Pergi ke kandungan

Jalan Negeri Kedah K630

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Jalan Kampung Hilir)
Jalan Negeri Kedah K630
Jalan Kampung Hilir
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang1.70 km[1] (1.06 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Merbok
Persimpangan utama Jalan Pantai Barat Kedah
K663 Jalan Kampung Banggol
Hujung selatanKampung Hilir
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Hilir (Laluan Negeri Kedah K630) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Hilir diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.7 kilometer (1.1 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kampung Hilir adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Merbok, di persimpangannya dengan Jalan Pantai Barat Kedah (Laluan Negeri Kedah K1). Dalam beberapa meter dihadapan, laluan ini akan membengkok ke arah barat daya. Jalan Kampung Hilir akan bersilang dengan Jalan Kampung Banggol (Laluan Negeri K663) di kilometer 0.6. Jajaran laluan diteruskan hingga ke Kampung Hilir dan berakhir di jalan kampung sedia ada berdekatan dengan pintu gerbang masuk kampung.[4][5]

Persimpangan utama

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasi km[4][5] bt Destinasi Catatan
Kampung Merbok 0.00 0.00 K1Singkir, Bedong, Tanjung Dawai Terminal utara
0.60 0.37 K663 K663Kampung Banggol Simpang tiga
Kampung Hilir 1.70 1.06 Kampung Hilir Terminal selatan; dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.
  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ @JKRKMS (23 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 4 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K630" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]