Pergi ke kandungan

Majlis Daerah Mersing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Daerah Mersing
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan26 Mei 1977
Didahului oleh
Majlis Bandaran
Kepimpinan
Yang Dipertua
Mohd Norman Bin Haji Noh (sejak Januari 2022)
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Perkhidmatan untuk Rakyat
Tempat persidangan
Majlis Daerah Mersing

No. 1 Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing,

Johor Darul Takzim
Laman sesawang
http://mdmersing.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Mersing merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan di Daerah Mersing, Johor. Kawasan ini telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar - Mohd Salleh bin Perang.

Majlis Daerah Mersing

Mersing juga merupakan daerah ke-tiga terbesar di Johor dari segi keluasan tanah iaitu seluas 700,805 ekar atau 283,608 hektar. Keluasan ini adalah 14.6% daripada keluasan seluruh Negeri Johor. Menurut maklumat Jabatan Perangkaan Johor 2001, bilangan penduduk Mersing adalah seramai 69,947 orang.

Sebelum wujudnya Majlis Daerah Mersing, terdapat beberapa Penguasa Tempatan kecil yang diwujudkan iaitu:

Semua Penguasa Tempatan ini menggunakan Enakmen 118 dan Authorities Local Election Ordinance 1951 sebagai asas pengurusan dan pentadbiran masing-masing.

Walau bagaimanapun Enakmen di atas telah dimansuhkan setelah berkuatkuasanya Seksyen 10 Akta 124 (Akta Kerajaan Peruntukan Sementara 1973). Perintah di bawah seksyen 10 merangkumi perkara-perkara berikut:-

  • Pemansuhan Majlis-Majlis Tempatan
  • Pencantuman Majlis-Majlis Tempatan di bawah satu pentadbiran baru
  • Pengujudan Majlis-Majlis Daerah; dan
  • Perlantikan Ahli Lembaga Pengurus yang menggantikan Consular-Consular yang dipilih melalui pilihanraya di bawah Local Authorities Elections Ordinance 1951.

Akta 124 di atas akhirnya telah juga dimansuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan digantikan pula dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) yang digunakan sehinggalah sekarang. Dengan berkuatkuasanya Akta 171 di atas, maka lahirlah MAJLIS DAERAH MERSING dengan rasminya dan telah diisytiharkan penubuhannya pada 26 Mei 1977 melalui Warta Kerajaan Johor bil. JPU 30. Setelah itu lahirlah Majlis Daerah Mersing beserta cawangan pentadbirannya di dua pekan kecil iaitu Cawangan Endau dan Cawangan Jemaluang.

  1. http://mdmersing.gov.my/ms