Jalan Negeri Kedah K902
Jalan Negeri Kedah K902 | |
---|---|
Jalan Sungai Tengas | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu | |
Panjang | 5.18 km[1] (3.22 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Sungai Batu |
K901 Jalan Sungai Batu K907 Jalan Terap–Kuala Dingin | |
Hujung selatan | Kampung Sungai Tengas |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Sungai Tengas (Laluan Negeri Kedah K902) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Sungai Tengas atau juga dikenali sebagai Jalan Sungai Batu-Sungai Buluh,[3] diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.18 kilometer (3.2 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Batu di utara dengan Kampung Sungai Tengas di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Tengas ialah jalan raya tunggal.[5][6]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Batu, di persimpangannya dengan Jalan Sungai Batu (Laluan Negeri K901). Laluan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan Sungai Batu dan Kampung Sungai Kasai. Kira-kira 2.7 kilometer (1.7 bt) dari penghujung utara, akan terdapat simpang kecil menuju ke Kampung Sungai Buluh. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Sungai Tengas, ia bersilang dengan Jalan Terap–Kuala Dingin (Laluan Negeri K907).[4][5][6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jalan Sungai Tengas telah menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya akibat penutupan Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil pada tahun 2017.[3]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Batu | 0.00 | K901 K901 — Mahang, Kulim, Sungai Karangan | Penghujung utara | ||
Kampung Sungai Buluh | 0.90 | Lorong Bersatu — Kampung Sungai Buluh | Simpang tiga | ||
Kampung Sungai Tengas | 5.18 | K907 K907 — Bandar Baharu, Serdang, Kampung Terap | Penghujung selatan | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b @JKRMalaysia (30 November 2017). "Makluman Penutupan Sementara Jambatan Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah (FT136 Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil Seksyen 42.43) pada 4 Disember 2017, Isnin (Jam 12:00 Tengah Malam) hingga 12 Disember 2017, Selasa (Jam 12:00 Tengah Malam)" (Twit). Dicapai pada 23 Februari 2022 – melalui Twitter.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K902" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.