Douglas DC-6
Douglas DC-6 | |
---|---|
Douglas DC-6B of Swiss airline Balair in 1976 | |
Peranan | Airliner/transport aircraft |
Pengeluar | Douglas Aircraft Company |
Penerbangan pertama | 15 February 1946 |
Diperkenalkan | March 1947 |
Status | 49 fully active |
Syarikat penerbangan utama | United States Air Force United States Navy |
Dikeluarkan | 1946-1959 |
Jumlah dibina | >700 |
Dibangunkan dari | Douglas DC-4 |
Variasi | Douglas DC-7 |
Douglas DC-6 adalah pesawat udara yang dibina oleh Douglas Aircraft Company dari tahun 1946 hinggalah tahun 1959. Pada mulanya, ia dibina untuk tujuan ketenteraan, tetapi selepas Perang Dunia II, ia diubah suai untuk bersaing dengan Lockheed Constellation bagi penerbangan berjulat jauh. Sebanyak 700 unit DC-6 telah dibina dan hari ini, ia digunakan untuk pengangkutan kargo, tentera dan pengawasan haiwan lair.
Versi ketenteraan DC-6 dikenali sebagai C-118 Liftmaster dan digunakan dalam servis Tentera Udara Amerika Syarikat manakala siri R6Ddigunakan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tentera Udara Amerika Syarikat ketika zaman peperangan menempah 'YC112', sebuah projek DC-6. Tentera Amerika ketika inginkan sebuah pesawat yang seperti C-54 tetapi dengan teknologi enjin yang lebih baik. Sebaik saja YC112 memulakan khidmatnya, perang pun tamat.
Douglas kemudiannya menukar protaip ini untuk digunakan dalam kegunaan komersil. Walau bagaimanapun, beberapa siri kecelakaan berlaku disebabkan oleh masalah saluran minyak menyebabkan kesemua DC-6 terpaksa diberhentikan operasinya buat sementara waktu.
Pan Am menggunakan DC-6 untuk penerbangan pertamanya merentasi lautan Atlantik pada tahun 1952
Variasi
[sunting | sunting sumber]Douglas mereka 3 variasi utama DC-6 iaitu DC-6A untuk pengangkutan kargo, DC-6B untuk menerbangkan penumpang dan DC-6C yang boleh diubah menjadi kargo dan penumpang.
Kebanyakan DC-6 kemudiannya diganti dengan DC-7 manakala yang selebihnya diganti dengan 707 dan DC-8
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Douglas DC-6. |