Jalan Negeri Kedah K662
Jalan Negeri Kedah K662 | |
---|---|
Jalan Gurun Jaya | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 1.49 km[1] (0.93 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Sungai Badak |
Jalan Batu Hampar Jalan Butterworth-Alor Setar | |
Hujung selatan | Gurun |
Lokasi | |
Destinasi utama | Taman Gurun Jaya |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Gurun Jaya (Laluan Negeri Kedah K662) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Gurun Jaya diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.49 kilometer (0.9 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Gurun Jaya adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Badak, di persimpangannya dengan Jalan Batu Hampar (Laluan Negeri K605). Ia akan menuju ke arah selatan melalui Taman Jerai Indah, Taman Gurun Indah, Taman Gurun Jaya dan Kompleks Perniagaan Gurun Jaya. Jalan raya ini akan membengkok ke timur di kira-kira kilometer 1.1 berdekatan dengan Kompleks Perniagaan Gurun Jaya. Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di Pekan Gurun, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Butterworth-Alor Setar, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.[4][5]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][5] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Badak | 0.00 | K605 — Alor Setar, Pekan Atap | Terminal utara | ||
Taman Gurun Jaya | 1.10 | Taman Gurun Jaya, Kompleks Pernigaan Gurun Jaya | Simpang tiga | ||
Gurun | 1.49 | FT1 — Butterworth, Tikam Batu | Terminal selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K662" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.
- Kategori berkenaan Jalan Negeri Kedah K662 di Wikimedia Commons