Pergi ke kandungan

Jalan Negeri Kedah K565

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K565
Jalan Batu Lapan–Charok Kit
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sik
Panjang4.70 km[1] (2.92 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Batu Lapan
Persimpangan utama Jalan Gurun–Kepala Batas
K564 Jalan Peranginan Sik
Hujung selatanKampung Charok Kit
Lokasi
Destinasi
utama
Hospital Sik
Kampung Charok Kamuning
Kampung Sena
Kampung Tanjung
Kampung Kuala
Kampung Charok Kudong
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Batu Lapan–Charok Kit (Laluan Negeri Kedah K565) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Batu Lapan–Charok Kit diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Sik dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.70 kilometer (2.9 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Batu Lapan–Charok Kit adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4] Permulaan jajaran Jalan Batu Lapan–Charok Kit terletak di Kampung Batu 8, di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas, Laluan Persekutuan 175 dan akan menuju ke utara. Selepas itu, akan terdapat simpang untuk ke Hospital Sik. Jalan Batu Lapan–Charok Kit akan membengkok ke arah barat ketika di Kampung Charuk Kemuning. Selepas itu, jalan raya akan menuju ke utara semula, melalui Kampung Sena, Kampung Tanjung, Kampung Kuala serta Kampung Charok Kudong. Jajaran jalan raya akan tamat di simpang Jalan Peranginan Sik yang berada di kampung Charok Kit.[4][5]

Persimpangan utama

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Kampung Batu Lapan0.00 FT175Jeniang, GurunPenghujung barat
0.15Hospital Daerah Sik
0.20Jalan Pelangi Jaya – Perumahan Taman Pelangi Jaya
Kampung Sena1.55 K576Kampung Sena, SK Sik
Kampung Tanjung2.00 K575 — Kampung Tanjung, Pejabat Pos Sik, Bangunan kerajaan
Kampung Kuala2.80 K574Kampung Kuala
Kampung Charok Kit4.70K564 K564 — Peranginan Rimba Taqwa, Kuala Nerang, WengPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi
  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (1 Januari 2017). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 1- Jalan Negeri di Daerah Sik" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K565" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]