Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Perkataan gegrafi berasal dari("Bumi") dan Dua bidang utama dalam geografi ialah yang menumpukan pada Dunia Islam dan Khilafah Islam .sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Moto geografi ialah 'Belajarlah geografi melalui tapak kaki anda'.
Banjaran Alp (Itali: Alpicode: it is deprecated ; Perancis: Alpescode: fr is deprecated ; Occitan: Aups/Alpscode: oc is deprecated ; Jerman: Alpencode: de is deprecated ; Romansh: Alpscode: rm is deprecated ; Slovene: Alpecode: sl is deprecated ) ialah adalah nama untuk satu daripada sistem banjaran gunung di Eropah, daripada Austria dan Slovenia di timur; melalui Itali, Switzerland, Liechtenstein dan Jerman; ke Perancis di barat. Gunung tertinggi dalam pergunungan Alp adalah Mont Blanc pada 4,808 meter (15,774 ka), pada sempadan Italian-French. Semua puncak utama pergunungan Alp boleh dijumpai di senarai pergunungan Alp dan senarai puncak pergunungan Alp mengikut kemasyhuran.
Zhang Heng (Cina ringkas: 张衡code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 張衡code: zh is deprecated ; pinyin: Zhāng Héng; Wade-Giles: Chang Hêng; 78–139 M) merupakan seorang ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, ahli geografi, ahli kartografi, pelukis, pemuisi, bangsawan, dan cendekiawan sastera berbangsa Cina yang berasal dari Nanyang, Henan. Beliau hidup pada Dinasti Han Timur (25–220 M) di negara China. Beliau menerima pendidikan di ibu kota Luoyang dan Chang'an, lalu memulakan kerjaya sebagai kakitangan awam biasa di Nanyang. Lama-kelamaan, beliau menjadi Ketua Ahli Astronomi, Pengawas Ahli Pedati Rasmi, selepas itu Pengiring istana diraja. Pendirian beliau yang tanpa kompromi terhadap isu-isu sejarah dan ketakwiman menyebabkan Zhang dianggap sebagai tokoh penuh kontroversi lalu dihalang daripada menjadi ahli sejarah diraja rasmi. Perbalahan politik beliau dengan sida-sida istana sewaktu pemerintahan Maharaja Shun (p. 125–144) mendorong beliau untuk bersara dari istana utama untuk berkhidmat sebagai pentadbir di Hejian, Hebei. Beliau kembali ke Nanyang buat seketika, sebelum dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu kota pada tahun 138. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 139, beliau meninggal dunia.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan geografi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.