Jalan Negeri Kedah K659
Jalan Negeri Kedah K659 | |
---|---|
Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar | |
![]() Laluan K659 dilabelkan dengan warna merah. | |
![]() | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 1.22 km[1] (0.75 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Sungai Layar |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Hujung timur | Sungai Petani |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kampung Penghulu Him |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar (Laluan Negeri Kedah K659) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]
Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.22 kilometer (0.8 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan laluan ini terletak di Pusat Bandar Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Butterworth-Alor Setar, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Beberapa meter hadapan, jalan raya ini akan bertemu dengan Jalan Semeling-Sungai Petani (Laluan Negeri K167) berdekatan pusat beli-belah SP Plaza dan Balai Polis Trafik Sungai Petani. Selepas itu, kira-kira 500 meter hadapan, ia akan bersilang dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Taman Bunga Raya (atau Jalan Pegawai; Laluan negeri K658). Jajaran diteruskan ke barat dan akan bersimpang dengan Jalan Bakar Kapor (Laluan Negeri K674) di Kampung Penghulu Him. Jalan raya ini akan membengkok ke sedikit utara di kira-kira kilometer 1 selepas melepasi persimpagan jalan K674. Jajaran jalan raya diteruskan hingga di penghujungnya di kawasan Sungai Layar, di mana ia akan bersilang dengan Jalan Sungai Layar (Laluan negeri K607).[4][5]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][5] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Sungai Petani | 0.00 | ![]() | Terminal timur | ||
Taman Jubli Perak | 0.10 | ![]() | Simpang empat | ||
0.50 | ![]() | Simpang tiga | |||
Kampung Penghulu Him | 0.90 | ![]() | Simpang tiga | ||
Kampung Sungai Layar | 1.22 | ![]() | Terminal barat | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K659" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.