat Boeing 737-400, melampaui landasan kapal terbang dan jatuh terhempas semasa mendarat di Yogyakarta, Indonesia dan membunuh 22 daripada 140 orang di dalamnya.
- 17 Mac – Penerbangan 471 UTair, sebuah pesawat Tupolev Tu-134, mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa mendarat di Samara, Rusia dan membunuh 6 daripada 63 orang di dalamnya.
- 23 Mac – Sebuah pesawat Ilyushin Il-76 TransAVIAexport Airlines jatuh terhempas di Mogadishu, Somalia dan membunuh kesemua 11 orang di dalamnya; nahas itu yang berlaku semasa Pertempuran Mogadishu dipercayai diakibatkan oleh penembakan.
- 30 Mac – Penerbangan Sudan Airways dengan 284 orang di dalamnya dirampas tetapi dapat mendarat dengan selamat di Khartoum, Sudan.
- 5 Mei – Penerbangan 507 Kenya Airways, sebuah pesawat Boeing 737-800, jatuh terhempas berhampiran Douala, Cameroon dan membunuh kesemua 114 orang di dalamnya.
- 3 Jun – Sebuah helikopter Mil Mi-8 Paramount Airlines jatuh terhempas di Lungi, Sierra Leone dan membunuh kesemua 22 orang di dalamnya.
- 21 Jun – Sebuah pesawat Let-410UVP Free Airlines jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Bandar Kamina, Republik Demokratik Congo kerana beban lebih dan membunuh seorang serta mencederakan empat orang antara 21 orang di dalamnya.
- 25 Jun – Penerbangan 241 PMTair, sebuah pesawat Antonov An-24, jatuh terhempas di barat daya Kemboja dan membunuh kesemua 22 orang di dalamnya.
- 28 Jun – Penerbangan D2-TBP TAAG Angola Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-200, hilang kawalan semasa mendarat dan jatuh terhempas di M'banza-Kongo, Angola. Sekurang-kurangnya, 6 daripada 78 orang di dalam pesawat itu dibunuh, dengan bilangan orang yang dicederakan tidak diketahui.
- 17 Julai – Penerbangan 3054 TAM Airlines, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas di Lapangan Terbang Congonhas-São Paulo, Brazil dan membunuh kesemua 187 orang di dalamnya serta juga 12 orang di atas bumi.
- 9 Ogos – Sebuah pesawat de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter Air Moorea jatuh ke dalam lagun pulau Moorea di Polinesia Perancis hanya 11 saat selepas naik terbang dan membunuh kesemua 20 orang di dalamnya. Kegagalan kelengkapan stereng disyaki.
- 20 Ogos – Penerbangan 120 China Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-800, tiba-tiba terbakar selepas mendarat di Naha, Jepun; bagaimanapun, kesemua 165 orang di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Kejadian peralatan pendaratan Dash 8 2007 Scandinavian Airlines: Ketiga-tiga kejadian yang berikut yang melibatkan pesawat de Havilland Canada Dash 8 pada bulan September 2007 mengakibatkan kesemua pesawat Dash 8 tidak lagi dibenarkan membuat penerbangan "selama-lamanya"; bagaimanapun, sebab kejadian tersebut akhirnya dikatakan diakibatkan oleh kesilapan penyenggaraan:
- 9 September – Penerbangan 1209 mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Aalborg, Denmark; bagaimanapun, kesemua 73 orang di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan parah.
- 12 September – Penerbangan 2748 mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Vilnius, Lithuania dan mencederakan salah satu daripada 52 orang di dalamnya.
- 27 Oktober – Penerbangan 2867 mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Copenhagen, Denmark; bagaimanapun, kesemua 44 orang di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 16 September – Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas semasa membuat pendaratan dalam keadaan cuaca yang buruk lalu terbakar di Phuket, Thailand; 90 daripada 130 di dalamnya dibunuh.
- 4 Oktober – Sebuah pesawat Antonov An-26 Africa One jatuh terhempas ke dalam kawasan kediaman di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, tidak lama selepas naik terbang. Sekurang-kurangnya 50 orang dibunuh, kebanyakan mereka dari atas bumi.
- 30 November – Penerbangan 4203 Atlasjet, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-83, merempuh gunung berhampiran Isparta, Turki dan membunuh kesemua 57 orang di dalamnya.
2008
[sunting | sunting sumber]- 4 Januari – Let L-410 Turbolet Transaven jatuh terhempas berhampiran kepulauan Los Roques, Venezuela dan membunuh kesemua 14 orang di dalam pesawat.
- 17 Januari – Penerbangan 38 British Airways, sebuah pesawat Boeing 777-200ER, mendarat terlalu awal sebelum betul-betul tiba ke landasan Lapangan Terbang Heathrow London di United Kingdom. 9 daripada 152 orang di dalam pesawat dirawat untuk kecederaan ringan, tanpa sebarang kematian berlaku.
- 8 Februari – Penerbangan 2279 Eagle Airways, sebuah pesawat BAe Jetstream 32, dirampas oleh seorang penumpang 10 minit selepas naik terbang dari Blenheim, New Zealand. Penumpang itu menyerang kedua-dua juruterbang tetapi kemudian diatasi oleh juruterbang bersama dan pesawat itu kemudian mendarat dengan selamat di Christchurch. Kesemua 9 orang di dalamnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- 14 Februari – Penerbangan 1834 Belavia, sebuah Bombardier CRJ100, menghempaskan sayap kirinya pada landasan kapal terbang semasa mencuba naik terbang dari Yerevan, Armenia. Kesemua 21 orang di dalamnya berjaya melarikan diri sebelum pesawat itu tiba-tiba terbakar.
- 21 Februari – Penerbangan 518 Santa Bárbara Airlines, sebuah pesawat ATR 42-300, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Mérida, Venezuela dan membunuh kesemua 46 orang di dalamnya.
- 3 April – Pesawat Antonov An-28 yang dikendalikan oleh Blue Wing Airlines jatuh terhempas berhampiran Benzdorp di Suriname. Kesemua 19 orang di dalamnya terbunuh.
- 11 April – Antonov An-32, sebuah pesawat Sudan, jatuh terhempas tidak lama selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chişinău, Moldova ke Turki. Kesemua 8 orang di dalamnya terbunuh.
- 15 April – Pesawat Douglas DC-9 yang dikendalikan oleh Hewa Bora Airways merempuh sebuah pasar berhampiran Goma di Republik Demokratik Congo, dan membunuh 40 orang, termasuk 3 penumpang.
- 25 Mei – Pesawat Boeing 747-200F yang dikendalikan oleh Kalitta Air jatuh terhempas dan terbelah dua di Lapangan Terbang Brussel, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan yang teruk pada penumpang.
- 30 Mei – Penerbangan 390 TACA Airlines, sebuah Airbus A320, melampaui landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Toncontín di Tegucigalpa, Honduras, dan membunuh 5 orang (termasuk 2 orang di atas bumi).
- 10 Jun – Penerbangan 109 Sudan Airways, sebuah Airbus A310, jatuh terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dan terbelah dua lalu terbakar. 30 kematian disahkan, dengan 6 penumpang disenaraikan sebagai hilang.
- 25 Julai – Penerbangan 30 Qantas, sebuah pesawat Boeing 747-438 yang terbang dari Hong Kong ke Melbourne, membuat pendaratan kecemasan di Manila selepas suatu tembusan badan pesawat mengakibatkan penyahmampatan cepat. Kesemua orang di dalamnya terselamat.
- 20 Ogos – Penerbangan 5022 Spanair, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-82, jatuh terhempas semasa naik terbang di Lapangan Terbang Barajas di Madrid, Sepanyol. 154 daripada 172 di dalamnya terbunuh.
- 24 Ogos – Pesawat Cessna Caravan 208 yang dikendalikan oleh Aéreo Ruta Maya jatuh terhempas kira-kira 100 km di sebelah timur Bandaraya Guatemala berhampiran El Estor, dan membunuh 10 penumpang serta juga kedua-dua juruterbangnya.
- 24 Ogos – Penerbangan 6895 Itek Air, sebuah pesawat Boeing 737-200, jatuh terhempas sejurus selepas naik terbang dari Lapangan Terbang Manas di ibu negara Bishkek, Kyrgyzstan. Antara 83 penumpang dan 7 anak kapal di dalamnya, 71 orang dilaporkan terbunuh, dengan 19 orang yang lain terselamat.
- 14 September – Penerbangan 821 Aeroflot, sebuah pesawat Boeing 737-500, jatuh terhempas semasa membuat persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Perm dari Moscow. Kesemua 88 orang di dalamnya terbunuh.
- 7 Oktober – Penerbangan 72 Qantas, sebuah Airbus A330-300, membuat pendaratan kecemasan di Exmouth, Australia selepas mengalami penurunan yang pantas. 70 orang dicederakan, dengan 14 orang mengalami cedera parah.
- 8 Oktober – Penerbangan 103 Yeti Airlines, sebuah pesawat De Havilland Canada DHC-6 Twin Otter, jatuh terhempas 60 NM dari Gunung Everest, Nepal dan membunuh 18 daripada 19 orang di dalamnya.
- 20 Disember – Penerbangan 1404 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-500 dengan 115 orang di dalamnya, berubah arah dari landasan kapal terbang semasa naik terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dan terhenti di sebuah gaung berhampiran landasan tersebut lalu terbakar. Melebihi 38 orang dicederakan, dengan sekurang-kurangnya 2 orang mengalami cedera parah, walaupun tiadanya sebarang kematian.
2009
[sunting | sunting sumber]- 15 Januari – Penerbangan 1549 US Airways, sebuah pesawat Airbus A320, jatuh terhempas ke dalam Sungai Hudson sejurus selepas naik terbang dari Lapangan Terbang LaGuardia di Bandaraya New York City, akibat kegagalan enjin yang disebabkan oleh serangan burung berbilang. Tiada orang terbunuh.
- 7 Februari – Pesawat Embraer EMB-110 Bandeirante Manaus Aerotáxi jatuh terhempas berhampiran Santo António, Brazil dan membunuh 24 daripada 28 orang di dalamnya.
- 12 Februari – Penerbangan 3407 Colgan Air, sebuah pesawat Bombardier Dash 8 Q400 yang terbang dari Newark Liberty International di New Jersey ke Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara di New York, merempuh sebuah rumah di Clarence, New York pada 10:17 petang waktu tempatan; kesemua 49 orang di dalam pesawat terbunuh, termasuk satu orang lagi di atas bumi.
- 25 Februari – Penerbangan 1951 Turkish Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang terbang dari Lapangan Terbang Atatürk di Istanbul ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam jatuh terhempas ke sebuah padang semasa membuat persediaan terakhir untuk mendarat. Antara 127 penumpang dan 7 anak kapalnya, 9 orang terbunuh dan 85 orang tercedera.
- 20 Mac – Penerbangan 407 Emirates Airline, sebuah pesawat Airbus A340-500 yang terbang dari Lapangan Terbang Melbourne Tullamarine di Melbourne ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mengalami serangan buritan semasa naik terbang. Ia kembali ke Lapangan Terbang Melbourne tanpa sebarang kematian.
- 23 Mac – Penerbangan 80 FedEx Express, sebuah pesawat McDonnell Douglas MD-11 yang terbang dari Guangzhou, China jatuh terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun; kedua-dua kapten dan juruterbang bersama terbunuh.
- 19 April – Penerbangan 918 CanJet dirampas di atas bumi oleh seorang bersenjata yang menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster, Teluk Montego, Jamaica; semua penumpang dibebaskan tetapi 6 anak kapalnya dijadikan tebusan buat beberapa jam sebelum dibebaskan tanpa tercedera.
- 1 Jun – Penerbangan 447 Air France, sebuah pesawat Airbus A330-200 yang terbang dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis, jatuh terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh kesemua 228 orang di dalamnya, termasuk 12 anak kapal; mayat dan serpihan daripada pesawat itu tidak dijumpai sehingga beberapa hari kemudian.
- 30 Jun – Penerbangan 626 Yemenia, sebuah pesawat Airbus A310-300 yang terbang dari Sana'a, Yaman ke Moroni, Comoros, jatuh terhempas di Lautan India dengan 153 orang di dalamnya; hanya seorang terselamat, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang dijumpai berpaut pada bangkai pesawat itu.
- 13 Julai – Penerbangan 2294 Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-300 yang terbang dari Nashville ke Baltimore, membuat pendaratan kecemasan di Charleston, WV selepas satu lubang 14 inci x 17 inci terbentuk pada permukaan fiuslajnya ketika setinggi 34,000 kaki dan mengakibatkan kehilangan tekanan kabin; bagaimanapun, pesawat itu dapat mendarat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.
- 15 Julai – Penerbangan 7908 Caspian Airlines, sebuah pesawat Tupolev Tu-154, jatuh terhempas berhampiran Qazvin, Iran, 16 minit selepas naik terbang dan membunuh kesemua 153 penumpang dan 15 anak kapalnya.
- 24 Julai – Penerbangan 1525 Aria Air, sebuah pesawat Ilyushin Il-62, mengelincir di landasan kapal terbang di Iran dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang, dengan 136 orang terselamat.
- 2 Ogos – Penerbangan 9760 Merpati Nusantara Airlines, sebuah pesawat de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter hilang di Indonesia dengan 13 penumpang dan 3 anak kapal di dalamnya.
- 3 Ogos – Penerbangan 128 Continental Airlines, sebuah pesawat Boeing 767-200ER yang terbang dari Rio de Janeiro, Brazil ke Houston, Texas, melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida, selepas mengalami gelora yang teruk. Antara 168 penumpang dan 11 anak kapalnya, 26 orang dicederakan, dengan 4 dilaporkan sebagai agak teruk.
- 4 Ogos – Penerbangan 266 Bangkok Airways, sebuah pesawat ATR 72-200 yang mengangkut 68 penumpang, jatuh terhempas dalam cuaca yang sangat buruk semasa membuat pendaratan di lapangan terbang Samui di pulau peranginan Ko Samui, Thailand Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 37 orang dicederakan.[2][3]
- 11 Ogos – Penerbangan 4684 Airlines PNG, sebuah de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter yang mengangkut 11 penumpang dan 2 anak kapal, merempuh gunung di Isurava, Papua New Guinea semasa mencuba berpusing di Lapangan Terbang Kokoda, Papua New Guinea. Semua orang di dalam pesawat itu terbunuh.
- September 4 – Penerbangan 829 Air India, sebuah pesawat Boeing 747-400 yang mengangkut 213 penumpang dan 16 anak kapal, terbakar apabila diundurkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji, Mumbai; semua penumpang dipindahkan, dengan 21 orang menerima cedera ringan. Sebaliknya, pesawat itu mengalami kerosakan yang teruk pada enjin No. 1 dan struktur sayap yang bersebelahan.
- September 9 – Penerbangan 576 AeroMéxico, sebuah pesawat Boeing 737-800 yang mengangkut 104 penumpang, dirampas semasa terbang dari Cancún ke Bandaraya Mexico. Perampas-perampas itu mendesak supaya bercakap dengan Presiden Mexico, Felipe Calderón. Pesawat itu kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaraya Mexico lalu bergerak perlahan-lahan menuju ke terminal yang terpencil. Selepas semua penumpang dan anak kapalnya dibebaskan, sebilangan pegawai Mexico menggempur pesawat itu, dengan lima orang ditangkap tetapi hanya seorang ditahan. Tidak terdapat sebarang pengorbanan jiwa.
- September 14 - Penerbangan 288 Contact Air, sebuah pesawat Fokker F-100 yang mengangkut 73 penumpang dan 5 anak kapal, membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Stuttgart, Jerman, selepas peralatan pendaratan gagal sebahagiannya. Tidak terdapat sebarang kecederaan kepada semua orang di dalamnya, tetapi pesawat itu mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian bawah fiuslajnya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Keselamatan udara
- Nahas dan kejadian penerbangan – sejarah, sebab, dll
- Perampasan pesawat
- Senarai nahas dan kejadian penerbangan mengikut jumlah kematian
- Senarai nahas dan kejadian pertunjukan udara
- Senarai nahas dan kejadian pesawat dalam berita
- Senarai nahas dan kejadian yang melibatkan sistem penerbangan mengikut lokasi
- Senarai nahas dan kejadian yang melibatkan sistem penerbangan mengikut sistem penerbangan
- Senarai nahas dan kejadian yang melibatkan pesawat tentera
- Senarai pemandiri tunggal nahas atau kejadian penerbangan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Air disasters timeline". BBC News. 2009-17-15. Dicapai pada 2009-08-03. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ http://www.bangkokpost.com/breakingnews/151089/bangkok-airways-plane-crashes-on-samui
- ^ http://edition.cnn.com/2009/WORLD/asiapcf/08/04/thailand.plane.crash/index.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Aircraft Crash Record Office
- Aviation Safety Network
- Jet Airliner Crash Data Evaluation Centre
- PlaneCrashInfo.com
- AirDisaster.com Accident Database Diarkibkan 2006-07-07 di Wayback Machine
Disarankan bahawa rencana ini digabungkan dengan Senarai kemalangan membabitkan penerbangan. (Perbincangan) |