Pergi ke kandungan

Gunung Ledang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Ledang
ڬونوڠ ليدڠ
Mount Ophir
Gunung Ledang dilihat dari Bandar Tangkak
Titik tertinggi
Ketinggian1,276 m (4,186 ka)
Geografi
Gunung Ledang ڬونوڠ ليدڠ yang terletak di Malaysia
Gunung Ledang ڬونوڠ ليدڠ
Gunung Ledang
ڬونوڠ ليدڠ
Lokasi di Malaysia
LokasiDaerah Tangkak, Johor
Geologi
Jenis gunungInselberg

Gunung Ledang (Jawi: ڬونوڠ ليدڠ; juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia, berhampiran dengan titik pertemuan sempadan dengan negeri-negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Berketinggian 1,276 meter [1], ia merupakan gunung tertinggi di Johor serta kedua tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia selepas Gunung Besar Hantu di Negeri Sembilan (1,462 meter). Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.

Jenis hutan

[sunting | sunting sumber]

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah-daerah Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak di Johor dan daerah Jasin, Melaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin dan Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah-daerah Tangkak, Muar, Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor; bahagian barat daya Pahang seperti Keratong; dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti Tampin, Gemencheh, Gemas, Kota dan sebahagian kawasan Jempol. Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Tangkak, Muar dan Kluang.

Asal-usul nama

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan kuih-muih yang menarik pedagang sehingga sejauh Yunani dan China. Dalam rekod pelayaran China, gunung ini dikenali dengan nama Jinshan barangkali dari perkataan Hokkien kim, atau dalam karakter 金 bermaksud 'emas' dan sua, atau karakter 山 bermaksud 'gunung'. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.

Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari bahasa-bahasa ini:

  • Bahasa Ibrani, dari perkataan אוֹפִיר tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō·fēr, suatu nama persendirian Ibrani.
  • Bahasa Yunani, dari perkataan auferre, bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang.

Cara mendaki

[sunting | sunting sumber]

Ada tiga runut mendaki:

  • Dari Asahan, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun, anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 4-5 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
  • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio RTM, stesen telefon Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

Kelebihan

[sunting | sunting sumber]
Formasi batu granit di Gunung Ledang

Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.

Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.

Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu bimbang tentang keperluan mercun, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai mercun Sagil.

  • Alfred Wallace, 'The Malay Archipelago', MacMillan, 1869. Beliau mendaki pada tahun 1854.
  • John Briggs, 'Mountains of Malaysia - A Practical Guide and Manual', Longman, 1985.