Gunung Sumalayang
Gunung Sumalayang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 615 m (2,018 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Johor, Malaysia |
Gunung Sumalayang merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Gunung Sumalayang mempunyai ketinggian setinggi 615 meter. [1] Kedudukannya terletak di daerah Kota Tinggi.
Gunung Sumalayang mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Kedudukannya yang agak terpencil di kawasan Ulu Sedili, ditambah lagi tiada jalan perhubungan yang baik menyebabkan kawasan gunung itu jarang dimasuki orang. Gunung ini mempunyai banyak rahsia yang belum disingkap, bahkan mungkin ada yang tidak tahu di mana letaknya gunung tersebut. Hanya kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang sesuai digunakan untuk masuk ke kaki gunung Sumalayang memandangkan jalan balak lama yang dibuka pada 1970-an mengalami banyak kerosakan, berlubang-lubang, berlurah akibat hakisan air, selain jambatan kayu yang runtuh dan dihanyutkan air sungai.
Cabaran yang besar ialah melalui lopak air yang dalam, kayu balak merentangi jalan, parit besar yang hanya diletak beberapa kayu kecil sebagai jambatan, jalan yang licin dan berselut. Pada ketinggian 700 kaki dpl keadaan laluan beransur curam hingga tiba di puncak bukit pada ketinggian 950 kaki dpl.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ekspedisi sondol gunung Sumalayang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-07. C1 control character in
|title=
at position 11 (bantuan)