Pergi ke kandungan

Jalan Negeri Kedah K644

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K644
Jalan Kampung Bukit Berangan
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang1.10 km[1][2] (0.68 mi)
Simpang utama
Hujung timur lautKampung Bukit Berangan
Persimpangan utamaK643 Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah
Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka
Hujung barat dayaKampung Bukit Meriam
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Bukit Berangan (Laluan Negeri Kedah K644) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[3][2]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Bukit Berangan diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.1 kilometer (0.7 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Bukit Berangan adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan jajaran Jalan Kampung Bukit Berangan berada di Kampung Bukit Berangan bersimpang dengan Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah (Laluan Negeri K643) dan akan menuju ke barat daya melalui kawasan penanaman sawah padi di selatan dan kawasan Bukit Meriam di utara. Di sepanjang jalan raya, tidak ada persilangan jalan raya utama dan akan berakhir di simpang Jalan Tikam Batu-Pantai Merdeka (Laluan Negeri K14) dalam kawasan perkampungan Kampung Bukit Meriam.[4][5]

Senarai simpang

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

km[4] bt Lokasi Destinasi Catatan
0.00 0.00 Kampung Bukit Berangan K643 K643Kota Kuala Muda, Sungai Emas Persimpangan
1.10 0.68 Kampung Bukit Meriam K14Pantai Merdeka, Kampung Sintok Bugis Persimpangan
  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  3. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ Google Inc. "Peta Google — K644" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]