Jalan Negeri Kedah K614
Jalan Negeri Kedah K614 | |
---|---|
Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Kuala Muda | |
Panjang | 5.30 km (3.29 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Batu 36 |
Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus K694 Jalan Tepi Sungai Muda | |
Hujung selatan | Kampung Perak |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kampung Kuala Sin Kampung Kuala Chepir Kampung Jerai Kampung Lubok Batu |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau (Laluan Negeri Kedah K614) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[1][2]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau disenggerakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[3] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.3 kilometer (3.3 bt).[4] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau adalah jalan raya tunggal.[5]
Permulaan jajaran Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau (K614) berada di Kampung Batu 38, bersimpang dengan Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus, Laluan Negeri K17 dan akan bergerak ke timur melalui kawasan perkampungan Kampung Lubok Batu. Seterusnya, kira-kira dalam 1 kilometer (0.6 bt) jalan raya akan kearah selatan dan keadaan jalan raya akan berliku di sepanjang Kampung Jerai hingga ke Kampung Kuala Sin.[5] Di kilometer 1.8, pengguna akan berada di Kampung Jerai manakala Kampung Kuala Chepir terletak di kilometer 2.5. Selepas itu, laluan akan diterusnya ke arah barat menuju ke Kampung Kuala Sin. Kira-kira di kilometer 3.8, terdapat persimpangan baharu iaitu, Jalan Tepi Sungai Muda (Laluan Negeri K694), laluan alternatif ke FELDA Teloi dan Kampung Kuala Lesong di Daerah Baling.[6] Jalan Kuala Sin-Bukit Selambau akan menuju ke arah barat dan akan berakhir di jalan raya yang sama iaitu, Jalan Kuala Ketil-Kuala Nerus berhampiran dengan Kampung Perak.[5]
Senarai simpang
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.
Daerah | km[5] | Lokasi/nama simpang | Destinasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
Daerah Kuala Muda | 0 | Batu 36 | Sik, Jeniang, Gajah Putih | Persimpangan |
1 | Kampung Lubok Batu | |||
1.8 | Kampung Jerai | |||
2.5 | Kampung Kuala Chepir | |||
3 | Kampung Kuala Sin | |||
3.8 | Jalan Tepi Sungai Muda | K694 Kuala Sungkup, Bukit Selambau | Persimpangan | |
5.3 | Kampung Perak | Bukit Selambau, Kuala Ketil | Persimpangan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ JKR Kuala Muda. "Jalan Raya Negeri di Daerah Kuala Muda". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-20. Dicapai pada 2022-01-27.
- ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda-Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ JKR Malaysia (2021-02-19). "Majlis Penyerahan Projek Jalan Tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin, Daerah Kuala Muda Kedah". Facebook. Dicapai pada 2022-01-27.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.