Jalan Negeri Kedah K165
Jalan Negeri Kedah K165 | |
---|---|
Jalan Rekreasi Tupah | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 2.70 km[1] (1.68 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Taman Eko Rimba Tupah |
Hujung selatan | K1 di Kampung Tupah |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K165 (Jalan Rekreasi Tupah atau Jalan Loji Air Tupah) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K165 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.70 kilometer (1.7 bt),[1] menghubungkan Taman Eko Rimba Tupah di utara dengan Kampung Tupah di selatan dengan melalui kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Jerai.[3][4]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Dari penghujung selatan di Kampung Tupah/Ladang Tupah, Jalan Negeri Kedah K165 bermula di persimpangannya dengan Jalan Pantai Barat Kedah K1 berhampiran dengan jambatan Sungai Bujang dan Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia Tupah. Ia akan menuju ke utara melalui kawasan perkampungan dan HSK Gunung Jerai. Di sepanjang Jalan Rekreasi Tupah K165 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K165 akan berakhir di hadapan kawasan meletekan kenderaan untuk pelancong di Taman Eko Rimba Tupah dan berdekatan dengan pintu masuk ke Stesen Hidrologi Ibu Bekalan Tupah (atau mudahnya Loji Air Tupah).[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Rekreasi Tupah K165 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah sempadan antara dua mukim iaitu Mukim Bujang dan Mukim Merbok di Daerah Kuala Muda.[2][5] K165 juga dikelaskan sebagai jalan masuk ke tempat pelancongan.
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Tupah | 0.00 | K1 – Merbok, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Butterworth | Penghujung selatan | ||
2.70 | Taman Eko Rimba Tupah | Penghujung utara | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
- ^ a b Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950 (dalam bahasa Inggeris). World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. ISBN 983-2192-36-6.