Jalan Negeri Kedah K623
Jalan Negeri Kedah K623 | |
---|---|
Jalan Kampung Ekor Lubuk | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 1.44 km[1] (0.89 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Ekor Lubuk |
![]() | |
Hujung timur | Kampung Lubok Saga |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kampung Ekor Lubuk (Laluan Negeri Kedah K624) ialah jalan negeri yang terletak di selatan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Kampung Ekor Lubuk diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.44 kilometer (0.9 bt),[1] menghubungkan Kampung Ekor Lubuk di barat dengan Kampung Lubok Saga di selatan.[4] Jenis jalan raya yang digunakan di bahagian Jalan Kampung Ekor Lubuk ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[5][6] Permulaan Jalan Kampung Ekor Lubuk terletak di kawasan kampung itu sendiri; bermula dengan jalan mati dan berhampiran dengan sebuah surau dan kawasan perkuburan. Laluan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan penanaman sawah padi. Di sepanjang jalan raya, tidak ada persilangan utama. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Lubok Saga, ia akan bersilang dengan Jalan Padang Buluh–Sidam Kiri (Laluan Negeri Kedah K618) berdekatan dengan sebuah sekolah kerajaan iaitu, Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri.[4][5][6]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Ekor Lubuk | 0.00 | Penghujung barat | |||
Kampung Lubok Saga | 1.44 | ![]() | Penghujung timur | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 4 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 28 Februari 2022 – melalui Twitter.
- ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b c Google Inc (25 Januari 2022). "K624" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.