Jalan Negeri Kedah K670
Jalan Negeri Kedah K670 | |
---|---|
Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda | |
![]() | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 4.30 km[1] (2.67 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Kuala Sungai Muda |
![]() ![]() | |
Hujung timur | Kota Kuala Muda |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda (Laluan Negeri Kedah K670) ialah jalan negeri yang terletak di selatan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K670 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.30 kilometer (2.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Kuala Sungai Muda di barat dengan Pekan Kota Kuala Muda di timur dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Permatang Nyior, Kampung Permatang Kelompang, Kampung Haji Kudong, Kampung Sungai Deraka, Kampung Kepala Jalan dan Taman Permatang Katong (atau Taman Tsunami).[4][5]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]
Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda bermula di persimpangan dengan Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka, di Pekan Kota Kuala Muda; berhampiran dengan sebuah sekolah rendah bantuan kerajaan iaitu, Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Ia akan menuju ke barat untuk memasuki Kampung Permatang Nyior, melewati kawasan penanaman sawah padi. Di Kampung Permatang Kelompang, jalan raya ini akan membengkok ke selatan; kira-kira 1.3 kilometer (0.81 bt) dari penghujung timur, dan akan membengkok semula ke arah barat di Kampung Haji Kudong; berdekatan dengan Masjid As-Syakirin. Laluan ini akan bersilang dengan jalan perumahan Taman Permatang Katong (atau Taman Tsunami). Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda (K670) berakhir dengan persilangan dengan Jalan Kampung Tepi Sungai–Pulau Sayak (Laluan Negeri Kedah K642) berdekatan Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda dan Dataran Tsunami di Kampung Kuala Sungai Muda; selepas melepasi jambatan Sungai Kuala Muda.[4][5][6]
Secara keseluruhan, Laluan K670 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran tiga mukim di Daerah Kuala Muda iaitu, Mukim Kota, Mukim Haji Kudong, Mukim Kuala.[2] Disebabkan ia merupakan jalan raya di kawasan perkampungan, terdapat banyak simpang jalan kampung di sepanjang jalan raya ini.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum Jalan Kota Kuala Muda–Kuala Sungai Muda diwartakan sebagai Laluan Negeri Kedah K670, ia diwartakan sebagai Laluan Negeri Kedah K14.[4]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kota Kuala Muda | 0.00 | ![]() | Penghujung timur | ||
Kampung Permatang Nyior | 1.00 | Jalan Perhubungan Desa (JPD) — Kampung Permatang Kelompang | |||
Kampung Haji Kudong | 1.90 | Jalan Perhubungan Desa (JPD) — Kampung Haji Kudong | |||
2.70 | Jalan Perhubungan Desa (JPD) — Kampung Sungai Deraka | ||||
Kampung Kepala Jalan | 3.30 | Taman Permatang Katong (Taman Tsunami) | |||
Kampung Kuala Sungai Muda | 3.40 | ![]() | Penghujung barat | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b Google Inc (25 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K670" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
Kategori berkenaan Jalan Negeri Kedah K670 di Wikimedia Commons