ATR 72
Penampilan
ATR 72 ialah pesawat turboprop komersil yang dibina oleh ATR. Pesawat ini mampu menerbangkan 74 penumpang dan dua anak kapal.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]ATR 72 dibina berdasarkan ATR 42 tetapi fuislajnya lebih panjang dan sayapnya diubahsuai. Pengumuman model ini dibuat ketika berlangsungnya "Pertunjukkan Udara Paris 1985" dan penerbangan perdana ATR 72 adalah pada 27 Oktober 1988. Setahun selepas itu, pada 27 Oktober 1989, Kar Air dari Finland menjadi penerbangan pertama membuat tempahan.
Kelainan
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga jenis kelainan ATR 72 iaitu:
- AT 72-200, model versi asal
- ATR 72-210, enjinnya diubah suai
- ATR 72-500, pada mulanya dinamakan ATR 72-210A, mempunyai beban yang lebih tinggi dan prestasi operasi di padang terbang yang lebih baik.
- ATR 72-600,versi terbaru dengan sistem avionik yang lebih canggih.
Tentuan am
[sunting | sunting sumber]- Muatan penumpang: 2 orang anak kapal dan 74 orang penumpang
- Muatan kargo/bagasi: 10.6 m³ (375 kaki³)
- Kelajuan maksimum: 275 knot (509 km sejam)
- Julat: 910 batu nautika (1,685 km)
- Rentang sayap: 27.1 m (88 kaki 9 in)
- Panjang: 27.2 m (89 kaki 2 in)
- Tinggi: 7.7 m (25 kaki 2 in)