Rampasan Air France 1976
Operasi Entebbe | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel | |||||||
Komando Israel dari Sayeret Matkal selepas operasi itu | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Israel |
PFLP Jerman Revolutionäre Zellen UgandaUganda | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Yonatan Netanyahu† |
Wadie Haddad Wilfried Böse Idi Amin | ||||||
Kekuatan | |||||||
29 Komando | Tidak Diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Terbunuh Yonatan Netanyahu Tiga tebusan Cedera Lima komando |
Terbunuh 6 perampas 45 askar Uganda |
Operasi Entebbe, juga dikenali sebagai Peristiwa Entebbe dan kadangkala disebut sebagai Serangan Entebbe, merupakan satu misi menyelamat yang dilakukan oleh Sayeret Matkal (pasukan khas elit Israel) untuk membebaskan para tebusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda. Ia berlaku pada malam 3 Julai dan awal pagi 4 Julai, 1976. Ia telah dirancang secara rahsia dan dilakukan menentang kerajaan Uganda, yang mana ketuanya Idi Amin menyokong perampasan tersebut. Dalam kejadian ini, seorang askar Israel, 45 askar Uganda, enam perampas dan tiga tebusan telah terbunuh, manakala 100 orang tebusan telah berjaya dibebaskan.
Operasi ini dikenali juga sebagai Operasi Thunderbolt (atau Operasi Thunderball) oleh perancang ketenteraan Israel yang mana telah merancang dan melaksanakan operasi ini. Ia juga dinamakan semula sebagai Operasi Yonatan sebagai memperingati komander serangan berkenaan, Kolonel Yonatan "Yoni" Netanyahu, satu-satunya askar Israel yang terbunuh dalam serangan ini dan merupakan abang kepada Benjamin Netanyahu, yang kemudiannya telah menjadi Perdana Menteri Israel.
Rampasan
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Jun, 1976, pesawat Airbus A300 Penerbangan 139 Air France yang membawa 248 penumpang dan 12 anak kapal, yang bermula dari Tel Aviv, telah singgah di Athens sebelum menuju ke Paris. Selepas 12:30 p.m., penerbangan itu telah dirampas oleh dua orang Palestin daripada Barisan Popular Pembebasan Palestin - Operasi Luar (PFLP-EO) dan dua orang Jerman daripada "Revolutionary Cells (RZ)", (Wilfried Böse dan Brigitte Kuhlmann) telah mengetuai penerbangan tersebut, mengalihkannya ke Benghazi, Libya. Dari situ, ia telah bertahan selama tujuh jam untuk mengisi semula minyak, semasa itu seorang perempuan yang berpura-pura mengandung telah dibebaskan.[1] Kapal terbang berkenaan telah berlepas dari Benghazi dan pada 3:15 ia sampai di Lapangan Terbang Entebbe (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe) di Uganda.
Di Entebbe, empat orang penculik itu telah diiringi oleh tiga orang gerila tambahan, yang disokong oleh pasukan pro-Palestin Presiden Uganda, Idi Amin. Perampas-perampas itu diketuai oleh Böse (dan bukannya, seperti yang biasanya dilaporkan, oleh Ilich Ramírez Sánchez a.k.a. Carlos the Jackal). Mereka menuntut pembebasan 40 orang Palestin yang ditahan di Israel dan 13 orang tahanan lain yang dipenjarakan di Kenya, Perancis, Switzerland dan Jerman – dan jika tuntutan-tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mengugut untuk mula membunuh tawanan-tawanan itu pada 1 Julai, 1976.
Perampas-perampas itu menahan penumpang-penumpang sebagai tebusan di dewan transit Lapangan Terbang Entebbe (sekarang adalah terminal lama), dan melepaskan sebilangan besar tebusan, menahan hanya orang-orang Israel dan Yahudi, yang mana mereka mengugut untuk membunuh sekiranya Israel tidak memenuhi tuntutan mereka.
Sebaik pengumuman oleh perampas-perampas bahawa krew pesawat dan para penumpang bukan Israel/Yahudi akan dibebaskan dan akan diletakkan di dalam pesawat Air France yang lain yang telah diterbangkan ke Entebbe bagi tujuan tersebut, Kapten Penerbangan 139 Michel Bacos memberitahu para perampas bahawa semua penumpang termasuk seorang lagi yang masih ada, adalah di bawah tanggungjawabnya dan beliau tidak akan meninggalkan mereka. Seluruh krew Bacos menurutinya. Seorang biarawati Kristian warga Perancis turut enggan dan menuntut agar seorang tawanan menggantikan tempatnya, namun beliau dipaksa menaiki kapal terbang Air France yang disediakan oleh askar Uganda.[2] Kesemua 83 tebusan warga Israel/Yahudi dan 20 yang lain yang hampir kesemuanya ialah krew kapal Air France masih dalam tawanan.
Serangan
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Julai tempoh akhir yang ditetapkan, kerajaan Israel telah menawarkan rundingan bagi melanjutkan lagi tempoh akhir kepada 4 Julai. Pada 3 Julai, Kabinet Israel meluluskan misi penyelamatan, Operasi Entebbe, dibawah pimpinan Brigadier Jeneral Dan Shomron. Selapas beberapa hari mengumpulkan perisik dan membuat rancangan oleh timbalan Netanyahu iaitu Moshe "Muki" Betser, 4 pesawat pengangkut C-130 Hercules milik Tentera Udara Israel terbang secara rahsia ke Lapangan Terbang Entebbe , dilindungi oleh kegelapan malam , dan tanpa bantuan kawalan darat. Mereka dituruti oleh sebuat jet tentera udara yang membawa kelengkapan perubatan. Pasukan ini kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi, Kenya.
Serangan ke atas lapangan terbang Entebbe, di mana tebusan ditempatkan , dilakukan oleh sekumpulan 29 orang tentera Pasukan Pertahanan Israel [3] dan anggota elit Sayeret Matkal, sebuah komando unit gerakan khas.
Tentera Israel telah mendarat di Entebbe sejam sebelum tengah malam, dengan pintu penyimpanan kargo sedia terbuka. Sebuah kereta Mercedes berwarna hitam dan disertai oleh beberapa buah Land Rover telah dibawa bersama untuk memberikan tanggapan bahawa askar Israel yang memandu daripada kapal terbang yang telah mendarat di banggunan terminal merupakan pengiring untuk Idi Amin atau pegawai peringkat atasan. Kereta Mercedes tersebut telah dipinjam dari seorang rakyat Israel dan dicat menggunakan semburan agar kelihatan hitam untuk kegunaan serangan, dengan persefahaman bahawa ia akan dipulangkan kepada pemiliknya dalam keadaan warna asal.
Mecedes dan kenderaan pengiring dipandu laju oleh anggota tentera Israel menyerbu terminal lapangan terbang dengan cara sama yang dilakukan oleh Amin. Akan tetapi , semasa dalam perjalanan, dua orang pengawal Uganda yang mengetahui bahawa Idi Amin baru membeli sebuah Mercedes putih untuk menggantikan Mercedes hitam miliknya dahulu, telah mengarahkan agar kenderaan tersebut berhenti . Kedua-dua pengawal tersebut telah ditembak mati oleh komando Israel. Bimbang bakal mencetuskan kewaspadaan terhadap pihak penculik , pasukan serangan Israel bergegas masuk untuk menjalankan serangan.
Para tebusan berada dewan utama banggunan lapangan terbang, betul-betul bersebelahan ruang legar. Askar Israel meloncat dari kenderaan mereka dan terus menyerbu masuk terminal sambil menjerit, "Baring!Baring!" dalam bahasa Hebrew dan Inggeris. Seorang pemuda Perancis berbangsa Yahudi berumur 19 tahun Jean-Jacques Maimoni (yang memilih untuk memperkenalkan dirinya sebagai seorang Yahudi Israel walaupun dia memiliki pasport Perancis), kemudian bangun, namun dia telah dibunuh oleh komando Israel yang tersalah anggap bahawa dia merupakan penculik. Tebusan yang lain, Pasko Cohen, seorang pengurus dana insuran perubatan yang berusia 52 tahun, turut cedera dan mati disebabkan tembakan samada dari penculik atau komando Israel. Tebusan ketiga beruisa 56 tahun, seorang Yahudi Rusia, Ida Borochovitch yang telah berpindah ke Israel ,turut terbunuh dalam pertempuran antara penculik dan komando Israel. [4] Pada satu ketika, seorang komando Israel melaung dalam bahasa Hebrew. "Di mana yang lain?" Dia ketika itu merujuk kepada penculik. Para tebusan menunjukkan ke arah pintu yang menghubungkan dengan dewan utama lapangan terbang. Tentera Israel kemudian melontarkan beberapa butir bom tangan. Mereka kemudian memasuki dewan tersebut dan menembak mati baki 3 orang penculik, sekaligus menyudahkan serangan mereka.
Dalam pada itu , tiga buah C-130 Hercules telah mendarat dan menurunkan beberapa buah kereta perisai, yang akan digunakan untuk mempertahankan pesawat semasa untuk mengisi minyak yang dijangka akan mengambil masa selama sejam. Ia juga akan digunakan bagi memusnahkan pesawat pejuang Uganda yang berada di darat bagi mengelakkan ia digunakan untuk mengejar askar Israel selepas daripada berlepas dari Lapangan terbang Entebbe dan untuk mengumpulkan perisik.
Selepas dari serangan , pasukan serangan Israel kembali ke pesawat C-130 dan mula memindahkan tebusan ke dalam pesawat. Tentera Uganda melepaskan tembakan kepada mereka semasa proses pemindahan dijalankan. Tanpa mengalami kecederaan dari pihak sendiri komando Israel membalas tembakan, menyudahkan pemindahan dan berlepas dari Lapangan Terbang Entebbe.
Keseluruhan serangan mengambil masa kurang dari 30 minit dan seluruh 6 penculik telah dibunuh. Yonatan Netanyahu merupakan satu-satunya komando Israel mati semasa operasi. Dia terbunuh berdekatan dengan pintu masuk lapangan terbang disebabkan oleh tembakan daripada seorang penembak tepat Uganda yang berada di menara kawalan berdekatan. Sekurang-kurangnya lima lagi komando Israel mengalami kecederaan. Dari 103 orang tebusan hanya tiga orang yang terbunuh dan lebih kurang 10 yang lain tercedera. Sejumlah 45 tentera Uganda terbunuh semasa serbuan dan lebih kurang 11 buah MiG-17 Tentera Udara Uganda yang berada di darat dimusnahkan di Lapangan Terbang Entebbe. Tebusan yang terselamat diterbangkan tidak lama kemudian melalui Nairobi ke Israel.
Dora Bloch, seorang tebusan berusia 75 tahun yang sedang pulih dari episod menakutkan, mati di hospital Mulago di Kampala selepas serbuan Israel. Pada April 1987, Henry Kyemba, yang merupakan Jeneral Pendakwaraya dan Menteri Keadilan Uganda pada masa itu memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Uganda bahawa Dora Bloch telah ditarik dari katil hospitalnya dan dibunuh oleh dua orang pegawai tentera, di atas arahan Amin. Jasad Bloch ditemui berdekatan dengan kawasan penanaman gula 32 km (20 batu) ke arah timur Kampala pada 1979, selepas perang Uganda-Tanzania yang membawa kepada tamatnya pemerintahan Amin.
Dokumen nyah rahsia Britain
[sunting | sunting sumber]Dokumen kerajaan UK yang dibebaskan pada tahun 2007 mengandungi dakwaan orang hubungan diplomat Britain yang tidak bernama menyebut unsur-unsur yang ditanam di dalam Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin oleh Shin Bet Israel telah membantu merancang operasi bagi menjatuhkan kedudukan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Perancis dan pemulihan hubungan baiknya dengan A.S. Dokumen ini telah ditulis oleh DH Colvin dari kedutaan Paris pada 30 Jun, 1976, walaupun krisis ini masih sedang berlangsung.[5]
Satu lagi dokumen yang dibebaskan membincangkan keseganan Britain bagi mengucapkan tahniah kepada Israel berdasarkan persoalan pengesahan operasi, yang mana menjadi kontigen ke atas pakatan sulit Uganda, dan juga oleh kerana kritikan orang ramai. Satu daripada dokumen draf mengutarakan persoalan pengesahan, memutuskan bahawa kerajaan Amin telah memudahkan para perampas untuk beroperasi.[5]
Analisis
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Jun 2007) |
Salah satu sebab mengapa serbuan dapat dapat dirancang dengan jayanya kerana banggunan di mana tebusan ditahan dibina oleh firma senibina milik rakyat Israel.Firma-firma Israel kerap terlibat dengan projek pembinaan di Afrika ketika 1960-an dan 1970-an. Firma yang membina terminal lapangan terbang tersebut masih menyimpan cetakan biru, dan telah membekalkannya kepada kerajaan Israel.Namun, yang lebih penting adalah Mossad (Badan Perisikan Israel) telah melakar gambaran yang tepat mengenai tempat tebusan ditahan, bilangan penculik dan penglibatan tentera Uganda melalui maklumat yang diperolehi dari tebusan yang dibebaskan di Paris.
Ketika merancang operasi ketenteraan, tentera Israel telah mereka replika sebahagian dari bangunan lapangan terbang dibantu oleh beberapa rakyat Israel yang telah membantu pembinaan terminal lapangan terbang. Telah diakui oleh penyelidik bahawa selepas tiba di kem tentera untuk memulakan kerja rekaan replika bangunan (sebelumnya mereka tidak mengetahui apa yang mereka perlu lakukan), para kontraktor Israel telah dijemput untuk makan malam bersama dengan komander kem tersebut. Ketika makan malam, mereka dimaklumkan bahawa apabila selesai pembinaan replika, untuk kepentingan keselamatan negara, mereka akan ditahan sebagai tetamu kepada tentera dalam beberapa hari. Ketika ini, operasi pada tahap keselamatan yang tinggi dikekalkan.
Berdasarkan temuramah Associated Press pada 4 Julai, 2006, dengan penganjur serbuan Mookie Betzer, pegawai operasi Mossad secara meluas menemuramah tebusan yang dilepaskan. Dan hasilnya, terdapat sumber maklumat merupakan penumpang, Yahudi Perancis yang telah dilepaskan secara silap bersama dengan tebusan bukan Yahudi. Betzer melaporkan bahawa lelaki tersebut pernah menjalani latihan ketenteraan dan mempunyai daya ingatan luar biasa, membenarkan beliau memberi maklumat mengenai bilangan dan senjata penculik, bersama dengan maklumat-maklumat penting yang lain.
Pada minggu sebelum serbuan, Israel telah mencuba beberapa pendekatan politik untuk membebaskan tebusan-tebusan tersebut. Banyak sumber menunjukkan bahawa kabinet Israel telah bersedia untuk membebaskan penduduk Palestin dari tahanan sekiranya pendekatan ketenteraan menemui kegagalan. Seorang pegawai tentera dari Pasukan Pertahanan Israel, Baruch 'Burka' Bar-Lev, telah beberapa tahun mengenali Idi Amin dan dikira mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengannya. Atas permintaan kabinet beliau telah bercakap dengan Amin banyak kali melalui telefon, mencuba untuk mendapatkan kebebasan untuk para tebusan tapi tidak berjaya.
Selepas Kejadian
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Uganda kemudian memohon persidangan Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan kutukan rasmi ke atas serangan Israel, atas alasan mencabul kedaulatan Uganda. Majlis Keselamatan menolak bagi meluluskan sebarang resolusi berkenaan perkara ini. Dalam kenyataan kepada Majlis Keselamatan, duta Israel Chaim Herzog berkata:
Kami datang dengan pesanan yang jelas kepada Majlis: kami bangga atas apa yang telah kami lakukan kerana kami telah menunjukkan kepada dunia bahawa sebuah negara yang kecil, dalam keadaan-keadaan di Israel, dengan yang mana ahli-ahli Majlis ini sekarang sudah biasa, maruah seorang lelaki, nyawa manusia dan kebebasan manusia merupakan nilai tertinggi. Kami bangga bukan sahaja kerana kami menyelamatkan lebih dari seratus orang yang tidak berdosa — lelaki, wanita dan kanak-kanak — tetapi kerana kepentingan tindakan kami untuk kebebasan manusia. [6]
Oleh kerana enggan berlepas walaupun telah diarahkan oleh para perampas, Kapten Bacos telah ditegur secara rasmi oleh para pegawai atasanya di Air France dan digantung dari tugas untuk satu tempoh. [1] Kepopularan Perdana Menteri Yitzhak Rabin meloncak di Israel kerana meluluskan misi penyelamatan yang berjaya.
Pengkisahan dalam drama TV dan filem
[sunting | sunting sumber]Kejadian ini menjadi tajuk bagi beberapa filem, dua darinya dikeluarkan oleh A.S dengan dibintangi oleh pelakon Amerika/Britain; filem ketiga dikeluarkan di Israel dengan kebanyakkan pelakon Israel memegang peranan utama. Perampasan Penerbangan AF139 Air France dan misi penyelamatan yang dilakukan juga dipaparkan dalam dokumentari Operasi Thunderbolt: Entebbe.
- Victory at Entebbe (1976) - arahan Marvin J. Chomsky dan dibintangi oleh Anthony Hopkins, Burt Lancaster, Elizabeth Taylor dan Richard Dreyfuss
- Raid on Entebbe (1977) - arahan Irvin Kershner dan dibintangi oleh Peter Finch, Horst Buchholz, Charles Bronson, Yaphet Kotto, dan James Woods
- Mivtsa Yonatan(Operasi Thunderbolt, 1977) - arahan Menahem Golan dan dibintagi oleh Yehoram Gaon, Sybil Danning dan Klaus Kinski
- Operation Thunderbolt: Entebbe (2000)
The Delta Force (1986) Kejadian ini juga dipaparkan dalam Rise and Fall of Idi Amin (1980) dan The Last King of Scotland (2006).
Notakaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mossad took photos, Entebbe Operation was on its way", Ynetnews, 2006
- ^ Lauren Gelfond Feldinger (2006-6-29). "Back to Entebbe". Jerusalem Post. Unknown parameter
|nota=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ "Recollections of Entebbe, 30 years on", BBC, 3 July 2006
- ^ "Entebbe's unsung hero", Ynetnews, 2006
- ^ a b Parkinson, Daniel (2007). "Israel hijack role 'was queried'". BBC. Dicapai pada June 1. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|month=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ (Chaim Herzog, Heroes of Israel, p. 284)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Hastings, Max. Yoni, Hero of Entebbe Bantam Doubleday Dell Publ., 1979. ISBN 0-385-27127-1
- Netanyahu, Iddo. Yoni's Last Battle: The Rescue at Entebbe, 1976, Gefen Books. ISBN 965-229-283-4
- Netanyahu, Iddo. Entebbe: A Defining Moment in the War on Terrorism: The Jonathan Netanyahu Story, New Leaf Press, 2003. ISBN 0-89221-553-4
- Netanyahu, Jonathan / Netanyahu, Benjamin / Netanyahu, Iddo. Self-Portrait of a Hero: From the Letters of Jonathan Netanyahu, 1963-1976, Warner Books, 1998. ISBN 0-446-67461-3
- Netanyahu, Jonathan. The Letters of Jonathan Netanyahu, Gefen Books, 2001. ISBN 965-229-267-2
- Stevenson, William . Ninety Minutes at Entebbe, Bantam Books, 1976. ISBN 0-553-10482-9
- Richler, Mordecai. Solomon Gursky Was Here, Penguin Books, 1989. Pg 539-541. ISBN 0-14-011608-7
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai kisis tebusan
- Operasi Opera
- Operasi Kaki Kayu, serangan Tentera Udara Israel ke atas Tunisia.
- Wadie Haddad
- Peta Filem Aspen
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Entebbe Diary Diarkibkan 2004-08-10 di Wayback Machine - the official, detailed account by the Israeli Defence Forces.
- isayeret.com - The Israeli Special Forces Database
- BBC Article and Videos - 4 July 1976: Israelis rescue Entebbe hostages (BBC)
- BBC: 30th anniversary of the raid on Entebbe
- Rencana yang mungkin mengandungi penyelidikan asli dari Jun 2007
- Kemalangan penerbangan pada 1976
- Pertempuran membabitkan Israel
- Operasi melibatkan pasukan khas
- Sejarah Uganda
- Idi Amin
- Kampala
- Kejadian keganasan pada tahun 1970-an
- Perampasan pesawat penumpang
- Operasi tentera semasa konflik Palestin-Israel
- Air France-KLM