Buloh Kasap
Bandar Buloh Kasap ialah sebuah bandar di Daerah Segamat, Johor, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama Bandar Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Dikatakan rumpun buluh tersebut banyak didapati dikawasan pangkalan lama dan kawasan jambatan lama dan pasar lama Buluh Kasap. Buluh kasap diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh yang mempunyai ruas yang kasar'.
Jambatan Bersejarah Bandar Buloh Kasap
[sunting | sunting sumber]Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan Johor semasa pembinaan rangkaian Jalan Persekutuan No. 1 dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. Dibina bermula 1928 dan siap sepenuhnya pada 1936. Walau bagaimanapun pada 15 Januari 1942, Tentera Berikat yang pada ketika itu sedang berundur ke selatan terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Kempen Peperangan Malaya bagi menyekat dan melambatkan kemaraan tentera Jepun ke Singapura. Walaupun sudah diletupkan, sapper tentera Jepun membaikpulih jambatan itu dan digunakan semula. Selepas tamat perang dunia kedua, jambatan itu dibaikpulih sehinggalah jambatan baru dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini pada tahun 60an. Jambatan lama Buloh Kasap masih ada sehingga kini dan dikenali sebagai 'Jambatan Putus'.
Penduduk terkenal
[sunting | sunting sumber]Datin Seri Normala Shamsuddin, bekas pengacara TV3 telah dibesarkan di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Selain itu, beliau juga adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Batu Anam
Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 11 Oktober 1947), novelis terkenal dengan karya SAGA (1976) , SAGA 2 (1993), SAGA 3 (2003) dan pesara guru SK Spang Loi. Beliau berasal Perak dan menyambung pelajaran di Maktab Perguruan harian, Teluk Intan sebelum berkhidmat di SK Spang Loi bermula tahun 1969. Antara karya-karya beliau ialah
(1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi
(1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona
(1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani
(1992) Di Rahang Sumpah.
(1993) Sutera dalam Lukisan
(1994) Jerebu
(1997) Khailee
(2001) Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.
(2005) Diari Hati
Kawasan Perumahan dan Kampung dalam Bandar Buloh Kasap segamat
[sunting | sunting sumber]- Kampung Teluk Kelubi
- Kampung Batu Lima
- Kampung Tandong
- Kampung Kuala Tandong
- Kampung Sanglang
- Kampung Teluk Limau Hantu
- Kampung Bukit Tangkong
- Kampung Serdang
- Kampung Bukit Keman
- Kampung Kuing Patah @ Kruing Patah
- Kampung Lubuk Kasai
- Kampung Baru (Perkampungan Cina)
- Taman Wijaya
- Taman Mewah
- Taman Bukit Makmur
- Taman Hasfa Tunas
- Taman Suria
- Taman Rebana
- Taman Buluh Kasap
- Taman Astaka Jaya
- Kampung Seberang Stesen
- Rumah Kilat (Perumahan Kos Rendah)
- Kampung Bukit Tangkong
- Kampung Teluk Gombang
- Kampung Tangga Batu
- Kampung Merlimau
Pekan berdekatan
[sunting | sunting sumber]Koordinat: 2°33′N 102°46′E / 2.550°N 102.767°E