China Northwest Airlines Co., Ltd. (中国西北航空公司) adalah syarikat penerbangan yang berpusat di Republik Rakyat China, dengan ibu pejabatnya di Bandar Xian . [1] Ia mula beroperasi pada Tahun 1989. Pada Tahun 2002, syarikat penerbangan tersebut, bersama dengan Syarikat Penerbangan China Yunnan Airlines, bergabung dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines .
Ketika CAAC berpisah dengan enam syarikat penerbangan utama, China Northwest adalah satu diantara daripadanya. Syarikat penerbangan itu berpusat di Xian . Ia mengendalikan kebanyakan laluan domestik tetapi juga beberapa penerbangan antarabangsa ke Jepun . Selepas pemerolehan syarikat penerbangan itu dinamakan semula menjadi syarikat penerbangan China Eastern Xi Bei . [2]
Pada Tarikh 23 Julai 1993, Penerbangan 2119 terhempas ketika cuba berlepas di Lapangan Terbang Yinchuan Hedong, Ningxia, membunuh sebanyak 54 penumpang dan 1 anak kapal di dalamnya.
Pada Tarikh 6 Jun 1994, Penerbangan 2303 pecah dan terhempas ketika terbang di antara Xi'an dan Guangzhou, menewaskan semua 160 orang di dalamnya. Ini tetap menjadi kemalangan penerbangan paling mematikan yang berlaku di daratan China (Republik Rakyat China).