Yeti Airlines
Fail:Logo size=200 | |||||||
| |||||||
Ditubuhkan | 1998 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu | ||||||
Bandar tumpuan | Biratnagar Pokhara Bhairahawa Nepalganj Bhadrapur | ||||||
Program kesetiaan | Yeti Airlines SKY-Club | ||||||
Subsidiari | Tara Air | ||||||
Pesawat | 8 | ||||||
Destinasi | 10 | ||||||
Ibu pejabat | Kathmandu, Nepal | ||||||
Orang penting | Lhakpa Sonam Sherpa | ||||||
Laman web | www |
Yeti Airlines Domestic Pvt. Ltd. adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Kathmandu, Nepal. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada Mei 1998 dan menerima Sijil Pengendali Udara pada 17 Ogos 1998. Yeti Airlines adalah syarikat induk Tara Air. Kedua-dua syarikat penerbangan ini membentuk pengendali penerbangan domestik terbesar di Nepal. Yeti Airlines mengendalikan lapan pesawat dan menawarkan penerbangan domestik ke sepuluh destinasi.
Yeti Airlines telah memperoleh dua ATR 72-500 pada tahun 2017. Yeti Airlines juga adalah pengendali kedua pesawat ini di negara Nepal selepas Buddha Air.
Destinasi
[sunting | sunting sumber]Yeti Airlines menawarkan penerbangan berjadual ke destinasi berikut (sehingga Disember 2012):[1]
Destination | Airport | Nota |
---|---|---|
Kathmandu | Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan | Hab |
Bhadrapur | Lapangan Terbang Bhadrapur | |
Bhairahawa | Lapangan Terbang Gautam Buddha | |
Bhadrapur | Lapangan Terbang Bharatpur | |
Biratnagar | Lapangan Terbang Biratnagar | |
Janakpur | Lapangan Terbang Janakpur | |
Nepalganj | Lapangan Terbang Nepalganj | |
Pokhara | Lapangan Terbang Pokhara | |
Tumlingtar | Lapangan Terbang Tumlingtar |
Yeti Airlines mengendalikan penerbangan pegunungan Everest Express selama satu jam setiap hari dari Kathmandu ke rentang Everest oleh BAe Jetstream 41 & ATR 72-500. Kebanyakan destinasi gunung terpencil Nepal kini disambungkan oleh pesawat STOL dari Tara Air.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Scheduled flights". Yeti Airlines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-10. Dicapai pada 6 June 2010.
- ^ "Tara Air – Biggest Airline in Nepalese Mountains - Helping Develop the Rural Nepal". Dicapai pada 9 May 2015.