Pergi ke kandungan

Svalbard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Svalbard (juga dikenali dengan nama Belandanya Spitsbergen, "pergunungan bergerigi" sebelum tahun 1925) ialah sebuah kepulauan milik Norway di Lautan Artik. Ia terletak kira-kira di antara tanah besar Norway dan Kutub Utara. Kepulauan ini terletak dalam lingkungan antara 74° dan 81° utara latitud, dan antara 10° dan 35° di timur longitud. Pulau terbesar dalam kelompok pulau tersebut ialah Spitsbergen, diikuti oleh Nordaustlandet dan Edgeøya.

Dari segi pentadbiran,kepulauan ini bukanlah sebahagian daripada daerah Norway tetapi membentuk sebuah wilayah tak berhubungan diketuai seorang gabenor lantikan pemerintah Norway. Sejak tahun 2002, petempatan utama di kepulauan tersebut iaitu Longyearbyen telah dipilih kerajaan tempatan yang dilantik, sepertimana yang ada di tanah besar Norway. Penempatan lain termasuk komuniti pelombong Barentsburg, stesen penyelidikan Ny-Ålesund, dan kota kara perlombongan Sveagruva. Ny-Ålesund adalah petempatan tetap orang awam paling utara di dunia. Penempatan lain yang lebih jauh ke utara juga wujud namun ia dihuni oleh kumpulan penyelidik secara bergilir-gilir.

Peta topografi Svalbard

Lokasinya yang terletak di utara Garisan Artik menyebabkan ia mengalami fenomena matahari tengah malam di musim panas dan malam kutub di musim sejuk. Di 74 darjah utara, matahari tengah malam berlangsung selama 99 hari dan malam kutub selama 84 hari, ketika masing-masing angka-angka pada 81° 141 dan 128 hari.[1]:96–97 Di Longyearbyen, matahari tengah malam berlangsung dari 20 April sehingga 23 Ogos, dan malam kutub berlangsung dari 26 Oktober sehingga 15 Februari pada tahun berikutnya.[2] Pada musim sejuk, bulan purnama dan salji yang memantul turut menambahkan kekuatan cahaya persekitaran.[1]

Ais glasier meliputi 36,502 km2 (14,094 bt2) atau 60% kawasan Svalbard di mana 30% daripadanya ialah batuan tandus manakala tumbuh-tumbuhan didapati pada 10% kawasan yang lain.[3]:3 Glasier yang terbesar do kepulauan tersebut adalah Austfonna (8,412 km2 atau 3,248 bt2) pada Nordaustlandet, diikuti oleh Tanah Olav V dan Vestfonna. Kawasan Kvitøya dilitupi 99.3% oleh air glasier.[1]:102–104

Terdapat tiga spesies mamilia utama yang mendiami kepulauan ini selain manusia iaitu rubah Artik, rusa kutub Svalbard dan tikus vol selatan (Microtus levis) yang diperkenalkan secara tidak sengaja hanya di Grumant.[4] Terdapat percubaan untuk memperkenalkan kelinci Artik dan muskox (Ovibos moschatus) namun gagal membuahkan hasil.[3]:33Terdapat kira-kira 15 hingga 20 jenis mamalia laut, termasuk ikan paus, lumba-lumba, anjing laut, walrus, dan beruang kutub.

  1. ^ a b c Torkildsen, Torbjørn; dll. (1984). Svalbard: vårt nordligste Norge (dalam bahasa Norwegian). Oslo: Forlaget Det Beste. ISBN 82-7010-167-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Svalbard" (dalam bahasa Inggeris). Institut Kutub Norway. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2012. Dicapai pada 24 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Umbreit, Andreas (2005). Guide to Spitsbergen. Bucks: Bradt. ISBN 1-84162-092-0.
  4. ^ "Protected Areas in Svalbard" (dalam bahasa Norway). Norwegian Directorate for Nature Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 24 Mac 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)