Pergi ke kandungan

Lynyrd Skynyrd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lynyrd Skynyrd
Lynyrd Skynyrd pada tahun 1973
Latar belakang
Berasal dariJacksonville, Florida,
Amerika Syarikat
Genre
Tahun aktif
  • 1964 (1964)–1977 (1977)
  • 1979
  • 1987 (1987)–present (present)
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
lynyrdskynyrd.com
Ahli
Bekas ahliSee band members section and members list article

Lynyrd Skynyrd [ˌlɛnərd ˈskɪnərd,[2] lé-nĕrd ski-nĕrd] ialah sebuah kugiran muzik rock Southern dari Amerika Syarikat. Ia dibentuk di Jacksonville, Florida di bawah nama asal My Backyard pada tahun 1964 oleh Ronnie Van Zant (vokalis utama), Gary Rossington (gitar), Allen Collins (gitar), Larry Junstrom (gitar bes) and Bob Burns (dram).

Majalah Rolling Stone memasukkan kugiran ini dalam tempat no. 95 senarai "100 Artis Terhebat Sepanjang" (100 Greatest Artists of All Time) pada 2004[3][4] serta turut dimasukkan dalam The Rock and Roll Hall of Fame pada 2006.[5] Kugiran ini telah menjual sebanyak 28 juta salinan album di Amerika Syarikat.

Permulaan

[sunting | sunting sumber]

Ronnie Van Zant, Bob Burns dan Gary Rossington berkenalan musim panas tahun 1964 semasa bertanding dalam pasukan besbol masing-masing. Mereka mula bermain muzik bersama-sama pada suatu hari menemani Burns yang rehat akibat suatu kecederaan semasa bersukan - mereka memutuskan membentuk suatu kugiran dengan rasa puas hati dengan persembahan cover suatu lagu The Rolling Stones, hal ini turut disetujui Allen Collins dan Larry Junstrom yang menyertai mereka sekali.[6]

Mereka pada asalnya memberi nama My Backyard sebelum bertukar kepada The Noble Five[7] dan The One Percent.[7] Nama Leonard Skinnerd yang mengejek seorang guru pendidikan kesihatan Robert E. Lee High School dihadiri mereka bernama Leonard Skinner[8][9] akhirnya dipilih atas cadangan Burns[6] pada tahun 1969, lama kelamaan menjadi "Lynyrd Skynyrd" seawal 1970.

Tragedi 1977, hiatus

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 1977, kugiran ini menaiki suatu pesawat Convair CV-240 tempahan untuk terbang dari Greenville, South Carolina ke Baton Rouge, Louisiana untuk mengadakan konsert LSU pada malam keesokan harinya. Kapal dinaiki mereka kehabisan minyak sehingga memaksa suatu pendaratan kecemasan di suatu hutan 5 batu timur laut Gillsburg, Mississippi[10][11] namun gagal terhempas - Ronnie Van Zant, Steve Gaines dan kakaknya Cassie Gaines mati saat kemalangan sementara Collins, Rossington, Wilkeson, Powell, Pyle dan Hawkins, pengurus jelajah Ron Eckerman,[12] dan seberapa ahli kru lain kecederaan serius.

Allan membentuk Allen Collins Band pada tahun 1983.

Isteri Allen, Kathy Collins, meninggal dunia akibat komplikasi keguguran anak ketiga mereka pada tahun 1980; keadaan ini menyebabkan depresi yang kuat kepada Allan sehingga beliau ketagihan arak dan dadah sehingga mendorongnya kepada suatu kemalangan kereta pada 29 Januari 1986 yang melumpuhkannya lumpuh separuh badan.[13][14]

Gabungan semula (1987-1995)

[sunting | sunting sumber]

Kugiran ini bergabung semula pada 1987 dengan lima anggota utama yang masih hidup iaitu Gary Rossington, Billy Powell, Leon Wilkeson dan Artimus Pyle serta Ed King. Adik Ronnie Van Zant, Johnny, mengambil tempat sebagai penyanyi utama; Allan Collins walaupun lumpuh masih menjadi pengarah muzik sambil melantik rakan sekugiran Allen Collins Bandnya Randall Hall sebagai pengganti.

Sejak 1995

[sunting | sunting sumber]

Keanggotaan

[sunting | sunting sumber]
Ahli semasa
Ahli jelajah semasa
  • Dale Krantz-Rossington – vokal latar (1987–kini)
  • Carol Chase – vokal latar (1996–kini)

Garis masa

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Erlewine, Stephen Thomas. Artist Biography by Stephen Thomas Erlewine di AllMusic. Retrieved June 15, 2016.
  2. ^ Didasarkan tajuk album (Pronounced 'Lĕh-'nérd 'Skin-'nérd) yang menggunakan fonetik perkamusan bahasa Inggeris Amerika Syarikat
  3. ^ "The Immortals: The First Fifty".
  4. ^ "The Original Lynyrd Skynyrd Band".
  5. ^ "Rock and Roll Hall of Fame, Inductees by Year: 2006". Rockhall.com. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2018. Dicapai pada August 23, 2018.
  6. ^ a b If I Leave Here Tomorrow: A Film About Lynyrd Skynyrd, Passion Pictures, Directed by Stephen Kijak, 2018
  7. ^ a b "History Lessons". Lynyrd Skynyrd History site (Lynyrdskynyrdhistory.com). Dicapai pada 2015-04-04.
  8. ^ Soergel, Matt. "Honoring a namesake". Augusta Chronicle. Dicapai pada 2011-09-14.
  9. ^ Robert E. Lee High School history (archived). Dreamsbeginhere.org
  10. ^ "Accident Report, N55VM (10/20/77)". Aviation Safety Network. Dicapai pada 2011-09-14.
  11. ^ "Aircraft Accident Report L and J Company, Convair 240, N55, Gillsburg, Mississippi, October 20, 1977" (PDF). U.S. National Transportation Safety Board. libraryonline.erau.edu. June 19, 1978. Dicapai pada March 25, 2014.
  12. ^ Ron Eckerman Turn It Up!. Smashwords.com. Retrieved on 2012-12-15.
  13. ^ "Woman Killed, Rock Musician Injured In One-Car Accident". Associated Press. January 30, 1986. Dicapai pada December 10, 2017.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ult

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]