Pergi ke kandungan

Jalan Negeri Kedah K634

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K634
Jalan Kampung Bendang Dalam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang3.79 km[1] (2.35 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Baru Merbok
Persimpangan utamaK150 Jalan Merbok–Batu Hampar
Jalan Ladang Sungai Batu
K656 Jalan Candi Pengkalan Bujang
Jalan Simpang Tiga Pasir–Sungai Gelam
K666 Jalan Pengkalan Bujang–Segantang Garam
Hujung selatanKampung Pengkalan Bujang
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Bendang Dalam
Kampung Permatang Nenas
Kampung Permatang Berah
Kampung Permatang Perlis
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Bendang Dalam (Laluan Negeri Kedah K634) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Bendang Dalam diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.79 kilometer (2.4 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Bendang Dalam adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Baru Merbok, di persimpangannya dengan Jalan Merbok–Batu Hampar (Laluan Negeri Kedah K150). Selepas itu, akan terdapat simpang tiga menuju ke Jalan Ladang Sungai Batu (Laluan Negeri Kedah K634). Laluan diteruskan ke selatan menuju ke Kampung Bendang Dalam melalui kawasan kelapa sawit. Di Kampung Permatang Nenas, akan terdapat sebuah jambatan menyeberangi Sungai Baru. Sebelum laluan tamat, akan terdapat simpang ke K656; destinasi utamanya ialah Candi Pengkalan Bujang. K634 akan berakhir di Kampung Pengkalan Bujang bersimpang dengan Jalan Simpang Tiga Pasir–Sungai Gelam (Laluan Negeri K636) dan Jalan Pengkalan Bujang–Segantang Garam (Laluan Negeri K666).[4][5]

Persimpangan utama

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasi km[4][5] bt Destinasi Catatan
Kampung Baru Merbok 0.00 0.00 K150 K150Kampung Batu Hampar, Merbok Terminal utara
0.20 0.12 K633 — Ladang Sungai Batu Simpang tiga
Kampung Pengkalan Bujang 3.35 2.08 K656 K656 — Candi Pengkalan Bujang, Kampung Sungai Gelam Simpang tiga
3.79 2.35 K636Kampung Simpang Tiga Pasir
K666 K666 — Kampung Segantang Garam
Terminal selatan
  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K634" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]