Bahasa Yunani
Bahasa Yunani | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ελληνικά Ellinika | |||||||||
Asli kepada | Yunan, Cyprus baik juga komuniti-komuniti di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jerman, Turki, Albania, Georgia, Itali dan Mesir. | ||||||||
Penutur bahasa | 15 juta | ||||||||
Abjad Yunani | |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Yunani, Cyprus, Kesatuan Eropah dan diakui sebagai bahasa minoriti di Itali dan Albania. | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | el | ||||||||
ISO 639-2 | gre (B) ell (T) | ||||||||
ISO 639-3 | ell | ||||||||
|
Bahasa Yunani (bahasa moden: Ελληνικά, rumi: Elliniká ) adalah bahasa Indo-Eropah dengan 3,500 tahun sejarah yang didokumentasikan. Bahasa ini juga dianggap sebagai salah satu bahasa tua yang masih bertahan hingga kini dengan jumlah kosa kata lebih kurang 600.000 kata. Kini, ia dituturkan oleh 15 juta orang di Yunani, Cyprus, bekas Yugoslavia, terutamanya di Makedonia Utara, Bulgaria, Albania, dan Turki. Terdapat juga banyak kaum emigran Yunani di seluruh dunia, seperti yang terdapat di Melbourne, Australia di mana populasi kaum tersebut merupakan kependudukan ketiga terbesar dari keseluruhan bandar-bandar di dunia selepas Athens dan Thessaloniki.
Bahasa Yunani ditulis menggunakan abjad khas yang dipanggil abjad Yunani, huruf betul yang pertama, sejak abad ke-9 S.M dan sebelum itu, dalam Linear B dan dalam ejaan sukuan Cypriot.
Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Kesusasteraan Yunani mempunyai tradisi yang panjang dan kaya. Pengakaran kata serapan dari bahasa Yunani telah digunakan secara luas selama berabad-abad dan terus digunakan secara luas untuk menciptakan kata-kata baru dalam bahasa lain. Bahasa Yunani dan Latin adalah sumber utama kosakata ilmiah internasional.
Dalam konteks sejarah bahasa Melayu, unsur bahasa Yunani mula diserap dalam beberapa fasa. Fasa pertama melalui dunia Islam yang bertembung dengan persuratan tamadun Yunani terutamanya bahasa Arab: seawal pembukuan ayat-ayat al-Quran oleh Uthman bin Affan yang merakam bahasa tuturan masyarakat Arab Mekah dan Madinah sezaman Nabi Muhammad didedahkan kepada bahasa kerajaan Byzantium yang memerintah rantau Syam[1] sampailah kepada pengungkapan ilmu terjemahan cendekiawan Yunani dilakukan dalam Baitul Hikmah diarahkan Khalifah Muawiyah I zaman Umaiyah[2][3] menerus kepada zaman kerajaan Abbasiyah,[4][5] kata-kata serap inilah yang kemudiannya diterapkan ke dalam perbendaharaan kata Melayu melalui persuratan ilmu pedagang Arab dan banyak lain dari dunia Islam. Fasa kedua menerapkan kata Yunani melalui kata pinjaman Latin yang dibawa melalui pendidikan Barat menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda semasa pendudukan penjajah Belanda dan British di rantau Nusantara.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jeffery, Arthur (2007). The Foreign Vocabulary of the Quran. Leiden: Koninklijke Brill NV. m/s. 16–8, 310–1. ISBN 90 04 15352 7.
- ^ Lyons, Jonathan (2009), The House of Wisdom: How the Arabs Transformed Western Civilization, New York: Bloomsbury Press, m/s. 55–77, ISBN 978-1596914599
- ^ Al-Khalili, Jim (2011), The House of Wisdom: How Arabic Science Saved Ancient Knowledge and Gave Us the Renaissance, New York: Penguin Press, m/s. 67–78, ISBN 978-1594202797
- ^ Rosenthal, Franz The Classical Heritage in Islam The University of California Press, Berkeley and Los Angeles, 1975, p. 6Templat:ISBN?
- ^ Adamson, London Peter The Great Medieval Thinkers: Al-Kindi Oxford University Press, New York, 2007, p. 6. London Templat:ISBN?, Peter Adamson is a Lecturer in Late Ancient Philosophy at King's College.
- ^ Kazuhito Uni (2018). "Benefits of English Vocabulary of Latin and Greek Origins for Learning Malay". The Journal of Social Sciences Research. 4 (10) 207-9. doi: 10.32861/jssr.410.205.211
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Portal Bahasa Yunani Universiti Aristoteles Thessaloniki - mengenai pendidikan bahasa dan kajian linguistik Yunani
- komvos.edu.gr, laman sesawang bantuan untuk mereka yang mempelajari bahasa Yunani.
- Hellenistic Greek Lessons - panduan tatabahasa bahasa Yunani Helenistik dalam talian.
Wikipedia Bahasa Yunani, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Halaman artikel bahasa dengan sampel suara
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Instances of Lang-el using second unnamed parameter
- Tunas bahasa
- Bahasa Yunani
- Bahasa purba
- Bahasa
- Bahasa Hellenik
- Bahasa di Cyprus
- Bahasa di Turki
- Bahasa di Albania
- Bahasa di Itali