Jalan Negeri Kedah K453
Jalan Negeri Kedah K453 | |
---|---|
Jalan Dulang Kechil | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Yan | |
Panjang | 5.02 km[1] (3.12 mi) |
Simpang utama | |
Hujung timur | K452 di Kampung Sungai Lintang |
Hujung barat | K1 di Kampung Dulang Kechil |
Lokasi | |
Destinasi utama | |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K453 (Jalan Kampung Dulang Kechil atau Jalan Ulu Dulang Kechil) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian timur Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di K452 (Jalan Selengkoh–Teroi) di Kampung Sungai Lintang ke K1 (Jalan Pantai Barat Kedah) di Kampung Dulang Kechil, dengan panjang jajarannya mencecah 5.02 kilometer (3.1 bt).[1][3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Jalan Negeri K453 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Sungai Lintang, di pertemuan antara K452 (Jalan Selengkoh–Teroi), lalu melintasi dua terusan air yang bernama iaitu Parit SCRBD Dr7 sebagai lintasan pertama dan Sungai Teroi sebagai lintasan kedua, lalu membengkok sediki ke barat daya. Jajaran K453 yang diwarta kebanyakanya akan melalui kawasan penanaman sawah padi serta kawasan perkampungan kecil Kampung Ulu Dulang Kechil, Kampung Sungai Dulang Tengah dan Kampung Dulang Kechil Tengah. K453 juga akan sejajar dengan terusan Sungai Dulang Kechil yang bermuara di Selat Melaka dekat Kampung Kuala Dulang Kechil. K453 diteruskan hingga di penamat baratnya dengan membuat pertemuan antara K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), di Kampung Dulang Kechil berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Dulang.[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K453 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Dulang[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K453 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Yan.[5] K453 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K453 dikenali sebagai Jalan Ulu Dulang Kechil dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Lintang | 0.00 | K452 – Kampung Teroi, Kampung Selengkoh | Penamat timur | ||
Kampung Dulang Kechil | 5.02 | K1 – Yan, Kampung Singkir, Kuala Kedah | Penamat barat | ||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
- ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 2) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.