Jalan Negeri Kedah K905
Jalan Negeri Kedah K905 | |
---|---|
Jalan Permatang Pasir | |
Laluan K905 dilabelkan dengan warna merah. | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu | |
Panjang | 2.70 km[1] (1.68 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Permatang Pasir |
![]() ![]() | |
Hujung selatan | Bandar Baharu |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Permatang Pasir (Laluan Negeri Kedah K905) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Permatang Pasir diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.70 kilometer (1.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Permatang Pasir di utara dengan Pekan Bandar Baharu di selatan.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Permatang Pasir ialah jalan raya tunggal.[4][5]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Permatang Pasir, di sempadan Pulau Pinang-Kedah, bertemu dengan Jalan Bandar Baharu-Sungai Kecil (Laluan Negeri Pulau Pinang P144) . Laluan ini akan membengkok ke barat daya selepas melepasi sempadan antara dua negeri dan akan ada persimpangan kecil menuju ke perkampungan Permatang Pasir. Ia akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat. Sebelum jalan raya tamat di Pekan Bandar Baharu, ia bersilang dengan Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil (Laluan Persekutuan 136). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya berhampiran dengan Sungai Kerian di Pekan Bandar Baharu dengan jalan mati.[3][4][5]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][5] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Permatang Pasir | 0.00 | ![]() | Penghujung utara | ||
0.30 | Kampung Permatang Pasir, SK Permatang Pasir | Simpang tiga | |||
Bandar Baharu | 2.00 | ![]() | Simpang tiga | ||
| Jalan Kolej Komuniti — Kolej Komuniti Bandar Baharu | Simpang tiga | |||
| Dataran Bandar Baharu, Pejabat JAPEN Bandar Baharu | Simpang tiga | |||
2.70 | Jalan mati berhampiran dengan Sungai Kerian, Bandar Baharu | Penghujung selatan | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc. /5.1305585,100.4935148/@5.1348726,100.4943616,3034m/data=!3m1!1e3!4m9!4m8!1m5!1m1!1s0x304ab166e21d6e6d:0x9dd792b2bd35ba74!2m2!1d100.5060089!2d5.1442356!1m0!3e0 "Peta Google — K905" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.